31 Mac 2011

selamat tinggal Sal..

Aku tau dia bukan seorang pembaca untuk blog aku ni,tapi aku nak mengucap selamat jalan juga untuk dia di sini.Sebab kadang-kadang ucapan itu tidak semestinya diketahui oleh orang yang dituju.Mungkin untuk ucapan lain la.Bukan selamat jalan seperti ini.

Bercakap tentang ucapan,sebenarnya keikhlasan sepatutnya yang jadi pengukur.Maka ikhlas pula hanya berada di hati penutur itu.Sebab,kata-kata yang dituturkan lidah sudah ditapis akan isinya oleh otak.Kata-kata diterima/didengar oleh orang lain itu bukan sepenuhnya yang lahir dari hati.

Selepas intro yang menjela itu,aku ingin mengucapkan selamat menjalani rutin hidup yang baru,kerja baru,kawan baru,suasana baru.Hidup ini satu pengembaraan.Jadi anda masih lagi berada di atas landasan hakikat kehidupan.

wassalam...

22 Mac 2011

filesick..

Aku rindu berada di sebuah padang.Waktu malam.Padang yang merupakan bekas tapak tanaman sayur oleh orang kampung.Kesan batas-batas sawi,cili,kacang masih lagi dapat dilihat dengan jelas.Kerana tanahnya yang sudah tandus menyebabkan rumput liar tidak begitu gemar tumbuh lagi di kawasan itu.

Namun bagi aku(kami), itu adalah sesuatu bagus kerana ada aktiviti menanti.Aktiviti malam.Sememangnya aktiviti yang menyeronokkan.Menyuluh puyuh.Lagi memberi merit sekiranya pada petang itu hari hujan.Maka banyak la hasil tangkapan yang akan kami dapat.

Menyuluh burung puyuh tidur memang seronok dan menyeronokkan.Dengan hanya berbekalkan lampu suluh dan jaring(sauk ikan) setiap orang,kami akan berjalan di atas padang dan menyuluh ke tanah.Bila tersuluh saja sekumpulan burung puyuh sedang tidur,itu tandanya sasaran sudah di depan mata.Jadi kami akan perlahankan langkah untuk tidak mengejutkan tidur mereka.Menghampiri kumpulan tersebut dan menekup sauk di atas kumpulan itu.

Sekiranya burung puyuh tersebut sempat terbang dan melarikan diri,aktiviti kejar mengejar pula akan berlaku.Semasa sesi kejar mengejar ini biasanya akan menyebabkan kemalangan-kemalangan kecil seperti masuk dalam pokok duri,terpijak taik lembu,langgar pokok dll.Maklum la berlari dalam gelap.Namun yang pasti, ianya adalah aktiviti yang menyeronokkan.Aku rindu

1 Mac 2011

SELAMAT HARIJADI

Salam.Hari ni sudah pun masuk bulan Mac.1 March 2011.Bulan ketiga setiap tahun.Dan bagi yang menyambut hari jadi hari ni, saya ucapkan selamat hari jadi. Semoga panjang umur, murah rezeki,hidup gembira.Ya hidup gembira.Buat apa sedih-sedih.Sedih tu boleh,tapi jangan la lama-lama sangat.Sebab dengan bersedih saja tak mendatangkan keuntungan apa-apa pun.Betul ni dik.Bersedih tak mendatangkan keuntungan.

Kalau gagal dalam pelajaran yang  disedihkan,jadi kita sudah dapat satu lagi pengajaran.Mungkin kita belajar tak cukup bersungguh.Mungkin cikgu,pensyarah kita tak suka kita sebab kita bersikap kurang ajar selama ini.Jadi kita sudah nampak apa yang kita patut ubah nanti.Takkan nak bersedih je bila gagal.

Begitu juga dengan bercinta dik.Kenapa perlu sedih sangat bila gagal bercinta ni.Patutnya kita kena bersyukur kalau putus cinta.Eh betul la tu.Patutnya kita bersyukur putus cinta.Sebab tu la tandanya kita tak serasi.Takkan pula kita nak habiskan sepanjang hidup kita dengan orang yang kita tak serasi.Baik berpisah sekarang daripada dah kahwin baru nak berpisah.Sebab tak serasi ini juga adalah antara penyebab berlakunya kes-kes perceraian di negara kita ni.Jadi kalau putus cinta tu,carilah cinta baru.Mungkin lebih serasi.Mungkin jumpa keserasian.

Jadi gembira-gembirakanlah...