3 Januari 2013

Pepatah inggeris: darah lebih pekat dari air



15 Disember 2012. PULAPOL Kuching, Sarawak.

Selepas 6 bulan menjalani latihan fizikal yang agakdiluar kebiasaan bagi kebanyakan orang lain. Sekumpulan 948 pelatih telah berjaya mengharungi dengan jayanya.Buktinya apabila melihat perbarisan mereka yang tampak sempurna seolah-olah sudah di’set’kan menjadi seperti itu.

Mereka yang datang secara berkawad walaupun hari sedang gerimis dalam kumpulan seramai lebih kurang 30 pelatih mengagumkan para hadirin yang berada di situ. Menggambarkan bahawa mereka sudah bersedia dan akan mengharungi apa saja tanpa mencari sebab sebagai alasan untuk tidak melakukan apa yang patut dilakukan.

Prakkk…

Secara serentak dan nyaring kedengaran tapak kasut yang dihentak secara tiba-tiba setelah mendengar laungan bersedia dari komander perbarisan. Menyebabkan semua mata hadirin mula memberi tumpuan kepada perbarisan.Perasaan teruja dan kagum silih berganti.

“Ya cik!!!...”

Jeritan penuh semangat dari pelatih tanda patuh setelah mendengar amanat terakhir oleh ketua jurulatih sebelum mereka semua keluar dan menjalani tanggungjawab sebagai anggota polis.

14 Disember 2012, PULAPOL Kuching, Sarawak.

Permandangan bangunan putih dan biru dengan catnya sudah lusuh. Di dalamnya tersimpan 1001 kenangan dalam memori setiap pelatih. Apabila didekati pula akan menampakkan sedikit gambaran keadaan penghuninya. Sesak, terdesak, dan tabah.

Wajah-wajah polos pelatih kelihatan sayu jika dipandang dari sudut pandangan belas kasihan; wajah yang hangus terbakar, badan kurus cengkung tapi tegap, mata merah dihembus bayu malam bumi kenyalang dalam menahan mengantuk, kepala yang dikilir seperti bukit gondol, berbaju kemeja putih lengan panjang yang sudah lusuh kerana usia dan songkok lembik kerana sentiasa digunakan.

Senantiasa dibasahi keringat di wajah masing-masing itu adalah mungkin perkara biasa bagi mereka.Terkejar-kejar mengejar masa dalam menguruskan hidup selama 6 bulan lalu; makan, minum, mandi, solat, bersosial dan sebagainya.

Namun semuanya seolah ditepis dengan hilai tawa mereka yang menelan kesengsaraan hidup yang dijalani. Kehilangan kasut, denda lompat bintang, itu bukan lagi perkara yang perlu ditakrifkan sebagai masalah dan perlu difikirkan melebihi dari 5 minit dalam kepala mereka.

05.30 pagi.

Semua pelatih sudah mula berkeliaran di kawasan berek dengan persalinan yang lengkap untuk perbarisan siang nanti.Ternyata mereka tidak lena tidur malam tadi kerana memikirkan acara yang akan berlangsung esok hari. Memikirkan seragam yang digosok lendik sebelum tidur tadi. memikirkan persembahan esok tidak tersalah langkah yang pasti akan membangkitkan kemarahan dan mengundang aib pada pasukan.

Kerana terlalu fokus kan perbarisan nanti, kepentingan peribadi sudah dinyahkan dari benak fikiran masing-masing. Rasa lapar contohnya. Apa yang ada dalam minda dan telah di’set’kan adalah perbarisan nanti. Mesti sempurna. Segalanya.Walau berdiri tegak selama 3 jam mendengar ucapan. Walau berjalan 120 langkah seminit.Itu mesti sempurna. Walau terpaksa mengigit lidah sendiri, walau perlu hanya menggerakkan ibu jari kaki sahaja untuk mengelakkan dari jatuh pengsang. Asalkan perbarisan itu sempurna.

Akhirnya mereka telah berjaya.Tahniah untuk semua!

p/s: terutamanya Al-Bakri,Lokman,Ayie dan semua pelatih.





Tiada ulasan: