29 Januari 2011

Bila hari Sabtu

Kalau title tu suatu soalan,mesti jawapannya terlalu banyak.Contohnya hari Sabtu adalah hari sebelum Ahad.(1 markah).Hari Sabtu selepas hari Jumaat.(1 markah.).Dan macam-macam lagi jawapan yang boleh diberikan.Termasuklah hari aku kerja separuh hari, sehingga hujung Januari 2011.

Seperti biasa, intro bagi setiap entri aku akan menulis perkara-perkara yang melalut dan membosankan.Sebab aku bukan memerlukan seorang pembaca yang serius untuk mengikuti penulisan aku ini.Penulisan aku hanyalah untuk orang-orang yang tiada hala tuju.Orang yang menghargai kehidupan.Orang yang bukan hanya terikat dengan norma-norma kehidupan yang telah disetkan.

Menggunakan kata kerja "makan" dan "lapar" untuk air contohnya.;lembu tu nampak macam lapar air....

Hari Sabtu adalah hari yang selalu mengganggu tidur aku yang tak berbaloi.Hari yang sebelum tidurnye aku selalu merancang sesuatu untuk aku habiskan masa selama 4 jam di opis.Tapi biasanya aku sentiasa merancang untuk membuat fail,membuat scoresheet,ambil gambar artwork pelajar,bagi markah assigment,dll.Langsung tidak aku rancang untuk menulis entri baru,layan facebook,download lagu,goyang kaki.Tapi nampaknya apa yang aku tak rancang tu la yang jadi.Hampeh.Sape suruh kerja hari Sabtu.

Jadi tu la yang terjadi bila hari Sabtu...




Tiada ulasan: