23 Februari 2012

Buat Teman



Mohd Shahrul Anuar
Kalau sekali pandang memang tiada apa yang asing pada lelaki dalam gambar lukisan di atas.Mempunyai fizikal yang sempurna seperti saya dan anda yang sedang membaca blog ini.Namun yang pasti dia mempunyai cerita hidup dan latarbelakangnya tersendiri.Sama juga seperti saya dan anda semua.Setuju?

Lelaki tersebut dilahirkan 22 tahun lalu.Dan pada usianya dua minggu,dia diserang demam panas yang teruk sehinggakan berlaku kekejangan pada urat perut dan memerlukan pembedahan dilakukan untuk membetulkan kembali sistem perutnya.

Kesan daripada musibah tersebut,segalanya sudah tidak normal lagi dalam kehidupannya.Tumbesarannya terbantut.Kemampuannya bukan lagi seperti kanak-kanak normal lain.Pada usia 7 tahun dia hanya mampu untuk duduk sahaja.Usia 9 tahun baru mampu untuk merangkak dan setahun kemudian baru mampu berjalan tanpa sokongan dari orang lain.Dan itu dari sudut kemampuan fizikal sahaja.Kerana dia masih tidak boleh bercakap,memahami bahasa dan mungkin juga berfikir.

Sehingga kini,usianya sudah pun mencecah 22 tahun,juga dia masih tidak boleh menguruskan dirinya sendiri.Walaupun untuk minta makan sekiranya lapar.Dan dia juga sebenarnya tidak pernah pun berkomunikasi untuk menyatakan atau menyampaikan sesuatu kepada orang lain.

Dia tidak pernah pun ke mana-mana dan hanya menghabiskan hari-hari hidupnya dalam rumah yang berkeluasan 20 x 25 kaki persegi sahaja.Bangun tidur, dan tidur balik.24 jam sehari.7 hari seminggu.Sebulan.Setahun.Bertahun-tahun.Di situ la tempat dia berjalan,di situ la tempat di meneruskan hidup yang diberikan tuhan.Dan mungkin di situlah jua tempat matanya dipejamkan tuhan.

Dan kepada yang terbaca blog ini,saya bukan bermaksud apa-apa pun.Marilah kita sama-sama bersyukur pada tuhan akan hidup dan rahmat yang diberikan.Kita punya akal fikiran,kita punya kemampuan.Teruskan berjuang.Hidup mesti diteruskan walau apa pun keadaan.


Tiada ulasan: