24 Julai 2016

Cuba Diam Dan Berfikir

Bismillahirohmanirrahim..

Rasanya belum terlambat lagi untuk saya merakamkan ucapan selamat hari raya untuk tahun ni. Hari ni baru 18 Syawal 1437. Semoga raya tahun ini membawa makna yang besar,berbanding dengan raya-raya sebelum ni. Itu patutnya dikejar oleh setiap insan. Iaitu mahukan yang lebih baik dari segenap segi.Dan yang paling jelas,besifat duniawi la.Walaupun semua tidak menafikan bahawa akhirat yang patut dikejar kita semua.Namun kenaikan gaji,naik pangkat,tukar kereta baru,tambah anak,tambah kekayaan itu lebih dipandang kita manusia.

Puasa sebulan lepas harapnya kita telah lakukan yang terbaik dan paling sempurna la. Kalau ianya lagi kurang kesempurnaannya berbanding tahun-tahun sudah,kita sedang rugi la.Sebab peluang sudah diberi,tapi kita sia-siakan.Cuba imbas dan hitung berapa orang yang kita kenal dan dapat berpuasa dan beribadah dalam bulan ramadhan tahun lepas,tapi tahun ini dia sudah tiada lagi?dia sudah meninggal dunia.Tiada lagi peluang dia untuk tambah ibadah.Hanya berbekalkan apa yang ada saja.Kalau ada anak soleh,kalau ada sedekah jariah dapat la sedikat saham. In sya Allah.

Bagi yang lansung tidak bersedia dengan saham-saham begitu,maka mereka sedang tahu dan percaya sekarang tentang apa yang disampaikan kepada mereka sebelum ini. Sehingga hari kebangkitan.

Kali ini saya bukan berniat untuk berceramah kepada tuan-tuan yang membaca mahunpun terbaca.Cuma terasa ingin berkongsi.Mungkin kalau sebelum ini,saya selalu juga terfikir bila ada orang lain menulis entri atau status facebook,terdetik dihati mengatakan mereka seolah sedang berlagak alim dan berlagak sudah insaf.Riak.Padahal tak seperti yang ditulis pun. Sekadar menunjuk pandai kononnya menghayati dugaan. Itu tanggapan saya dulu pada mereka.Saya ego untuk anggap itu sebuah pengajaran. Jangan hanya sibuk mempersoalkan keikhlas orang lain.

Dalam dua hari ini,saya mula kembali terfikir dan mengenang kembali pincangnya langkah saya.Langkah saya meneruskan hidup dan juga persediaan ke alam abadi yang dijanjikan untuk saya dan semua yang hidup.Bunyi agak serius?Ya,ianya memang serius.Sebabnya apabila diuji,saya akan mula menghadap dan mengadu padaNya.Bila terasa bebas ujian,saya mula kurang mengadu.Hanya buat yang wajib sahaja.

Setakat ini rasanya masih boleh terus membaca tuan-tuan?Sebagai klunya,saya akan menulis bilamana perasaan saya sedang down atau berada dibawah paras normal.Kerana pada masa ini saya akan banyak berfikir dan muhasabah diri.Kurang bercakap,tiada minat pada gurauan mahupun hiburan.

Bagi kawan-kawan yang rapat dan mengikuti facebook saya,pasti sedia maklum apa yang berlaku.Ya,seekor kucing belaan saya telah kembali pada Pencipta.Kalau tuan-tuan senyum,itu normal.Sebab tuan-tuan hanya nampak itu seekor kucing.Tapi saya nampak itu satu nyawa.Saya melihat pucatnya muka dia menahan sakit sakaratul.Saya melihat matanya yang berair.Saya melihat anak matanya bulat penuh dan pandangan kosongnya.

Tuan-tuan mampu senyum,sebab tuan-tuan tidak menyaksikan satu nyawa sedang di ambil kembali setelah dipinjamkan sekejap.Nyawanya dipinjamkan di dalam tubuh seekor haiwan dan dia saya namakan Adik Putih.

Saya terima itu sebagai ujian untuk saya.Ujian diambil apa yang kita sayang.Juga pengajaran bahawa kematian itu sangat hampir dengan kita yang hidup ini.Apa yang berlaku pada Adik Putih itu,tersangat cepat dan tiada amaran.Beberapa minit sebelum kematiannya,dia meleset di kaki saya sibuk-sibuk bersiap untuk pergi kerja.Saya bersarapan,berkongsi roti.Sungguh berselera.Dan bila saya mengundurkan kereta,tiba-tiba terdengar jeritannya dari bawah kereta.Bila keluarkan dari bawah kereta,dia sudah nazak.Mukanya pucat.Badannya kejang dan membiru.

Saya mula merembes peristiwa itu sebagai ujian dari Allah untuk saya berfikir,juga untuk menyedarkan saya sebagai hambanya.Sepertimana beberapa ujian sebelum-sebelum ini.Pemergian arwah ayah saya salah satu ujian yang besar.Dan pengajarannya,saya mula mencari jalan untuk membantu perjalanan panjang ayah saya di alam barzakh.Saya mula mrncari ilmu agama.Mula mendekatkan diri dengan masjid.Mula menepis alasan 'sibuk' yang selama ini menyekat langkah ke arah itu.
Mula belajar sekurang-kurangnya mengimankn tahlil arwah ayah bila balik menziarahi kubur atau berkumpul dengan keluarga sekali sekala.Juga mula membuat persediaan untuk diri sendiri andai dijemput nanti.Mencari jawapan apakah yang boleh teman dalam kubur.Apa saham yang sesuai dilaburkan untuk untungnya sampai ke sana boleh rasa.

Dan bila lama-kelamaan istiqomah itu seolah pudar,tanpa sebab yang konkrit.Malah tanpa sedar pun.Namun,kerana sifat RahimNya itu saya ditarbiyyah dengan satu lagi cara.Saya didatangkan seekor kucing.Mueez.Saya disuntik sifat sayangkan kucing sangat-sangat sehinggakan Mueez itu tidurnya bersama atas katil.Dan setiap 3 atau 4 pagi dia akan mengejutkan saya dengan menggigit hidung meminta susu.Saya belajar jadi ibu dan sabar untuknya.
Apabila setiap malam bangun untuk buat susu,saya mula terfikir sesuatu yang menyentap perasaan.Apakah ada tujuan lain sebenarnya Mueez kejut saya setiap pagi selain minta susu?Dan saya beri jawapan sendiri.Ya,mungkin Allah hadirkan saya Mueez untuk menguji akal dan kesyukuran.Jadi,mengapa tidak Tahajjud alang-alang sudah bangkit malam begitu.?

Saya mula mengenal Tahajjud.Sekali lagi ujian dihantar apabila Mueez tiba-tiba hilang tanpa dapat dikesan sehingga ke hari ini.Saya patah hati.Namun disebalik patah hati itu,saya masih memikirkan bahawa itu ujian Allah.Saya teruskan rutin yang dicipta Mueez untuk saya bangun malam.Sehingga ianya juga kian jarang oleh sebab tertentu dan saya juga tidak sedar.

Kini,Adik Putih pula dijadikan asbab untuk saya mula berfikir akan segalanya pincang langkah itu.
"Ya Allah,ampunkan hambaMu ini yang selalu alpa dan hanyut dibuai nikmat dunia"