22 Mac 2011

filesick..

Aku rindu berada di sebuah padang.Waktu malam.Padang yang merupakan bekas tapak tanaman sayur oleh orang kampung.Kesan batas-batas sawi,cili,kacang masih lagi dapat dilihat dengan jelas.Kerana tanahnya yang sudah tandus menyebabkan rumput liar tidak begitu gemar tumbuh lagi di kawasan itu.

Namun bagi aku(kami), itu adalah sesuatu bagus kerana ada aktiviti menanti.Aktiviti malam.Sememangnya aktiviti yang menyeronokkan.Menyuluh puyuh.Lagi memberi merit sekiranya pada petang itu hari hujan.Maka banyak la hasil tangkapan yang akan kami dapat.

Menyuluh burung puyuh tidur memang seronok dan menyeronokkan.Dengan hanya berbekalkan lampu suluh dan jaring(sauk ikan) setiap orang,kami akan berjalan di atas padang dan menyuluh ke tanah.Bila tersuluh saja sekumpulan burung puyuh sedang tidur,itu tandanya sasaran sudah di depan mata.Jadi kami akan perlahankan langkah untuk tidak mengejutkan tidur mereka.Menghampiri kumpulan tersebut dan menekup sauk di atas kumpulan itu.

Sekiranya burung puyuh tersebut sempat terbang dan melarikan diri,aktiviti kejar mengejar pula akan berlaku.Semasa sesi kejar mengejar ini biasanya akan menyebabkan kemalangan-kemalangan kecil seperti masuk dalam pokok duri,terpijak taik lembu,langgar pokok dll.Maklum la berlari dalam gelap.Namun yang pasti, ianya adalah aktiviti yang menyeronokkan.Aku rindu

Tiada ulasan: