26 Jun 2012

Claim


Suatu ketika dahulu,ketika staff lelaki begitu meriah dengan macam-macam kerenah yang dipamerkan di sini.suka duka,hilai tawa dan tidak kurang juga keluh kesah tentang masalah.Kebanyakannya masalah serupa saja.Masalah si A,si B mahupun si C.

Namun saya hanya mampu mengukir senyum tawar dan memahaminya serta sedikit simpati jua.Apabila pada pertengahan bulan,akan terdengarlah satu soalan biasa.

“Claim dah masuk belum,kau dah check?” Tanya A umum.

“Aku dah check pagi tadi,tapi takde lagi”.B jawab pantas.

“Adoi aku dah sakit ni”.Lantas A mengeluh hampa.

Saya hanya mampu membisu saja tatkala mereka sedang membincangkan tentang claim dan masalah kewangan mereka itu.Mungkin juga kerana saya tidak terlibat dengan masalah seperti mereka pada masa itu.Tapi sempat juga saya bermonolog

“Kesian mereka.Gaji tidak dapat menampung perbelanjaan untuk sebulan pun.Jauh sama sekali nak hidup senang.Tambah lagi mereka yang merokok”

Saya siap salahkan tabiat merokok mereka itu lagi yang menyebabkan salah satu faktor masalah kewangan mereka.Dan saya bersyukur kerana saya bukan salah seorang daripada jumlah statistik perokok kebangsaan.Seterusnya dapat mengalihkan perbelanjaan itu ke tempat yang lebih memerlukan.

Kemudian,masa pun berlalu.Staff lelaki sudah tidak semeriah dulu.hilai tawa,keluh kesah juga sudah tidak didengari dari mereka.Si A,si B sudah tiada lagi.Tapi baru saya tahu,bukan merokok yang membuatkan mereka itu ada masalah kewangan.Keperluan yang menyebabkan mereka sesak.Gaji rendah yang menyebabkan mereka susah.Yang menyebabkan saya turut resah.

“Claim dah masuk”.Seorang staff membuat kenyataan ketika sedang lepak minum selepas waktu kerja petang semalam.

“Harap masuk la claim aku tempoh hari,dapat la menampung hidup sampai hujung bulan”.Bisik hati kecil ketika disampaikan perkhabaran tentang claim itu.



Kerdipan bintang tampak segar
Sesegar mata semua pelajar
Malam kian larut
Surut mananti pasang
Namun satu rangkap pun tidak terhasil
Puisi rintihan jiwa
Sajak sedang derita
Kerna resah sudah membawa reda
Bagai langit yang terbentang
Bagai bintang berkedipan
Tiada punah keindahannya
Saat melintas si kapal terbang
Di ruangan angkasa Gold Coast





22 Jun 2012

"Dia dah kembali ke kehidupan lama dia ker?"
"Sape?"
"Ko tau sape aku maksudkan"
"Kau memang takde topik lain ye kalau jumpa aku?"
"Ala ni topik paling hangat antara kita.Takkan nak bincang topik remeh temeh macam lepak dengan orang lain tu.Pasal anak panjat pintu la,anak menangis malam tadi la.Bosan la"
"Em ntah la.Aku pun tak tahu nak komen apa.Tapi apa yang aku nampak,macam tu la.Kembali ke kehidupan lama"
"Tapi tu bukan kehidupan yang teruk ker?"
"Sape tau.Aku je yang nampak teruk sebelum ni.Aku je sebelum ni yang cakap kehidupan dulu dia tu macam teruk la.Macam zombie la.Terpaksa hidup untuk orang lain la.Takde life la.Memang la dulu dia tak nafikan.Tapi aku rasa dia sangat merindui kehidupan macam tu"
"Ya la kan?"
"Aku sepatutnya tak peduli dah.Bukan sekarang je,dari dulu lagi sepatutnya aku tak mempudulikan apa yang berlaku.Tapi ntah la, kenapa terdetik dihati aku untuk menyibuk.Dah tu sekarang ni jadi masalah pulak kat aku.Salah satunya masalahnya macam sekarang ni la,ko duk tanya aku itu ini.Tapi aku mungkin boleh jawab apa yang aku nampak je la"
"Aku sebenarnya sedar juga,tentang kehidupan dia tu.Tapi aku macam orang lain,daripada menolong,baik bercakap belakang.Rasa lagi selamat"
"Em tu la,aku pulak pilih untuk tidak bercakap belakang.Tu tanda aku hormat seseorang.Aku tak minat bercakap tentang hal orang belakang.Nanti akan hilang kepercayaan andai dia tahu kemudian hari"
"Em ya la.Tapi andai dia betul-betul kembali ke kehidupan lamanya memang takde sape dah dapat tolong ke,nasihat ke,halang ke.Kan?"
"Kenapa?"
"Ya la,dulu ko nak nasihat dia ko guna alasan kepentingan terhadap keluarga dia.Suruh dia sedar yang keluarga tu jangan diabaikan.Tanggungjawab dia bukan sekadar untuk bekerja dan sediakan keperluan semata,tapi lebih dari itu.Dia perlu luangkan masa untuk mereka.Tapi sekarang ni kalau orang nak nasihat dia alasan macam tu dah takde guna dah.Lagipun sape nak nasihat macam tu.Tak untung untuk mereka pun.Baik nasihat supaya bekerja bersungguh-sungguh,majukan kompeni.Tolong orang sampai tak sempat makan.Atau jangan fikirkan hidup sendiri langsung.Lagi untung orang yang nasihat tu."
"Wah banyak jugak ko observe ya?"
"Setakat yang aku tahu"
"Tapi betul la kata ko tu.Dulu aku nasihat dia,jangan abaikan keluarga.Sementara mereka masih ada,penuhilah keperluan mereka.Keperluan mereka bukan metarial.Tapi masa.Luangkan masa.Sekarang ni nak beri masa kat sape lagi dah.Jadi memang takde alasan yang konkrit la untuk nasihat dia melainkan terus je jadi hamba sampai mati"
"Tapi kesian la dia"
"Ko tak kenal dia,dia sangat degil.Kalau dia kata hitam,hitam la.Kalau putih,putih la.Biasa la,orang perempuan sekarang.Belajar tinggi.Rasa pandai sangat.Sebab tu la jugak sekarang ramai wanita tak kahwin.Kahwin sekejap jadi janda.Sebab degil"
"Wah dah jauh pergi topik ni.Dah cerita pasal masalah gender pulak.Berat sebelah pulak tu.Padahal lelaki lagi degil"
"Lelaki memang patut degil la.Nak jadi pemimpin kena degil"
"habis tu perempuan pun ada yang jadi bos jugak"
"Ya,jadi bos dan derhaka kat suami.Mati jadi ahli neraka"

20 Jun 2012

"Minum?"
"Teh halia"
"Sama"
"Makan?"
"Tak"
"Ko busy ker?
"Ah takde lah.Macam biasa je"
"Muka penat semacam"
"Ooo tu otak aku yang busy,kena bertugas lebih sikit.Fikir macam-macam"
"Biasa la jadi otak manusia,kena la berfikir.Jadi otak binatang rileks.Untuk terus hidup je"
"Kalau takde otak,mampus la"
"Kenapa ko tiba-tiba muncul?"
"Ada je.Ko yang macam culas sikit.Susah nak sembang"
"Cis macam ada hal je,nak 'sembang'"
"Takde la,muka makin kusut nampak"
"Ai,usha nampak?"
"Mau nya tidak,nak tengok senyum pun dah susah sekarang.Nak dengar suara nyanyi lagu hindustan jauh sama sekali la"
"Ala aku nyanyi dalam hati dah sekarang.Ko tak dengar ker?"
"Hehe"
"Gelak?"
"Apa masalah ko?"
"Selama aku kenal ko,ko jenis yang tak tanya masalah orang direct macam ni.Dah berubah ye?"
"Direct ker?
"Ala hidup ni memang akan ada masalah.Cerita pun apa orang boleh buat supaya masalah tu selesai.Silap-silap dapat nasihat je.Tu pun nasihat yang tak memihak kat aku.Lagi sakit hati"
"Memang la,tapi kalau diceritakan, orang cakap boleh melegakan sikit"
"Melegakan?Aku rasa kalu cerita masalah lagi meresahkan.Risau nanti orang yang kita cerita tu pegi cerita kat satu dunia.Tu jadi melagakan pulak"
"Kena cari orang yang betul la"
"Tapi kalau semua tak betul?"
"Termasuk aku"
"Mungkin"
"Ko kejam"
"Ko lagi kejam sebab cuba mempengaruhi aku supaya bercerita,sedangkan ko pun tak berani nak jamin agar ianya terus tersimpan andai cerita aku ini nanti adalah sebuah rahsia"
"Ye ko betul.Eh budak tu macam mana?"
"Budak?"
"Ala yang buat ko macam orang gila ni la"
"Ooo.Ntah la,aku pun dah tak berapa boleh baca sangat fikirannya"
"Dah takde instinct ye dengan dia?
"Ntah la,aku pun tak tahu.Aku rasa aku boleh baca,tapi ko tau je la kan situasinya sekarang.Jadi aku cuba untuk tak buat otak aku banyak kerja sangat.Nanti apa-apa jadi,aku juga yang susah"
"Tapi dulu ko memang hebat membaca fikirannya kan?"
"Tu dulu.Eh sebenarnya aku pun tak tahu,betul ke apa yang aku terjemahkan tu.Sebab selama ni,dia je yang mengesahkan tu betul.Silap-silap sebab nak jaga hati aku.Wallahu Alam.Aku pun dah tak tanya"
"Em betul jugak kan,mungkin selama ni ko memang dah salah pun.Tapi dinafikan sebab demi menjaga hati.Tapi apa-apa pun,seeloknya ko teruskanlah kehidupan ko sekarang.Biar je dia dengan kehidupan dia.Bunyi macam kejam kan?Tapi itu lah hakikat dan jalan terbaik aku rasa.Kalau kata ko sayang dia,dengan melepaskan dan biarkan dia bebas  itu lagi menjelaskan yang ko sayang dia.Memang la agak payah untuk dia melaluinya.Tapi payah mana pun,dia sedang lalui juga.Sama macam ko juga,ko sedang lalui juga kan.Walau pun tanpa dinasihati oleh sesiapa sebelum ni"
"Memang pun"
"Em dia macam terantuk jugak la kan?Eh,yang tentang arwah mak dia tu macam mana?"
"Ntah la.Senang cerita,aku rasa macam aku ni malaikat maut je.Sebab rasa dibenci sangat"
"Dahsyatnya ko, fikir sampai macam tu sekali"
"Melampau ker?Aku terkilan ko tahu?Sampai sekarang,aku tak tahu time bila dan di mana arwah menghembuskan nafas terakhir.Sebab aku langsung tak diberi peluang untuk bercakap tentangnya.Sedangkan arwah tu adalah seorang yang aku kenal.Seorang yang aku peduli.Seorang yang aku fikirkan dalam beberapa hal.Tahlil pun aku dicadangkan untuk tidak hadir.Ko boleh bayang tak?Memang ko tak boleh bayang"
"Lagi dahsyat"
"Habis tu ko rasa,dapat tak untuk aku tidak memikirkan itu semua sepanjang hidup aku?Sekarang apa cadangan ko yang bernas untuk aku?Atau ko hanya akan jadikan cerita aku ini jawapan kepada soalan-soalan orang lain yang mungkin nanti bertanyakan apa masalah aku?Dan ko pun berbangga dengannya kerana ko mengetahui cerita ini lebih dulu dari mereka?Sorry aku terlalu mengikut emosi sehingga tidak menjaga hati ko"
"Takpe.Aku yang salah,buat ko fikir balik semua"
"Takpe,ko tak salah"
"Aku tahu"
"?"


18 Jun 2012

15 JUN 2012/10:58:58 a.m

Kemuncak debaran bagi mereka yang melapor diri sebagai pelatih baru PDRM hari ini bukan kepalang lagi. Dan salah seorang daripada mereka adalah Mohd Al-Bakri (seseorang yang pernah di ceritakan dalam salah satu entri blog ini) yang juga turut melapor diri di PULAPOL jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Kegembiraan yang terpancar diwajahnya ketika menerima Surat perlantikan dua minggu lepas dan mengetahui bahawa dia akan dihantar ke PULAPOL Kuching,Sarawak untuk menjalani latihan selama tiga bulan, kini kian bertukar ke reaksi resah. Segala persediaan secara fizikal atau material telah dilakukan. Namun persediaan secara mental,hanya dia yang tahu. Bagaimana menepis momokan masyarakat tentang perjalanan latihan unit berunifom tersebut. Juga bagaimana untuk hidup jauh di negeri orang, siap merentasi Laut China Selatan lagi itu. Sesungguhnya mental mesti kuat.

Dia tiba di Hentian Putra dari kampung petang semalam masih lagi bermuka tenang. Kami pergi beli barang di Jalan TAR, beli baju melayu di Carrefour, potong rambut dan makan malam. Sup gearbox. Kami juga sempat bebicara tentang masalah keluarga. Tentang mimpi saya malam kelmarin. Sedikit merisaukan kami. Walau kami tahu mimpi hanya mainan tidur.

Pagi tadi, selepas dia kejut saya dari tidur, dia terus pergi mandi. Saya mendapati semua sudah siap dilakukan. Gosok baju,kemas barang dan sebagainya. Ternyata dia sebenarnya tidak dapat tidur lena malam tadi. Selepas mandi dan pakai kemaja putih dan seluar sled hitam, dia siap melakukan pumping 26 kali di hadapan saya. Dan sebenarnya itu adalah salah satu cadangan saya padanya untuk badan kelihatan tegap.

Fikirannya mula melayang-layang saya rasa apabila kami dalam perjalanan ke PULAPOL. Apabila semasa singgah untuk membeli tie di Ampang Point, dia tersepak batu bata devider parkir di situ sehingga mencalarkan kasut kulit berkilat baru dibeli malam tadi. Itu menandakan bahawa dia berada dalam keadaan gelisah dan tidak fokus. Cadangan saya untuk bersarapan juga ditolak, katanya bimbang nanti lambat sampai. Yang pastinya, hati dia terlalu risau sehingga mematikan selera makan. Walau perut lapar.

Dalam perjalanan saya yang banyak berkata-kata. Berpesan apa saja yang mungkin sudah didengarinya sebelum ni, tapi sebagai abang saya rasa ingin juga berpesan. Hadapi apa saja yang datang. Walau susah mana,walau payah mana. Fikirkan sudah ramai orang yang melaluinya dan berjaya bertahan. Jadi dia kena termasuk dalam kumpulan yang berjaya bertahan,bukan tergolong dalam kalangan segelintir mereka yang kecundang.

Setelah sampai di kawasan padang tempat berhimpun, saya sempat bertanya soalan padanya.

“Apa kamu rasa sekarang?”

“Aku rasa berdebar-debar yang terlampau. Memikirkan apa yang bakal berlaku lepas ni.” Jawabnya jelas.

“buatlah yang terbaik” Sekali lagi saya berpesan.

Setelah melalui permukaan padang bola belum siap di PULAPOL , saya parking kereta betul-betul di hadapan konopi tempat berkumpulnya ahli keluarga yang menghantar pelatih. Tapi mungkin konopi itu bertujuan untuk perkara lain,kerana tiada pula kerusi di sediakan kalau betul untuk ahli keluarga yang datang.

Para pelatih semuanya ditemani oleh sekumpulan ahli keluarga yang ramai. Ada yang bersedia dengan bakul bekal picnic serta tikar semata-mata mahu menghantar ahli keluarga mereka. Dan tidak kurang juga dengan drama air mata yang dimainkan oleh kaum ibu menandakan berat hati melepaskan anak-anak mereka pergi jauh dari mereka.

Namun kami hanya dua beradik saja yang muncul pagi tadi. Dia(pelatih) dan saya (ahli keluarga pengiring) yang muncul tertinjau-tinjau mencari direction apa yang sepatutnya dilakukan. Setelah beratur dan mendengar taklimat ringkas dari anggota yang bertugas,maka secara rasminya Mohd Al Bakri Bin Ismail melapor diri sebagai pelatih. Selepas bersurai dari beratur melapor diri, semua diminta untuk menaiki trak yang telah disediakan. Mereka meninggalkan rombongan keluarga terkontang kanting di situ dengan seribu satu perasaan.

Oleh kerana terlalu risau,takot,bimbang,resah,fikiran melayang-layang dan segala macam, dia telah membuatkan saya hanya dapat melihat dia melangkah pergi manaiki trak tanpa sempat berjabat tangan bersalaman pun. Saya mula bermonolog,”nasib baik la Ma(ibu kami) tak datang,kalau tidak mesti dia asyik terbayangkan saat ini,saat anaknya melangkah pergi tanpa menoleh memberi lambaian ”. Tapi jauh di sudut hati, saya mendoakan dia selamat pergi dan selamat pulang.

Saya sangat mengakui, kasih sayang,peduli,harapan,kasihan dari setiap ahli keluarga kami bukan ditunjukkan melalui perkataan,perbuatan atau apa saja. Persaudaraan kami adalah secara roh dan jiwa. Secara hakikat seperti kata pepatah orang putih,”darah lebih pekat dari air”.

13 Jun 2012

Suatu pagi saya berasa sangat resah setelah bangun dari tidur. Kerana tidur saya dikunjungi oleh satu mimpi yang sedikit mengganggu fikiran dan menimbulkan persoalan.Mimpinya adalah

ketika saya melalui dihadapan rumah seseorang yang saya kenali, kelihatan orang ramai sedang mengusung keluar dari rumahnya sebuah keranda siap berpayung.Saya tertanya-tanya adakah itu sebuah mimpi atau kenyataan,sehinggalah saya tersedar dari tidur.

Namun demi menjaga hati,saya tidak perkatakan langsung mimpi tersebut kepada sesiapa kerana bimbang akan disampaikan kepada yang yang berkenaan. Lagipun, mimpi adalah benda yang tidak pasti. Bercakap tentang kematian,nanti disalah tafsir mendoakan pula.Maka saya hanya berdiam diri saja.

Bertanya khabar.Ingin terus menasihatkan seperti selalu mungkin tidak terkesan apa-apa.Jadi saya harap tiada penyesalan yang terbuku dalam hati selamanya.


11 Jun 2012

hati yang sebenar patut dijaga

hati yang sebenar patut dijaga


pada suatu hari
seorang hamba termanggu
di sebuah kerusi
sedang memikir sesuatu
tentang hati

tapi sayang
kerana hati orang
yang sedang difikirkan
yang ingin diterjemahkan
mungkin diselesai permasalahan

lalu dipanggilnya mengadap seseorang
diajukan pandangan
diluahkan perasaan
diminta bantuan
supaya masalah diselesaikan

lalu berlalu bawa tugasan
walau ada satu persoalan
apa benar hati orang bermasalah
atau hati dia yang sudah punah
hati dia yang parah

bila tugas dilaksana
semua mulut ternganga saja
lalu muka ditunduk juga
berfikir apa isinya
selain yang hanya tersurat semata

ada jawapan kalangan ramai
ini angkara seseorang saja
ini angkara hati juga
hati yang sebenar patut dijaga
bukan asyik fikir khilaf manusia

Sri Aman

Sri Aman


Sri Aman
hanya satu daerah
tiada dalam nota sejarah
malah mungkin tiada siapa kesah

hijau bumi penuh segar
jernih sungai bukti damai
bayu bertiup hampa
sayu menikam jiwa

hati terdetik bila
nama Sri Aman ke telinga
fikiran melayang jua
ke tanah kenyalang sebenarnya

menganti diri merintih
menghayati memori pedih
sang pencinta kedamaian
sang pengenang silam

andai ada peluang datang
apa mungkin sampai Sri Aman
berkubur mati
biar terus kekal abadi

burung besi tiada lagi
saat melangkah setiap pagi
segala telah pergi
tinggal kini tinggal sendiri

mahu dikenang atau dilupakan
semua beza tidak ketara
malah sangat sama saja
sebab tetap bukan dimilik jua


 
Al-fatihah kepada Sam atau Syamsuar Hasyim,penyanyi utama kumpulan D'Lloyd.

Seandainya ada yang tersentuh dengan lagu-lagunya dan membawa kepada keinsafan,mungkin ia akan jadi satu pahala dakwah untuknya di sana.

6 Jun 2012



sedang akar belum bercambah
segala sudah mula berubah
kongsi mungkin akan pecah
angkara emosi marah
angkara jiwa resah
angkara hati parah


5 Jun 2012

LUKA,KECEWA,HAMPA,SEDIH...EGO

" Tadi Khalil datang cari awak,lama dia tunggu.Baru sekejap balik"

Mak saya terus menyampaikan pada saya  bila nampak saya muncul depan pintu rumah pada suatu senja. Dan pernyataan tersebut tidak mengganggu saya langsung pun pada masa itu. Sehinggalah keesokkan harinya bila seorang jiran pula sampaikan berita kepada saya.

"Khalil dah meninggal subuh tadi, dilanggar keretapi"

Saya mula longlai dan fikiran melayang-layang. Mengagak tentang apa sebenarnya yang hendak disampaikan oleh arwah sebelum pemergiaannya. Adakah dia ada permintaan.Adakah dia ingin menyatakan harapan. Setiap malam saya harapkan untuk datangnya suatu mimpi yang mengundur masa. Supaya dia dapat cerita apa tujuannya.

Dan dia betul-betul datang suatu malam.

Saya harapkan itu semua hanya berlaku sekali saja dalam hidup saya. Memikirkan terkilan seorang yang akan pergi buat selamanya. Memikirkan apa sebenarnya harapan dan permintaannya pada saya. Dan seterusnya kembali mengharapkan mimpi. Mimpi yang belum pasti.

Namun kini, ia terjadi lagi.