29 Januari 2011

Bila hari Sabtu

Kalau title tu suatu soalan,mesti jawapannya terlalu banyak.Contohnya hari Sabtu adalah hari sebelum Ahad.(1 markah).Hari Sabtu selepas hari Jumaat.(1 markah.).Dan macam-macam lagi jawapan yang boleh diberikan.Termasuklah hari aku kerja separuh hari, sehingga hujung Januari 2011.

Seperti biasa, intro bagi setiap entri aku akan menulis perkara-perkara yang melalut dan membosankan.Sebab aku bukan memerlukan seorang pembaca yang serius untuk mengikuti penulisan aku ini.Penulisan aku hanyalah untuk orang-orang yang tiada hala tuju.Orang yang menghargai kehidupan.Orang yang bukan hanya terikat dengan norma-norma kehidupan yang telah disetkan.

Menggunakan kata kerja "makan" dan "lapar" untuk air contohnya.;lembu tu nampak macam lapar air....

Hari Sabtu adalah hari yang selalu mengganggu tidur aku yang tak berbaloi.Hari yang sebelum tidurnye aku selalu merancang sesuatu untuk aku habiskan masa selama 4 jam di opis.Tapi biasanya aku sentiasa merancang untuk membuat fail,membuat scoresheet,ambil gambar artwork pelajar,bagi markah assigment,dll.Langsung tidak aku rancang untuk menulis entri baru,layan facebook,download lagu,goyang kaki.Tapi nampaknya apa yang aku tak rancang tu la yang jadi.Hampeh.Sape suruh kerja hari Sabtu.

Jadi tu la yang terjadi bila hari Sabtu...




25 Januari 2011

25 JANUARI 2000

sebenarnya bukan secara tepat pun. Namun aku pasti,ianya berada di sekitar tarikh dan tahun tersebut. Zaman di mana aku masih lagi seorang budak kampung yang belum terdedah dengan sebarang item globalisasi. Satu kemudahan yang memberi kemudahan untuk kita semua melangkaui sempadan global.

Tak ada lagi akaun  Facebook,Myspace,Friendster yang aku daftar.Malah aku tak  tahu pun lagi benda tu semua wujud.Sebenarnya komputer pun aku tak tahu nak on lagi masa tu.Sumpah.

Dan atas alasan sebagai seorang budak kampung yang sebenarnya tidak pernah mempedulikan apa-apa tentang dunia luar,tentang hiburan,tentang pelajaran. Maka kami rakyat Malaysia berikrar..eh terbuat lawak pulak.Maka kami pun tidak mempedulikan tentang benda-benda yang macam kurang penting termasuklah tarikh lahir sendiri dan juga mak ayah.

Jadi tak biasa pun orang wish happy birthday,sebab diri sendiri pun tak sedar hari ni hari jadi.Berbeza sekali dengan zaman sekarang. Semuanya ada dalam internet.Dunia sudah berubah.Aku pun turut berubah.

24 Januari 2011

di hari terakhirku

Bak kata lirik lagu "3 malam tanpa bintang" yang dinyanyikan oleh Fiq Mentor

tidak terhitung jari jemariku
tak dapat dibilang bagai bintang beribu

Bergitulah boleh disifatkan apa yang telah dan pernah dilalui aku sehingga ke hari ni.Hari yang mana aku sifatkan adalah hari terakhir aku. Tapi kalau hari terakhir sebuah kehidupan, sebenarnya bukan untuk aku saja. Sebab hari ni adalah boleh menjadi hari terakhir untuk sesiapa saja.Kerana tiada siapa pun yang betul-betul pasti bahawa esok dia masih bernafas,melihat,mendengar,makan,minum,mengumpat.

Namun sebagai sebuah coretan (perasan menulis novel cinta) yang diberi tajuk 'di hari terkhirku', suka aku mengimbau kembali kenangan hidup aku selama 28 tahun lalu. Banyak kenangan; pahit,manis,tawar,kelat,payau. Yang pastinya semua itu adalah dari kekuasaan Allah Yang Maha Pencipta. Yang mencipta langit dan bumi dan seluruh kehidupan di dalamnya. Dia Yang Maha Mengetahui segalanya. Allahu Akbar.

Terima kasih yang tidak terhingga dan sebenarnya tidak dapat disifatkan dengan apa saja kata-kata mahupun apa saja perbuatan sekalipun. Iaitu kepada Ma dan Ayah, yang melahir, membesar,memberi pendidikan,menjadikan aku manusia yang seperti hari ini.

Dan juga kepada sesiapa saja yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam kelangsungan kehidupan aku selama ini, sebenarnya itu adalah takdir yang tertulis dalam sebuah kehidupan. Kalau ada silap dan salah harap dimaafkan.

Esok kalau masih ada hari aku, maka bermulalah usia baru aku...Heppy Birthday to me..huhu.Dan juga Farah AF dan Asmida(ex girlfriend kawan aku)

15 Januari 2011

membaca jambatan ilmu.

Tak kesah apa pun istilah yang diberikan, tapi aku percaya membaca adalah salah satu cara mendapat maklumat, pengetahuan,ilmu. Contohnya tentang kisah seorang doktor pakar jantung yang mengusahakan ladang pisang terbesar di Malaysia. Disamping beliau berjaya dalam pelajaran sehingga menjadi seorang doktor,pakar lagi tu. Beliau juga berjaya mengusahakan ladang pisang terbesar yang berkeluasan 400 hektar dan menjadi jutawan pisang negara.

Kalau bukan kerana membaca, mungkin aku tak tahu pun tentang cerita tu.Dan kalau bukan kerana membaca juga mungkin anda pun tak tahu tentang cerita tu. Sebab anda sedang membaca sekarang ni baru anda tahu tentangnya.Walaupun anda meragui kesahihannya. Jadi kalau nak tahu, Baca la lagi, cari la bahan bacaan. Sebab membaca tu kan jambatan ilmu. Selamat membaca.

13 Januari 2011

vetting

bagi orang yang bukan pernah atau sedang berkerja di kumpulan kolej PTPL terutamanya sebagai tenaga pengajar,mesti tau apa itu vetting.Bagi orang luar,aku tak tau la mereka tau ke tidak apa itu vetting tu.

Vetting adalah salah satu proses penbincangan untuk menghasilkan soalan peperiksaan akhir setiap semester sesi pengajian.Para pengajar subjek tertentu yang berada di sekitar Lembah Kelang akan berkumpul untuk membetulkan format soalan final.Format je pun.

Selebihnya kami semua hanya mengeratkan silaturahim sesama staff je la.Dan yang specialnya vetting kali ni adalah,aku juga menyebarkan virus selsema dalam bilik yang beraircond ni.hehehe..

selamat berjangkit selsema semua.