19 Ogos 2011

bila dah macam-macam Vol.24

Semasa buat diploma kat UiTM Machang,Kelantan
Salah satu perbezaannya adalah cuti hujung minggunya.Sebab Seperti yang semua orang tahu,negeri Kelantan adalah salah satu negeri yang bercuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu.Dan pada hari Jumaat,bagi ummat islam pula akan menunaikan solat Jumaat.Maka kalau ada aktiviti yang dirancang mestilah kena masukkan  slot solat Jumaat dalam agendanya.Di situ tercetuslah kekangan untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang berskala besar.Dan tercetus jugalah perasaan tidak puas hati dengan hari Jumaat berada dalam cuti hujung minggu.

Sekarang berkerja di Ampang,Selangor.
Lain pula ceritanya bila berkerja di negeri yang hari Jumaatnya bukan dalam hari cuti,hari berkerja.Sebab solat Jumaatnya pada waktu kerja.Kalau perjalanan solat Jumaat tersebut seperti biasa,tiada masalah sangat.Tapi kalau berjalan dengan yang bukan biasa,seperti khatib baca khutbah dengan emosi dan panjang berjela,berdoa sambil menangis.Solat pun dah tak berapa khusyuk sebab memikirkan lambat nak masuk kerja balik dan dah mula cakap imam tu macam-macam(dalam hati).Jadi rasa juga tak puas hati bila hari Jumaat masih lagi hari berkerja,nak beribadat pun tak khusyuk.

Begitulah ceritanya,sebenarnya kalau dicari ketidakpuasan hati memang di mana saja akan jumpa.Apa saja situasi boleh dicari titik perbezaan.Dan situasi itu juga sebenarnya ada titik bersamaannya.Syukur apa yang ada.Sebab ada orang yang sudah tiada peluang untuk solat Jumaat dan juga menjalankan amal ibadat yang lain.Selamat menjalani ibadat puasa kepada semua

Tiada ulasan: