1 Februari 2011

Sudah pukul 5 ptg.

Bila jam menunjukkan pukul 5.00ptg.Maka kami rakyat Malaysia berikrar...(buat lawak je ye).Sebenarnya kami pekerja-pekerja yang berwawasan 2020 ini akan meningkatkan lagi semangat sebanyak sekali ganda berbanding pada jam 9.00pg tadi.Tapi itu dulu.Sebelum 1 Februari 2011.Kerana waktu berkerja kami adalah 9-5ptg setiap hari.Tapi kini kami sudah mula berkerja 9-6ptg.Bermula hari ini.Dan akan berkerja 5 hari seminggu.Hari Sabtu bukan lagi hari berkerja.Tapi kena datang pejabat juga.Tapi bukan untuk berkerja.Tapi kena datang kolej juga.Tapi....Adoi aku sendiri pun dah pening macam mana nak tulis.Sebab bila aku fikir hari Sabtu bukan lagi hari berkerja,tapi aku kena juga datang ke tempat kerja ni,aku terus macam tak berapa nak faham.Macam orang yang sedang baca entri aku ni la.Tak faham apa yang aku cuba sampaikan.Betul tak?

Tapi yang pastinya,masa yang ditambah 1 jam selepas pukul 5 setiap hari adalah untuk menggantikan masa kerja hari Sabtu.Kan hari Sabtu sudah bukan hari berkerja lagi.Jadi kami perlu kerja 9 jam sehari seperti mana kompeni-kompeni swasta lain yang berada di Malaysia ni.Kat negara lain aku tak tahu la.Aku tak pernah pula kerja kat luar negara.Tapi pedulikan la kompeni orang lain semua tu.Yang pasti kami kena datang ofis juga.Okey la,tak nak bunyi entri ni tak adil sangat untuk kompeni,sebenarnya kami kena datang ke ofis 2 kali Sabtu je dalam sebulan.Sabtu selebihnya kami tak perlu datang ofis yang tak berkerja.

Jadi oleh kerana sejam selepas pukul 5ptg ni adalah ganti waktu kerja pada hari Sabtu,maka kami rakyat Malaysia..(adoi buat lawak lagi..).Maka kami,aku akan membuat aktiviti-aktiviti yang hampir sama seperti hari Sabtu sebelum ni la.Kalau aku la; merancang untuk mengambil gambar artwork pelajar untuk dimasukkan dalam fail,tanda kuiz,tanda tugasan,projek.Tapi macam biasa la,sekadar merancang je la.Sebab apa yang aku buat adalah layan facebook,menulis entri baru (macam yang aku tengah buat sekarang ni)..hehe

Selamat menghabiskan masa sejam anda dengan perkara yang berfaedah wahai kawan-kawan sekerjaku semua.Contohnya baca blog aku ni.Ingat ya,walau sepatah perkataan yang kita baca,itu adalah ilmu.Mungkin kita sudah tahu lebih dari orang lain yang tak baca blog aku ni.Betul.Aku tak pernah tipu orang..babai

Tiada ulasan: