14 Mei 2012

Ada benda nak dicerita

Assalamualaikum.Jawab.Sebab kalau tak jawab nanti jatuh dosa pula.Agak sepi blog saya beberapa hari kebelakangan ini,mungkin memberi sedikit kekecewaan kepada follower saya yang membuka blog saya ini dengan niat setiap hari.Sebab kalau yang bukan tanpa niat tu,mungkin tiada apa kesan pun.Kerana mereka memang tiada keinginan untuk tahu pun apa yang bakal tercoret di sini saban hari.

Untuk memberi jawapan kepada persoalan mengapa saya tidak menulis atau mengupdate entri dalam beberapa hari ini sebenarnya berkaitan dengan beberapa sebab yang tertentu.Salah satunya adalah tentang masalah jiwa saya.Dan satu lagi masalah tentang persekitaran saya.

Masalah jiwa,saya sedang menghadapi masalah peribadi yang agak kritikal dan tragis sehinggakan otak saya agak sukar untuk merembes atau menterjemahkan pemikiran-pemikiran yang lain yang berlegar disekeliling saya pada masa sekarang.Andai saya menulis,mungkin saya akan terkongsi cerita sedih saya pada khalayak yang bagi saya hanya menunggu masa saya untuk menjadi ejen publisiti percuma.

Dan masalah persekitaran pula,adalah tentang kerusi empuk yang saya duduk sekarang ini.Andai terpandang oleh sepasang mata mahupun sebelah mata saja akan aktiviti saya ini (mengupdate blog) pada waktu kerja,nescaya peninglah kepala bos saya untuk memikirkan jawapan kepada persoalan "buat apa akak nak simpan lagi budak tu?".

Mereka semua fikir,masalah yang timbul semua ini adalah berpunca dari saya semata.Mereka tidak sedar yang mereka hidup dengan membutakan mata,memekakkan telinga.Mereka tidak sedar bahawa ada insan yang sedang menderita menghadapi hidup yang semua orang hanya pandang sinis saja.Mereka juga tidak pernah bayangkan seperti saya,yang mungkin rambutnya sudah tiada sebab terlalu banyak perkara yang difikirkannya.Tapi yang pasti rambutnya masih ada.