24 Januari 2011

di hari terakhirku

Bak kata lirik lagu "3 malam tanpa bintang" yang dinyanyikan oleh Fiq Mentor

tidak terhitung jari jemariku
tak dapat dibilang bagai bintang beribu

Bergitulah boleh disifatkan apa yang telah dan pernah dilalui aku sehingga ke hari ni.Hari yang mana aku sifatkan adalah hari terakhir aku. Tapi kalau hari terakhir sebuah kehidupan, sebenarnya bukan untuk aku saja. Sebab hari ni adalah boleh menjadi hari terakhir untuk sesiapa saja.Kerana tiada siapa pun yang betul-betul pasti bahawa esok dia masih bernafas,melihat,mendengar,makan,minum,mengumpat.

Namun sebagai sebuah coretan (perasan menulis novel cinta) yang diberi tajuk 'di hari terkhirku', suka aku mengimbau kembali kenangan hidup aku selama 28 tahun lalu. Banyak kenangan; pahit,manis,tawar,kelat,payau. Yang pastinya semua itu adalah dari kekuasaan Allah Yang Maha Pencipta. Yang mencipta langit dan bumi dan seluruh kehidupan di dalamnya. Dia Yang Maha Mengetahui segalanya. Allahu Akbar.

Terima kasih yang tidak terhingga dan sebenarnya tidak dapat disifatkan dengan apa saja kata-kata mahupun apa saja perbuatan sekalipun. Iaitu kepada Ma dan Ayah, yang melahir, membesar,memberi pendidikan,menjadikan aku manusia yang seperti hari ini.

Dan juga kepada sesiapa saja yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam kelangsungan kehidupan aku selama ini, sebenarnya itu adalah takdir yang tertulis dalam sebuah kehidupan. Kalau ada silap dan salah harap dimaafkan.

Esok kalau masih ada hari aku, maka bermulalah usia baru aku...Heppy Birthday to me..huhu.Dan juga Farah AF dan Asmida(ex girlfriend kawan aku)

1 ulasan:

darwina berkata...

hepi bday sir udieeee~