9 September 2019

suatu inspirasi;Norazian Sukardi.

Inspirasi Kemerdekaan Negara ke 62, suka saya untuk menulis kejayaaan serta kegigihan anak melayu yang berjiwa merdeka membebaskan diri dari penjajahan jiwa dan kekangan kemunduran. Merdeka dalam erti kata sebenar, bukan sekadar laungan sambil mengibar Jalur Gemilang. Malah lebih dari itu. Merdekakan kemampuan, merdeka ekonomi melayu. Norazian Sukardi, atau lebih mesra dipanggil Kak Yan di kalangan kenalan. Manakala gelaran kak Ngah pula lebih sinonim dalam keluarganya memandangkan beliau merupakan anak kedua dari pasangan encik Sukardi dan puan Ainee. Adalah dari keluarga sederhana di sebuah kampung pinggiran pekan Simpang Renggam, Johor. Berusia awal 40 an, namun secara peribadi saya berasa tidak keterlaluan untuk mengatakan beliau sangat memberi inspirasi bagi siapa saja yang baru mengenalinya. Melalui tutur katanya, melalui konfidennya beliau, semangatnya, juga cerita-cerita pengalamannya. Seorang wanita yang sedang berdiri penuh yakin untuk meniti ambang kejayaan yang diciptakan olehnya sendiri melalui usaha yang tiada pernah kenal erti putus asa disertakan pula dengan dorongan dan sokongan dari keluarga, terutamanya suami yang sangat memahami. Menyingkap kisah hidup beliau dalam mengharungi perjalanannya membina kerjaya sungguh menjawab persoalan makna “cekal”dalam kamus hidup seorang yang berjaya. Lebih-lebih lagi, beliau adalah seorang wanita. Apabila terpaksa melalui pelbagai penat jerih, onak duri, caci maki sehingga beliau menjadi kuat seperti karang yang langsung tiada terkesan walau badai melanda. Kisah bermula, dengan berbekalkan hanya Sijil Pelajaran Malaysia beliau memulakan kerjaya dengan berkerja sebagai kerani di sebuah syarikat sektor perladangan. Syarikat tersebut menjalankan aktiviti pertanian sayuran secara ladang. Memegang jawatan kerani sumber manusia, yang memaksanya untuk menjadi sangat prograsif dan aktif. Selain perlu menguruskan segalanya tentang pekerja syarikat, ditambah pula lagi memiliki seorang bos yang menguji ketahanan jiwa dan mental dengan sifatnya yang terlalu memaksa dan jauh sekali untuk bertolak ansur dalam segenap hal. Maka kekuatan jiwa sangat ditagih untuk terus berkerja dalam keadaan begitu. Salah satu tugas wajib semasa bekerja di syarikat itu adalah menguruskan pekerja warga asing. Dari proses dokumentasi, urusan hantar dan ambil juga diuruskan oleh beliau seorang diri. Sehinggakan perlu meredah pekat malam, dingin embun jantan untuk sampai ke rumah pekerja dalam ladang. Seorang diri, semata-mata untuk mangambil dan menghantar pekerja asing ke airport. Terkadang orang-orang yang memandang lebih merasa berat dengan apa yang dilaluinya,berbanding dengan beliau sendiri yang sedang melaluinya. Kerana sudah terlalu biasa, bak kata pepatah :alah bisa tegal biasa. Jika urusan begitu pun dapat diselesaikan dengan jayanya, apa lagi ujian yang bakal bosnya akan lakukan. Ternyata masih belum cukup bagi bosnya memerah keringat serta memerah jiwa Kak Yan. Kali ini, ketika Kak Yan baru habis berpantang kerana melahirkan anak kedua beliau. Bos mengarahkan Kak Yan mesti ke luar Negara untuk mendapatkan pekerja asing. Saat ketika ibu-ibu sangat berat untuk meninggalkan bayi yang baru lahir berhari-hari. Itulah ertinya pengorbanan. Pengorbanan diri sendiri dan juga pengorbanan ahli keluarga untuk membenarkannya pergi. Di pendekkan cerita, dari pengorbanan dan kepatuhan sebegitu beliau mendapat kepercayaan dari majikannya untuk keluar Negara selepas itu sudah boleh pergi bersama suami. Maknaya berkerja sambil melancong dengan yang tersayang. Dan dari pengorbanan itu juga, beliau mengumpul pengalaman menguruskan dan mencari pekerja asing. Namun dalam kesusahan dan cabaran yang sekian banyaknya itu, ada juga sisi positif tercipta dari bosnya. Kerana Mr.Chai, sangat suka sekiranya ada di kalangan pekerjanya yang minat untuk belajar. Secara formal mahupun tidak formal. Maka dari situ, Kak Yan terus mengambil peluang untuk belajar secara PJJ(Pengajian Jarak Jauh) di Universiti Malaysia Pahang. Beliau menyambung pengajian tersebut di peringkat Diploma dalam bidang Pengurusan Perniagaan, tahun 2010. Bertitik tolak dari situ pula, bosnya iaitu Mr.Chai membuka lagi satu peluang untuk beliau menduduki peperiksaan general insurance bagi melayakkannya menjadi agen insurans. Dengan kelayakan itu,beliau diberi hak untuk proses pembaharuan insuran dan permit perkerja di syarikat tersebut. Itu juga titik mula penubuhan syarikat sendiri miliknya iaitu NAS Agency Centre. Yang memetik dari gabungan pangkal namanya “Norazian”, ibunya “Ainee” dan ayahnya “Sukardi”, maka jadilah NAS Agency Centre. Tujuh tahun kemudian iaitu pada 2017, dengan penuh yakinnya beliau mengorak langkah tanda menoleh ke belakang lagi untuk membina syarikatnya sendiri sepenuh masa. Beliau meletak jawatan sebagai pekerja di syarikat Mr.Chai lalu menjadi majikan di syarikatnya sendiri. Beliau juga telah menubuhkan satu lagi syarikat dengan harapan dan wawasan untuk memperbesarkan lagi pasaran perniagaannya,iaitu NAS MANAGEMENT SDN BHD. Semoga dengan penubuhan syarikat ini,dapat bersaing dan berdiri sama segak dengan syarikat-syarikat lain yang menawarkan perkhidmatan sama iaitu menguruskan permohonan pekerja asing ke Malaysia.

1 September 2019

Kuota pekerja asing secara sah

Anda ada perniagaan?pasaraya?restoran?katering?ladang?kebun?kilang?pembinaan?perkhidmatan? Memerlukan tenaga pekerja dari luar,iaitu pekerja asing?Indonesia?Myanmar?India?Philippine? Tidak tahu cara proses serta syarat-syarat untuk mendapat kelulusan dari KDN? KAMI BOLEH MEMBANTU ANDA UNTUK MOHON KUOTA DARI KDN SEKARANG!!! www.wasap.com.my/60129555731

29 Jun 2019

Permit Pekerjaan Malaysia.

 Kami menguruskan permit pekerja atau customer anda.

www.wasap.my/6012-955 5731

Perkhidmatan urusan pekerja asing

Anda memerlukan agen untuk menguruskan kuota kemasukan pekerja asing?

Saya boleh membantu!!!
Telah banyak syarikat kami bantu!!

Hubungi saya:
Mohd syamsudi ismail

(agen dari NAS Agency Centre)

Taman Ria, 86200 Simpang Renggam, Johor


11 Mac 2017

Umur 30 tahun yang berlalu

Pada pemikiran aku,paling lewat pun umur 30 aku mesti sudah bergelar suami. Kerana mengikut perkiraan manusia yang lemah ini,andai di usia itu aku masih lagi membujang maka secara automatiknya aku juga tak punya anak. Ya,anak untuk mewarisi keturunan aku. Jadi,aku mula pasang target dan juga sempadan bahawa aku tidak boleh melebihi umur tersebut untuk berumahtangga dan mungkin setahun kemudian aku akan menimang cahaya mata.

Pada masa itu,aku mungkin lupa satu perkara. Rezeki itu dari Allah. Ajal maut,jodoh pertemuan,itu semua ketentuanNya. Kita manusia hanya mampu merancang. Hanya Dia penentu segala.

Kini usia perkahwinan aku sudah 5 tahun. Ya,target aku untuk menamatkan zaman bujang diusia seperti dirancang juga terlaksana. Namun aku tetap juga belum direzekikan dengan cahaya mata.

Aku sangat sedar,sekuat mana usaha,sebanyak mana berdoa,namun jika belum direzekikan lagi,aku tetap akan kehampaan. Cuma nengharapkan pahala berdoa,pahala sabar sebagai habuan. Dan aku juga berdoa,sebagaimana Nabi berdoa,iaitu supaya Allah lindungi aku dan isteri dan keluarga dari kesyirikan sedangkan kami tahu bahawa itu syirik dan juga lindungi kami dari kesyirikan sedangkan kami tidak tahu bahawa itu adalah syirik,dalam usaha kami untuk mendapatkan anak.

Diharapkan,anda yang membaca entri ini juga mendoakan kami mendapat zuriat pewaris keturunan kami. Amiin. Sekian terima kasih.