16 April 2012

jangan baca

"Kalau ko pakai tie sebesar papan pun,panjang dua depa,siap cop PTPL atau MSU,kalau tak guna akal,aku nampak ko macam lembu juga."Bisik saya dalam hati dikala diajukan soalan kenapa tidak memakai tie.Sebab kalau perkataan itu diungkapkan di mulut, silap-silap sekarang ni pun sedang bertumbuk lagi.Atau pun dah ke balai polis.Atau kedua-duanya sekali.Macam baca akta pula.

Dan kerana kewarasan akal serta rasional,bibit bertelagah itu terputus begitu sahaja walau ditekan dengan beberapa lagi soalan susulan berkaitan dengan pemakaian tie tersebut.Akhirnya persoalan lain pula ditimbulkan untuk dijadikan bahan bakar kepada api persengketaan.

"Aku dengar ko kena bagi surat tunjuk sebab.Bila aku boleh dapat?Soalan susulan terpacur keluar.
"Aku takkan bagi,lagipun tempoh masa adalah dalam 3 hari saja selepas diminta berbuat demikian.Dan selepas 3 hari tindakan tatatertib akan dikenakan.Sekarang ni dah sebulan pun.Jadi kalau aku bagi sekarang,aku tetap kena tindakan tatatertib juga".Jawapan saya hanya secara spontan dan mengikut logik fikiran saya pada masa itu.Dan ternyata itu adalah bukan jawapan yang diinginkan oleh orang yang bertanya.

Setiap pertanyaan selepas itu juga hanya mendapat jawapan yang sinis kerana pada saya,tiada apa lagi jawapan yang sesuai untuk diberikan.Sebab penilaian yang bersifat subjektif akan terus berpanjangan.Walau saya tulis surat tunjuk sebab setebal quran sekalipun.Selagi penilaian lebih bersifat emosi,tiada apa yang telus.Jadi untuk apa saya tulis surat tunjuk sebab kalau kesan dari kesalahan tersebut terus akan dikenang dan dibawa ke meja penilaian sepanjang hayat.Bagai penagih yang telah insaf,lambat laun disebut orang juga.

Tiada ulasan: