29 Ogos 2012

MIDLEY STORY

"orang yang paling berani di sisi Allah adalah orang yang banyak bersabar"

Maka kalau anda berani,bacalah entri ini sampai habis dengan penuh kesabaran. Selamat Hari Raya, Maaf zahir dan batin.

SUATU hari,di bilik 204 diadakan sebuah bengkel untuk kakitangan akademik kolej PTPL Ampang.Bengkel Mockteaching. Sementara menunggu semua staff akademik sampai,ketua akademik memberi kata-kata aluan,nasihat,peringatan,objektif program dan sebagainya kepada staff yang sampai awal.Sekejap tenang,dan sekejap beremosi. Dan sebenarnya begitulah selalu.


Dalam kata-kata aluan tersebut,tertangkap oleh halwa telinga tentang suatu persoalan antara pujian dengan sindiran. “saya pun pelik,staff kita diperlukan sangat oleh orang di sana walaupun saya dah cakap staff tu takde subjek FE semester ni”. Dalam hati mula terdetik persoalan,”aku ker yang dimaksudkan?Kalau aku,kenapa? Teruk sangatkah aku sampai nak sangat nama aku dimasukkan dalam senarai?Atau bagus sangatkah aku untuk urusan mereka?”. Dan akhirnya persoalan tersebut berlalu begitu saja dalam benak saya seoarang atau semua orang tanpa jawapan yang pasti.

Sehinggalah pada hari Bengkel Pemilihan Soalan Final di MSU,ketika Puan Kamisah datang ke meja saya dan berkata “datang jugak ye awak Syamsudi.Walaupun nama awak takde dalam senarai,saya nak jugak masukkan nama awak supaya awak datang”. Pada masa itu saya hanya senyum dan bertanya “kenapa saya?”. Dan sebenarnya ia juga jawapan kepada persoalan sebelum ni.



KEJAYAAN dari jalan atau tindakan yang salah ternyata tidak membawa keberkatan. Baca sekali lagi, kejayaan dari jalan atau tindakan yang salah ternyata tidak membawa keberkatan. Rasulullah pernah melarang seorang sahabat yang datang kepadanya sambil memuji-muji sahabat yang lain.Kerana perbuatan itu seolah-olah dia sedang membunuh sahabatnya itu.

Lebih kurang seminggu sebelum puasa tahun lepas,saya diangkat sebagai seorang hero kerana menjadi salah seorang individu penting dalam proses mendapatkan lesen dari MQA kepada PTPL Seremban,dan lebih-lebih lagi dengan jawapan menipu semasa menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh panel dari MQA. Tapi kenapa awak menipu? Mungkin itu persoalan yang timbul dari anda.

Bang,kalau saya tak menipu masakan MQA bagi perakuan kepada kursus yang ditawarkan di sana. Kalau saya tak menipu,macam mana kolej ni nak menjalankan perniagaan bang.Perakuan dari MQA tu penting. Kalau saya langsung tak bercakap, dan hanya sekadar muncul saja di sana pun sudah termasuk dalam kategori menipu. Menipu menunjukkan mereka(PTPL Seremban) cukup tenaga pengajar bagi kursus yang ditawarkan itu. Itu sudah boleh tergugat proses MQA untuk beri lesen perakuan.

Kesimpulannya adalah,hebatnya saya,heronya saya pada masa itu tidak membawa kepada keberkatan pun untuk diri saya. Untuk kerjaya saya. Sebab saya diangkat sebagai seorang hero menipu. Diangkat dari laluan yang salah.



PERNAHKAH anda terasa sayu bila mendapat RM200 secara tiba-tiba? Mungkin ya,dan mungkin tidak. Tapi andai situasinya begini; Anda memiliki ijazah sarjana muda dan berkerja yang bunyinya hebat didengar. Pensyarah. Balik ke kampung sekali sekala sahaja menjenguk keluarga kerana sibuk dengan kerja. Manakala orang yang menghulurkan RM200 itu pula adalah ayah anda yang berusia 63 tahun,kerja guna kudrat di kampung dan sekarang sedang menderita sakit. Untuk minta menghantarnya berjumpa doctor,terpaksa mengeluarkan duit sendiri bagi mengisi minyak kereta anda.

Orang tua itu bereaksi begitu simpati tatkala melihat slip gaji anaknya yang konon berkelulusan university,berjawatan penting. Pensyarah. Mengajar di IPT, yang merupakan gedung ilmu tertinggi zaman ini. Tapi rupa-rupanya,banyak yang orang tidak tahu. Anaknya hidup daif di kota dan berselindung di sebalik nama pekerjaan yang gah. Pensyarah.



AKU akui sebenarnya sedang dihambat igauan dari bayang-bayang sendiri. Hai tiba-tiba pula guna kata ganti nama diri dengan ‘aku’. Biasanya guna kata ganti nama ‘saya’. Tapi yang pastinya bukan persoalan tatabahasa mahupun kata ganti diri yang akan cuba disampaikan di perenggan ini. Tapi tentang diri sendiri. Tentang permasalahan. Tentang perasaan. Tentang ketakutan. Tentang keputusan. Tentang memutuskan.

Apa yang dimaksudkan dengan “dihambat igauan dari bayang-bayang sendiri” itu adalah mengenai situasi hidup saya sekarang. Apabila saya nekad untuk meninggalkan kerja yang memang secara jujurnya saya minat dan sangat sayang. Ini kerana petanda yang saya akan diundi keluar oleh tangan-tangan yang berkuasa semakin dirasai. Jadi sebelum saya diundi keluar,biar saya dulu yang mengundi mereka keluar dari geografi hidup saya. Mesti anda tak faham. Hahaha.

Sebenarnya begini,mengikut perkhabaran dari bayu yang bertiup,taufan akan membadai tidak lama lagi. Maka dengan itu,berkemungkinan apa-apa atau siapa-siapa yang mungkin tidak membawa keuntungan kepada organisasi akan dibiarkan pergi bersama taufan tersebut. Atau mungkin dicampakkan terus supaya tidak menjadi beban semasa mengahapi taufan itu. Mereka akan terus memegang erat barangan yang akan terus membawa keuntungan. Itu salah satu langkah yang bijak juga. Anda masih tak faham? Hahaha.

Baiklah. PTPL Ampang mungkin akan ditutup sebab kos operasi melebihi pendapatan kerana bilangan pelajar semakin berkurangan. Jadi,salah satu cara mengurangkan kos operasi adalah dengan mengurangkan staff. Jadi,untuk mengurangkan staff,maka kena buang staff. Untuk buang staff,kena buang yang sepatutnya,iaitu yang berAKAL. Sebab kalau dibuang yang tak berakal,mungkin dia akan bunuh diri sebab tak dapat kerja lain. Jadi pilihan yang paling sesuai sudah pastinya saya. Tak faham lagi? Anda memang bodoh.



SELEPAS melabuhkan punggung di kerusi opis berwarna biru yang ditarik keluar sedikit dari meja saya, saya terpandang sekeping kertas yang merupakan slip gaji bagi pekerja PTPL. Lantas saya membuka lipatannya untuk mengetahui milik siapa slip gaji tersebut. Sementara mencari maklumat pemilik,saya juga sempat melihat berapa gajinya. RM1,600. Gaji pokok,dan setelah ditolak EPF dan SOCSO,ada la RM1,4++ gaji bersihnya. Terdetik dihati saya,”sikitnya gaji dia” lalu saya letakkan kembali slip gaji tersebut di tempat asalnya tadi. Di bucu meja saya.

Ceritanya bersambung lagi. Selepas habis kelas,saya kembali lagi ke meja dan mendapati slip gaji tersebut masih lagi ada di situ. Lalu saya membaca nama pemiliknya sedikit kuat,untuk menarik perhatian empunya diri. Kerana pada masa itu,saya belum lagi ingat nama setiap orang memandangkan saya masih baru di situ.

Mendengar namanya dibaca,pemilik slip tersebut dengan terkejut berpaling dan merampas slip gaji dari tangan saya dan membuatkan saya terpinga-pinga. Lantas dia bertanya, “awak dah bukak belum?”

“saya tak bukak,saya baca nama kat depan tu je”. Penipuan pertama saya di PTPL. Tapi niat saya baik,saya tak mahu dia malu dengan saya sebab gajinya begitu sedikit. Sedangkan dia sudah kerja selama setahun pada masa itu.

Ceritanya tak berakhir di situ. 6 bulan kemudian,pihak MQA akan datang untuk membuat penilaian dan seterusnya meluluskan lesen bagi program Diploma Rekabentuk Grafik (DRG). Dalam taklimat persediaan menerima lawatan MQA tersebut,juga diperkatakan oleh bos tentang gaji.

“Kalau mereka(MQA) tanya gaji,jangan bagitau. Cakap aje cukup”. Pesan bos pada kami.

Saya mula teringat peristiwa staff yang begitu risau saya tahu gajinya yang sikit itu. Rupanya bukan dia sorang saja,bos pun risau pihak lain tahu yang PTPL ni bayar gaji pekerjanya terlalu rendah sehingga tahap malu untuk diketahui orang. Seolah-olah menjatuhkan maruah.

Tapi memang betul-betul malu,andai para pelajar tahu yang kami pensyarah mereka ni gaji hanya RM1,600 dan berlagak berjaya saja dalam kelas. Kalau anda tak percaya,tengoklah di parkir kereta dan berapa buah kereta import milik pensyarah PTPL. Pengetua PTPL Ampang pun pakai proton wira lusuh.


UNTUK ke sekian kalinya hari ini saya dapat klu kepada betulnya firasat yang berlegar di benak fikiran. Firasat yang mengatakan mata sedang memandang,hati sedang menaruh dendam dan fikiran sedang rancak merancang. Hanya menanti saya membelakangkan diri saja untuk diterkam atau terus menikam.



“ Kenapa perlu buruk sangka begini? Betul la tu tindakan mereka mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada kesalahan yang dilakukan anda. Kenapa perlu mengatakan ada orang sedang menunggu peluang untuk menerkam atau menikam?”.

“Hei siapa kau?”

“Saya ni adalah pemikiran positif yang ada dalam diri anda. Yang akan merangsang motivasi dalam diri anda dengan mengatakan ‘takpe la,mungkin ada hikmah tu. Tak baik buruk sangka dan lain-lain’ padahal tu semua ayat-ayat orang bodoh yang lemah dan mudah mengaku kalah. Terima saja apa orang buat kat kita. Tapi dalam hati,menangis.”

Sambung balik perihal surat tunjuk sebab seperti rajah di atas. Saya hampir tergelak bila saya buka sampul yang mengandungi surat tunjuk sebab tu. Nampak sangat yang mereka semua ni bodoh. Nak tahu kenapa?

Sebab sebelum ni,surat tunjuk sebab saya dapat dari Ketua Akademik (HOA). Tapi hari ni,saya dapat surat tunjuk sebab dari Pengetua Kolej PTPL Ampang. Harap lepas ni saya tak dapat surat tunjuk sebab dari Programme Coordinator (PC) la. Persoalannya,adakah mereka semua sedang gilakan kuasa untuk menghukum sehinggakan setiap orang mahu keluarkan surat tunjuk sebab? Kerana setiap satu surat tunjuk sebab akan ditolak 10 point dari KPI nanti.



16 Ogos 2012

SALAM LEBARAN

Saya minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kuku di atas kesalahan-kesalahan pada sesiapa yang berkenaan.
Dan untuk ke sekian kalinya,saya langsung tidak berniat melakukan kejahatan terhadap anda.
Namun sesuatu yang jahat itu terjadi jua kerana kelemahan saya sebagai seorang manusia.
Andai bersisa lagi kemaafan,saya memintanya.Namun andai maaf sudah tiada,saya redha..

14 Ogos 2012

Surat Letak Jawatan

Bangun tidur pukul 8.10 pagi tadi memang rasa berat amat untuk datang kerja. Namun,digagahi juga bila memikirkan tanggungjawab kepada pelajar. Ada yang terpaksa menaiki beberapa public transpot untuk sampai ke kolej. Selain itu,minat mengajar dan bercakap meluahkan idea juga menjadi penguat semangat untuk terus bangkit bersiap untuk datang kerja.

Tapi semua yang di atas itu terpadam apabila melangkah masuk ke dalam kelas pada pukul 9.00. Bilik 202,atau Bilik Lukisan. Dengan susunan mejanya,dengan kertas di atas meja,dengan kualiti hasil kerja yang dihantar dan sebagainya. Membuatkan jiwa tersentuh,hati berkata-kata; mereka(pelajar) tak pernah pun cuba untuk menjaga hati pensyarah mereka ini. Padahal sudah berulang kali diingatkan,dipesan,diberitahu supaya jaga kebersihan kelas. Susun balik meja dan kerusi selepas digunakan atau di alihkan. Lukis secara serius,jangan fikir cepat siap saja. Sebab saya sudah beberapa kali dikomplen sebab keadaan kelas ini. Tak kesiankah mereka andai saya dimarah pihak atasan kerana perbuatan mereka. Tapi semua tu langsung tidak memberikan kesan sedikit pun dalam benak mereka.

Patutlah dalam laporan survey untuk tiga semester lepas, saya penghuni kelompok terbawah. Rupanya saya telah buat kesilapan dalam teknik mendidik mereka. Saya memberi nasihat pada setiap kali sesi kelas. Pada hemat saya,mereka akan sedar dan jadi manusia yang berguna. Saya silap,layan mereka seperti manusia. Nasihat sebenarnya untuk merangsang akal. Sepatutnya saya layan mereka macam binatang. Bukan pendekatan nasihat.

Setelah menunggu selama 46 minit,barulah muncul seorang pelajar yang datang kelas. Pukul 9.46. Padahal kelas sepatutnya bermula jam 9.00 pagi. Ini satu lagi sikap yang saya tak mampu ubah melalui nasihat dan amaran. Kepentingan dalang kelas seolah diambil mudah. Seminggu nak raya,sudah balik kampung. Nak beli baju raya sampai tak datang kelas. Datang kelas ni seolah mengisi masa lapang saja. Sekiranya ada hal lain,walaupun tak penting maka hal tersebut lagi diutamakan.

Kesimpulannya,penulisan hari ini adalah meluahkan kegagalan saya mendidik selama 3 tahun berada di sini. Maka dengan itu,saya mengumumkan perletakan jawatan sekarang. Muktamad. Sekian terima kasih kerana membaca

10 Ogos 2012

kejadian semalam

“SAYA tak curi bang. Saya mari nak check duit gaji. Saya nak ambik helmet,sebab helmet saya kena curi”. Penjelasan dari suspek ketika saya melangkah masuk dan duduk di kerusi ala bos di bilik yang menempatkan suspek pencuri yang baru ditangkap oleh En.Syukri dan beberapa orang student. Mungkin dia nampak saya macam seseorang yang berpengaruh di situ,dengan muka serius dan bergaya mewah:kemeja hitam jalur putih,tie ada kerawang,jam tangan berjenama Crocodile,kasut kulit hitam jenama Bonia,mata coklat merenung tajam dan rambut panjang seperti model sambilan.


Tanpa mempedulikan penjelasan suspek itu,saya mengajukan soalan kepada En.Shariman yang berkawal dalam bilik tersebut bersama seorang student.”Mana korang tangkap dia?”. Dan jawapan dari En.Shariman tidak dapat ditangkap oleh gegendang telinga saya kerana di masa yang sama suspek tersebut sedang memberi penjelasan yang sama seperti mula-mula melihat saya tadi.

Lalu saya menerpa ke arahnya seperti singa lapar lalu membelasahnya bertubi-tubi bagai dirasuk roh jahat sambil memberitahunya “aku masuk dalam bilik ni bukan nak dengar kau mengaku atau kau menafikan. Tapi aku masuk untuk belasah kau. Dah sebulan aku tunggu hari ni”. Sehinggalah saya dihalang oleh En.Shariman dan En.Syukri yang ada dalam bilik itu.

Setiap minggu yang lepas,mesti akan datang beberapa orang pelajar yang datang jumpa saya untuk minta melihat rakaman CCTV kerana barang mereka telah dicuri. Dan apabila melihat rakaman tersebut, wajah orang yang sama akan tertayang sedang rakus menyelongkar beg mereka dan mengambil apasaja barangan yang ada.

Melihat kepada kesusahan yang terpaksa ditanggung oleh para pelajar yang menjadi mangsa perbuatanya tersebut,membuatkan hati saya membara dan mula menyimpan dendam. Kesombongannya yang mengulangi perbuatan mencuri di hari yang sama dan waktu yang sama setiap minggu lagi membuatkan dia diburu. Dan itu juga menyebabkan gambarnya tersimpan dalam poket seluar saya setiap masa. Dan saya akan tunjukkan kepada sesiapa saja supaya mereka kenal dengan buruan saya itu.

Dia juga sebenarnya sangat bertuah kerana,sejak saya hidup selama 30 tahun,dia orang pertama yang saya belasah tanpa perasaan simpati(masa kejadian tadi je,sekarang dah rasa kesian. Sakit tu. Sampai berdarah-darah). Tapi bak kata pepatah;terlajak perahu boleh diundur,terlajak laku buruk padahnya. Perlakuan pencuri tu sudah terima padahnya,tapi terlajak laku saya tadi entah apa padahnya. Wallahualam…