14 Ogos 2012

Surat Letak Jawatan

Bangun tidur pukul 8.10 pagi tadi memang rasa berat amat untuk datang kerja. Namun,digagahi juga bila memikirkan tanggungjawab kepada pelajar. Ada yang terpaksa menaiki beberapa public transpot untuk sampai ke kolej. Selain itu,minat mengajar dan bercakap meluahkan idea juga menjadi penguat semangat untuk terus bangkit bersiap untuk datang kerja.

Tapi semua yang di atas itu terpadam apabila melangkah masuk ke dalam kelas pada pukul 9.00. Bilik 202,atau Bilik Lukisan. Dengan susunan mejanya,dengan kertas di atas meja,dengan kualiti hasil kerja yang dihantar dan sebagainya. Membuatkan jiwa tersentuh,hati berkata-kata; mereka(pelajar) tak pernah pun cuba untuk menjaga hati pensyarah mereka ini. Padahal sudah berulang kali diingatkan,dipesan,diberitahu supaya jaga kebersihan kelas. Susun balik meja dan kerusi selepas digunakan atau di alihkan. Lukis secara serius,jangan fikir cepat siap saja. Sebab saya sudah beberapa kali dikomplen sebab keadaan kelas ini. Tak kesiankah mereka andai saya dimarah pihak atasan kerana perbuatan mereka. Tapi semua tu langsung tidak memberikan kesan sedikit pun dalam benak mereka.

Patutlah dalam laporan survey untuk tiga semester lepas, saya penghuni kelompok terbawah. Rupanya saya telah buat kesilapan dalam teknik mendidik mereka. Saya memberi nasihat pada setiap kali sesi kelas. Pada hemat saya,mereka akan sedar dan jadi manusia yang berguna. Saya silap,layan mereka seperti manusia. Nasihat sebenarnya untuk merangsang akal. Sepatutnya saya layan mereka macam binatang. Bukan pendekatan nasihat.

Setelah menunggu selama 46 minit,barulah muncul seorang pelajar yang datang kelas. Pukul 9.46. Padahal kelas sepatutnya bermula jam 9.00 pagi. Ini satu lagi sikap yang saya tak mampu ubah melalui nasihat dan amaran. Kepentingan dalang kelas seolah diambil mudah. Seminggu nak raya,sudah balik kampung. Nak beli baju raya sampai tak datang kelas. Datang kelas ni seolah mengisi masa lapang saja. Sekiranya ada hal lain,walaupun tak penting maka hal tersebut lagi diutamakan.

Kesimpulannya,penulisan hari ini adalah meluahkan kegagalan saya mendidik selama 3 tahun berada di sini. Maka dengan itu,saya mengumumkan perletakan jawatan sekarang. Muktamad. Sekian terima kasih kerana membaca

Tiada ulasan: