29 Jun 2011

perarakan BERSIH

Aku saja ambil risiko menggunakan perkataan BERSIH dalam entri kali ni.Dan aku berharap pihak berkuasa tidak ambil apa apa tindakan la terhadap Blog aku ni.Sebab aku tiada langsung akan cuba menyuntik kata kata hasutan dalam blog ni.Sekadar tumpang glamour perkataan BERSIH je.

Cuma ada la sedikit peringatan kepada muda mudi,sahabat sahabi,kawan kawi semua. Ummat Islam semakin ditindas sekarang ni. Muda mudi islam asyik mengejar artis pujaan saja,lagu pujaan,sukan pujaan,permainan video pujaan.Ya,memang anda selalu dengar ungkapan sebegini kan.Tapi anda menganggap ini semua hanyalah sebuah bebelan seseorang yang berlagak pandai semata.Anda tetap dengan apa yang anda lakukan sekarang.

Parlimen Belanda telah meluluskan untuk mengharamkan penyembelihan haiwan di negara tersebut.Jadi secara tidak langsungnya saki baki orang yang menganut agama Islam di Belanda akan menghadapi kesusahan untuk mendapatkan bekalan makanan yang halal.

Perancis mengharamkan wanita menutup aurat.Pemimpin pemimpin negara negara kafir sebenarnya ingin mengkafirkan rakyat rakyat mereka yang beragama Islam sehabis habisan.Cis marah betul aku.

14 Jun 2011

Folder Memori

"bersatu hati masa menyaksi
di puncak maya kitakan bersama
di persada pentas dunia
selamanya kita di sana..."

Adakah anda terfikir-fikir apakah lagu atau melodi untuk lirik di atas itu.Lagu apakah itu? Dan kenapa la saya tiba-tiba menulis lirik tersebut di sini.Yang sebenarnya itu adalah salah satu rangkap lirik lagu untuk sukan Komanwel Kuala Lumpur 98.

Dan tujuan saya menulis rangkap itu juga sebenarnya bukan untuk mengajak para pembaca untuk menjadi penulis lirik lagu patriotik ataupun untuk manjadi penyanyi lagu-lagu patriotik menggantikan penyanyi Roy itu.Dan jauh sama sekali untuk melobi sukan Komanwel 2014 di adakan di Kuala Lumpur lagi.

Tujuan sebenar adalah untuk menggamitkan memori pada tahun 1998.Yang mana pada tahun tersebut sukan terbesar pernah dianjurkan di Malaysia.Sebenarnya hidup dalam kenangan ini adalah suatu yang  menyeronokkan.Walaupun semua orang tahu,masa lalu adalah suatu benda yang paling jauh dan akan terus menjauhi kita setiap saat.Namun bagi orang yang tahu menghargai masa,ia akan mendapat kenangan manis dengan masa yang telah dilaluinya.Masa lalunya.Tapi sebaliknya kepada orang yang tidak menghargai masa,mereka akan terlepas suatu kenangan.Dan mungkin akan membawa kepada suatu penyesalan.Seperti kenangan negara kita menjadi tumpuan dunia, bermacam-macam acara dan budaya kita tonjolkan,kita pamerkan dan mungkin sekarang kita sudah tidak dapat dilihat lagi.

Kenangan Kuala Lumpur 1998 adalah salah satu folder memori dalam minda saya.Anda bagaimana?

7 Jun 2011

Kuliah selepas kelas

Pada suatu hari,aku pernah berjanji pada diri sendiri untuk cuba meng'update cerita di blog aku ni setiap hari.Bermula hari ini(hari tersebut).Tapi rupanya itu tidak berlaku sepertimana yang diharapkan.Sepertimana yang dijanjikan.Walaupun janji tersebut adalah pada diri sendiri.Janji tersebut dinafikan dengan alasan-alasan lain yang masuk akal.Kerana aku adalah seorang yang berakal.

Jadi kali ini,perihal AKAL yang akan menjadi intipati asas utama dalam penulisan saya tuan puan sekalian.Gaya penceramah la pulak rasa.Tapi takpe,sebab apa gaya sekalipun sekiranya kita menggunakan akal dengan betul,maka kita bukan tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi.

"Rugi?"
"Ya,betul la tu dik.Rugi".Akal tu diberikan Allah kepada makhluk yang bernama manusia macam kita saja.Binatang tidak diberikan akal fikiran.Tumbuhan pun sama.Akar ada la.

Jadi janganlah bertindak sepertimana ciptaan-ciptaan yang tidak dikurniakan akal itu.Hanya mengikut naluri.Lumrah kehidupan.

Tapi sebenarnya mungkin kalau tajuk perbincangan kali ini tentang JANJI juga agak sesuai.
Tentang janji yang selalu dimungkiri walaupun janji pada diri sendiri.Guna alasan yang pelbagai untuk tidak menepati janji.Kambing hitam.Kambing putih,Kambing merah dam macam-macam lagi.

Tapi kalau balik kerja nanti singgah Giant beli ikan keli,daun kesum dan santan.Masak lemak ikan keli dan daun kesum.Goreng ikan masin.Huh.