23 Februari 2012

Buat Teman



Mohd Shahrul Anuar
Kalau sekali pandang memang tiada apa yang asing pada lelaki dalam gambar lukisan di atas.Mempunyai fizikal yang sempurna seperti saya dan anda yang sedang membaca blog ini.Namun yang pasti dia mempunyai cerita hidup dan latarbelakangnya tersendiri.Sama juga seperti saya dan anda semua.Setuju?

Lelaki tersebut dilahirkan 22 tahun lalu.Dan pada usianya dua minggu,dia diserang demam panas yang teruk sehinggakan berlaku kekejangan pada urat perut dan memerlukan pembedahan dilakukan untuk membetulkan kembali sistem perutnya.

Kesan daripada musibah tersebut,segalanya sudah tidak normal lagi dalam kehidupannya.Tumbesarannya terbantut.Kemampuannya bukan lagi seperti kanak-kanak normal lain.Pada usia 7 tahun dia hanya mampu untuk duduk sahaja.Usia 9 tahun baru mampu untuk merangkak dan setahun kemudian baru mampu berjalan tanpa sokongan dari orang lain.Dan itu dari sudut kemampuan fizikal sahaja.Kerana dia masih tidak boleh bercakap,memahami bahasa dan mungkin juga berfikir.

Sehingga kini,usianya sudah pun mencecah 22 tahun,juga dia masih tidak boleh menguruskan dirinya sendiri.Walaupun untuk minta makan sekiranya lapar.Dan dia juga sebenarnya tidak pernah pun berkomunikasi untuk menyatakan atau menyampaikan sesuatu kepada orang lain.

Dia tidak pernah pun ke mana-mana dan hanya menghabiskan hari-hari hidupnya dalam rumah yang berkeluasan 20 x 25 kaki persegi sahaja.Bangun tidur, dan tidur balik.24 jam sehari.7 hari seminggu.Sebulan.Setahun.Bertahun-tahun.Di situ la tempat dia berjalan,di situ la tempat di meneruskan hidup yang diberikan tuhan.Dan mungkin di situlah jua tempat matanya dipejamkan tuhan.

Dan kepada yang terbaca blog ini,saya bukan bermaksud apa-apa pun.Marilah kita sama-sama bersyukur pada tuhan akan hidup dan rahmat yang diberikan.Kita punya akal fikiran,kita punya kemampuan.Teruskan berjuang.Hidup mesti diteruskan walau apa pun keadaan.


20 Februari 2012

sayangi ibubapa anda

Hujung minggu lepas,saya balik kampong; Dah ini blog peribadi saya,maka akan sesuka hati saya la untuk tulis apa saja di sini.Dan alang-alang kalau anda dah terbuka blog ni,Elok la dibaca sampai habis.Mungkin ada sedikit motivasi yang anda dapat di sini.Insyaallah.

Balik kampung walaupun hanya tidur sepanjang hari sebenarnya lagi bermakna berbanding hanya menghabiskan hujung minggu di sini (KL).Kenapa saya mengatakan demikian?Sebab sampainya kita di kampung,kita akan dapat melihat wajah gembira iaitu mak,ayah dan adik adik  yang senantiasa menuggu berharap untuk kita muncul lagi di hadapan mereka.

Manakala semasa kita bersiap-siap untuk bertolak meninggalkan mereka,terbayang di mata mereka kasih sayang,kerisauan,harapan untuk kita selamat dan seterusnya dapat muncul kembali di hadapan mereka dalam keadaan yang baik.Begitu juga kita,hanya berharap mereka di kampung dalam keadaan baik dan sihat selalu.

Sayangilah ibubapa anda semua.

17 Februari 2012

Kuliah aku sebelum Jumaat.

Sementara tunggu masa untuk ke masjid menunaikan solat Jumaat kejap lagi,tak salah rasanya kalau meninggalkan sedikit coretan di diari moden saya ni.Diari yang boleh diselongkarkan oleh sesiapa saja kalau mereka mahu.Jadi lebih baik saya buat cerita tipu saja di sini supaya mereka akan dapat cerita yang tak betul.Dosa di hari Jumaat

Sebab cerita memang boleh diputar belit,boleh dipusing-pusing dan di tambah asam garam untuk mendapat rasa yang dikehendaki individu masing-masing.Kehendak pencerita mahupun kehendak pendengar.


Percanggahan maklumat atau perbezaan pendapat bagi kita ummat islam sebenarnya bermula dari hari kemangkatan Nabi Muhammad S.A.W lagi.Kata khatib dalam khutbah Jumaat di masjid KDE.Lupa pula saya nama masjid tu.

Ceritanya adalah ketika pengumuman tentang kemangkatan Baginda oleh  Umar Al-Khattab kepada para sahabat.Apabila Umar memetik sepotong ayat(tapi saya tak berani nak tulis di sini kerana bimbang tersalah) yang di sabdakan oleh Nabi,namun dipersoalkan oleh sahabat dengan mengatakan "aku tak pernah dengar pun ayat itu".Dan bermula dari situ bermulalah satu persatu percanggahan dan perbezaan pendapat oleh para sahabat dalam segenap hal sehinggalah apa yang berlaku sekarang.Terutamanya terhadap ummat islam.


9 Februari 2012

Selamat Hari Raya

Setelah agak lama saya tak menulis.Harap dunia anda tidak ketandusan kata-kata motivasi,harap anda ada terbaca artikel-artikel motivasi selain di sini.Bukan apa,nasihat itu perlu berterusan.Jangan berhenti.Dan jangan pula marah pada orang yang beri nasihat.Dan kalau kurang ilmu pula,jangan lantik diri untuk jadi penasihat.Mungkin boleh jadi pencerita yang membawa masej nasihat.Lain tu dengan memberi nasihat.

Kadang-kadang orang naik marah dengan nasihat yang diterima.Dan kemarahan tersebut adalah berpunca dari dua sebab biasanya.Yang pertama adalah orang yang memberi nasihat itu tak cukup ilmu.Tak cukup pengetahuan.Nasihat orang hanya nak cakap "sabar la ye" dan sebagainya.Kalau setakat nak cakap sabar,tak payah la bagi nasihat kot

Dan masalah kedua kenapa orang naik marah bila dinasihat pula biasanya,nasihat tersebut terkena ke atas batang hidungnya dan dia pula jenis orang yang keras hati.Maka itu mendatangkan kemarahannya,terutamanya mengenai perkara yang negatif.

Dan selalunya kalau ada yang baca blog saya, dan lepas tu terserempak pula dengan saya terpacurlah satu soalan seperti "apa yang cuba encik sampaikan?apa maksud encik?saya tak faham la, dan lain-lain".

Jadi kali ni saya sediakan awal-awal jawapan untuk soalan-soalan tu.Jawapannya jadilah manusia yang bermotivasi,rajin belajar,hormat orang tua,berilmu,dengar nasihat dan sebagainya.

Dan sebenarnya itu semua adalah intro kepada penulisan saya petang ini.Sebenarnya selama saya tidak sempat untuk menulis ni,macam-macam hal saya lalui,saya lakukan.Dan tak kurang juga dengan perkara saya fikirkan.Dari perkara remeh temeh,hal peribadi,kepada hal agama, bangsa dan negara.Tapi tak sempat untuk diperkatakan.

Namun dalam banyak-banyak perkara yang terjadi dan terfikirkan,satu yang agak memberi kesan pada saya adalah yang terjadi pada hari selasa lepas.Saya agak terkejut dan sayu.Ketika saya sedang memandu menyusuri sebatang jalan kampung,tiba-tiba stesen radio memutarkan lagu Menjelang Hari Raya dendangan DJ Dave.Perasaan terus jadi lain macam.Tapi mungkin bukan bagi anda.Selamat Hari Raya.