28 September 2011

opera mini

hadir sebuah resah.

aku jadi bingung
fikiran pula buntu
tindakan tidak menentu
aku main pandai-pandai aku
buat ini itu
namun ia tetap begitu
ia meresahkan aku
ia mengelirukan aku
dan pastinya merosakkan malam ku
bukan bawa mimpi syahdu

resah kerna aku bimbang
resah kerna aku sesal
melangkah ikut kata mereka
melangkah bukan guna akal
tapi resah buat aku teroka
tapi resah buat aku ikhtiar
dan resah itu berlalu jua
hidup kini mula bersinar
dengan satu lagi pengalaman bersama
untuk aku ada di dunia yang fana

27 September 2011

nukilan abadi


musafir fana

bila pena dibiarkan berbicara
bila akal dibiarkan mengembara
bila hati bebas berkata-kata
bila cinta berputik
bila sayang berbunga-bunga
bila rindu pun bemula
bila dunia sudah tidak lagi nyata
bila semua telah bermula
bila itu juga ummat manusia harus bersedia
akan hari hampir tiba
akan masa berlalu jua
akan tamat sebuah cerita
akan mati satu jiwa
akan layu sekuntum bunga
akan terkubur sebuah cinta
akan hilang rindu dendam
sepi sendiri walau dibenci
sepi sendiri walau disayangi
sepi sendiri walau ditangisi
sepi sendiri walau diratapi
pergi tetap jua
pergi kembali padaNya
pergi ke alam abadi
pergi mengadap Ilahi
tiada lagi peri
tiada lagi puisi
tiada jua diri
tiada hingga ke akhir nanti

23 September 2011

generasi z

kalau awal bulan hari tu,saya ada mengatakan tentang kemajuan diri pada wall facebook,dan awal minggu ni saya meluahkan kegembiraan sebab dapat email guna handphone,dan hari ni selangkah lagi kemajuan yang saya telah dapat kecapi.iaitu tulis blog sambil jaga exam.

kebiasaannya saya hanya mampu berkarya dengan mengarang puisi atau sajak saja ketika jaga exam begini,tapi hari ini bukan sekadar itu mampu saya lakukan.

intronya agak panjang,tapi sebenarnya itu je la hendak diperkatakn di sini.tapi tajuk yang mengatakan generasi z itu sebenarnya merujuk kepada zaman atau keturunan manusia sudah sampai ke penghujungnya.

kehidupan yang berteraskn norma naluri dan nurani sudah dilemahkan oleh tkemajuan teknologi.contohnya tadi saya ke rumah kak shahida,tapi terlupa yang mana satu rumahnya.lalu saya keluarkan handphone dan call untuk dapat jawapan.bayangkan kalau zaman handphone belum jadi sebahagian dari hidup manusia,rumah tetap dapat cari,kenalan tetap dapat berjumpa.

dan budak-budak yang membuat bising di masjid dari mula khatib baca khutbah sehingga orang siap solat jumaat tu salah satu masalah generasi x-y dan generasi z.budak-budak sudah tidak pandai hormat suasana,tempat,majlis.ibubapa pula buat tak tahu saja.budak yang buat bising tu mesti ada ibubapa,bukan anak buluh betong.

dan itu saja untuk sesi jaga exam kali ini.sekian terima kasih.

22 September 2011

selagi masih ada

selagi masih ada

kala masih punya masa
jasad masih punya nyawa
maka peluang pasti masih ada
untuk memilih Syurga mahupun neraka

bait kata lesu cuma
indah bahasa berlalu sahaja
pesan terkubur dikala bermula
hati terkunci sekeras waja

(Auditorium;22 Sept 2011,9-11.30pg)

21 September 2011

bila kena jaga exam

makanan jiwa

puisi ini untuk aku
jika sajak pun,juga begitu
hidup ini milik aku
hidup aku milik tuhan ku
yang Maha Kuasa lagi Tahu
bilakah akan tiba saat mati ku

berdiri aku bukan untuk menongkat langit
bersimpuh aku bukan berputus asa
tidur aku harapkan jaga
kerna belum berani untuk mengadapNya
sedang diri terpalit sejuta dosa

satu pesan untuk mereka
juga pesan untuk saya serta kita
sang peragu penuh luka hidupnya
di dunia dan akhirat jua
yang meragui keESAan tuhannya

walau diperi sejuta bahasa
walau digema seantero semester
kata hati tersimpul jua
monolog jiwa dalam dasarnya
melainkan yang Maha Pencipta lebih mengetahuinya.

(bilik 201;PTPL Ampang.20.9.2011/2.30-5.30pm)

19 September 2011

Hikmah sebuah entri

"andai suatu ketika hati kita pernah hancur bagaikan kaca yang dibaling batu,tanpa disedari Allah telah menyediakan permata yang berharga untuk kita."

Mungkin menimbulkan sedikit persoalan kepada pembaca setia saya tentang ungkapan tersebut dicoretkan sebagai pendahuluan entri kali ini.Namun usah gundah,kerana ungkapan itu memang selalu digunakan oleh akal positif seseorang yang timpakan masalah atau dugaan.Tapi agak teruk kalau ungkapan itu adalah semata-mata ingin berlagak positif,sedangkan jauh di sudut hati sebenarnya meratapi,mendendami dan sebagainya.

Suatu pagi yang malang
Entah kenapa malam tadi aku terlupa untuk cas bateri handphone,jadi pagi tadi aku ambil keputusan untuk membawa saja charger ke opis.Sedangkan selama ini tak pernah pun aku bawa charger ke opis.Dan charger tersebut dimasukkan ke dalam paperbag bersama dengan markah coursework students yang telah diprint.

Semasa dalam perjalanan,hujan pula turun dengan renyai-renyai,jadi untu mengelakkan dari lama berada dalam hujan itu,maka aku lajukan sedikit motor supaya cepat sampai kolej.Paperbag yang tergantung di handle motor mula menari-nari dan seterusnya terbang secara tiba-tiba.Namun aku tetap juga berusaha untuk pusing balik dan dapatkan kembali barang-barang tersebut walaupun hujan mula lebat,tersalah masuk DUKE,dah lambat ke opis,aku tetap tegar.Tetapi setelah tiba kembali di tempat kejadian,semuanya punah.Paperbag pecah,charger hancur kena langgar kereta,coursework hancur kena hujan.

Dan minda positif aku tetap berkata ada hikmah di sebalik kejadian pagi tadi.Kenapa aku terlupa cas henset,kenapa aku bawa charger,kenapa aku bawa motor laju.Tetap ada pengajarannya.Yang pastinya aku dapat charger baru.Tapi beli sendiri la.Untuk kali yang ke-3.Pertama tertinggal kat kampung,kedua yang arwah pagi tadi dan tiga yang baru beli kejap tadi.

15 September 2011

baik aku menulis~

Masih lagi dalam suasana hari raya.Aktiviti bersilih ganti dianjurkan oleh setiap team.Jalan-jalan akan sesak pada setiap hujung minggu kerana ramai orang hendak menghadiri rumah terbuka dan juga majlis kahwin yang sememangnya rancak berlangsung.Itu adalah normal.

Dan saya pula,telah beberapa hari tidak berkesempatan untuk melawat dan menulis blog ini juga adalah normal apabila banyak aktiviti yang terpaksa disertai secara rela mahupun paksarela.Dengan markah coursework,dengan final project,dengan essessment portfolio,dengan apa yang akan mereka/anda(kalau student saya yang baca.ada-jujue) jawab dalam exam nanti.Itu juga adalah normal.

Beraya di Bt.3 Shah Alam
Kalau 2 tahun lepas,berlaku sedikit adegan air mata berlaku semasa berkunjung ke rumah tersebut.Namun kali ini keadaan agak lebih tenang dan ceria.Masa 2 tahun telah mengubah kematangan seorang hamba Allah untuk menghadapi ujian ke atas dirinya.Hilang penglihatan atau buta.Ujian yang amat besar kepada seseorang yang sebelumnya mempunyai penglihatan yang normal.

Menjadi positif dan bersyukur mungkin langkah yang terbaik untuk diri walaupun kadangkala melukakan.Sepertimana yang dilakukan oleh hamba Allah tersebut apabila memberi reaksi kepada soalan-soalan yang diajukan terhadapannya.Contohnya apabila ditanya adakah kawan-kawan lain datang melawat dia sejak jadi macam tu.Jawabnya dengan ceria "mana ada,semua senyap je".Tapi kalau dia bukan sudah berfikiran positif,besar kemungkinan dia akan terasa hati dengan soalan tersebut.Kerana jawapan kepada soalan itu adalah bermaksud dirinya tidak dipedulikan oleh kawan-kawannya.

Semoga dia dapat pulih seperti biasa.Dan semoga semua orang yang sakit akan pulih seperti biasa.







6 September 2011

SELEPAS RAYA

Seperti biasa la kot,bagi seorang blogger macam saya ni akan mengupdate blognya selepas berlakunya satu peristiwa besar seperti sambutan hari raya aidilfitri ni kan.Besar tu,sebagai meraikan kejayaan mengharungi sebulan bulan ramadhan.Bagi yang mengabdikan diri untuk beribadah tu lagi la manisnya kejayaan itu.Bagi yang hanya berpuasa saja,muingkin juga manis berbaju baru je la.

Dan apabila seorang blogger macam saya juga terlibat secara langsung dalam suasana perayaan seperti ini,maka akan ada beberapa perkara yang akan diperkatakan.(perasan blogger betul diri ini).

Purata kematian Ops Sikap-24 adalah 20 orang setiap hari
Agak cemerlang juga peningkatan purata angka kematian pengguna jalan raya di Malaysia.Kalau Ops Sikap 22,purata kematiannya adalah 16 orang sahaja.Dan untuk semalam 4 sept 2011,adalah 24 orang kematian direkodkan di atas jalan raya.Ini semua saya dengar berita kat TV malam tadi je.Kalau mereka tipu,tipu la juga saya ni.Tapi walau tipu ke tidak,ianya membuat saya terfikir dan menulis hari ni.

Memang bersesuaian dengan nama pun "Ops Sikap",sebab boleh dikatakan punca utama berlakunya  kelamangan adalah dari sikap pemanduan sendiri atau pun pengguna jalan raya lain.Kurang sabar,berlagak,ego,pentingkan diri,leka dan sebagainya.Dan semua itu adalah sikap.

Dan penguatkuasaan pula seolah hanya menggunapakaikan konsep menghukum semata,berbeza dengan konsep nasihat atau pencegahan seperti yang di ungkapkan semasa sesi intiview oleh stesen TV.Ini adalah kerana selama saya memandu pulang beraya tempoh hari selama 7 jam,hanya 3 kali saya berselisih dengan motorsikal peronda polis.Sedangkan tahun ini 10 ribu anggota dikerah untuk bertugas semasa Ops Sikap -24.Adakah mereka hanya sedang bersembunyi dalam semak bertemankan nyamuk untuk memerhatikan pemandu yang melakukan kesalahan dan seterusnya mengeluarkan saman ekor.Bukan berada di atas jalan raya untuk mencegah pemandu dari melakukan kesalahan yang mungkin boleh membawa kepada kelamangan.

Mungkin keterlaluan sekiranya saya mengatakan,konsep menghukum ini lebih memberi keuntungan kepada pihak kerajaan kerana dengan mengerah anggota yang ramai untuk mengeluarkan saman,maka secara tidak langsung akan meningkatkan lagi jumlah bayaran saman dan melebihi kutipan pada tahun lepas.Adakah itu yang menjadi targetnya,bukan mengurangkan kes kemalangan.

Teknik tunggangan motorsikal
Semasa dalam perjalanan balik kampung itu juga,saya tertarik dengan satu tekinik tunggangan seorang penunggang motorsikal.Malah saya sempat lagi terfikir akan melakukan perkara yang sama sekiranya saya menunggang motorsikal.Ketika menghadapi kawasan yang terlindung.

Apa yang dia lakukan adalah dengan berdiri semasa menunggang ketika memotong kereta sedang mendaki bukit.Tujuannya adalah untuk melihat kenderaan yang kemungkinan akan datang dari arah bertentangan.Namun sedang saya berfikir-fikir,tiba-tiba muncul sebuah motorsikal peronda polis dan penunggangnya juga melakukan teknik yang sama untuk melihat jalan yang terlindung itu.

Maka sekali lagi la saya terfikir,rupanya itu memang teknik tunggangan yang betul pun.Cuma saya yang tidak tahu.Mungkin masa krusus untuk mengambil lesen memandu dulu saya tertidur dalam kelas.

Moralnya adalah,jangan tidur dalam kelas..Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahat.