Perjalanan ke Shah Alam dengan kak Ros di suatu senja.
Sempat berkongsi tentang pandangan-pandangan peribadi dan juga mungkin sedikit pengakuan tentang hati.Pada hemat kami dan dipersetujui bersama,hati memang ada satu tanggapan buruk pada setiap perkara.Terutamanya perkara yang tidak memihak kepada kita.Jauh di sudut hati,bagi kami ada tanggapan buruk yang terlahir dari hati.Tapi bergantung pada tahap penguasaan emosi dan kepercayaan terhadap individu untuk diperkatakan mengenainya.
Ini berbalik pada peluang kita memberi keselesaan kepada pihak lain.Pihak yang rasa langsung tidak terancam hidupnya.Budaya kita yang melatih diri untuk tidak membesarkan perkara yang dianggap kecil.Dan sekiranya itu yang dilakukan maka orang itu dianggap baik dan bertimbang rasa.Walaupun menafikan hak sendiri.
Tak perlu tengok isu yang besar,cuma pandang kiri dan kanan kita saja.Dan cuba fikirkan hak kita untuk menghirup udara yang bebas asap rokok.Sebab kita bukan seorang perokok.Tapi hak itu dinafikan dengan hembusan asap rokok oleh para perokok dan secara tidak langsung kita juga berhadapan risiko kesan dari rokok itu.Sebab kita mengamal budaya "Takpe".
Sekian terima kasih
Ucapan terima kasih bukanlah susah sangat kalau nak dituturkan.Namun Kementerian Penerangan terpaksa membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk membiayai perbelanjaan bagi mengadakan kempen "budi bahasa budaya kita".
Budaya berbudi bahasa dikalangan penghuni kota terutamanya terlalu kritikal.Mungkin terlalu sibuk dengan urusan masing-masing.Terlalu memikirkan hal sendiri.Sehinggakan hidup seolah-olah sekumpulan haiwan di taman negara.Saling berebut.Yang kuat dapat makanan.
Contohnya ketika berebut di atas jalan yang sedang jem.Bila dapat aje masuk ke laluan dengan cara berebut,buat muka selamber dan berlagak seolah-olah dia adalah seorang yang hebat sehingga dapat mencelah.Padahal orang yang bagi dia peluang.Apa salahnya kalau angkat tangan dan senyum.
menyediakan khidmat nasihat dan proses urusan memohon quota KDN pekerja asing secara sah. Urusan Dari A to Z sehingga mendapat kelulusan KDN tanpa melibatkan pihak ketiga. Berpengalaman lebih 16 tahun dalam urusan berkaitan.
11 Julai 2011
8 Julai 2011
Baby Boy
Macam exited pun ada untuk fly ke Kuantan sekarang.Tengok orang baru.Anak buah ke-2 baru dilahirkan pukul 7.30 pagi tadi(waktu tempatan).
Mesti baby tu comel seperti mana Pak Ngah(Aku la tu) dia masa bayi dulu.Tapi bukan masa bayi saja,dah dewasa ni pun segak bergaya juga Pak Ngahnya.
Tapi apa-apa pun tahniah juga la untuk abang aku dan kakak ipar aku yang rancak membina keluarga bahagia dan semoga berbahagia selamanya.Dan tapi sekali lagi,bila la agaknya aku pula akan dapat menikmati rezeki Allah seperti mereka itu yang memiliki sebuah keluarga bahagia dan anak-anak comel.
Namun apa-apa pun,bak kata pepatah "ada umur,ada rezeki".Jadi berusahalah dengan umur yang diberikan untuk mencari rezeki.Terutamanya rezeki ke jalan Allah.
Salam Jumaat.Wassalam

7 Julai 2011
bila dah macam-macam Vol.4
Bersembang dengan En.Solihin.
Kami mengupas tentang berkerja dengan goverment sebagai Sub-topik perbualan kami.Menjadi tenaga pengajar di institusi-institusi pendidikan kerajaan adalah lebih memberi jaminan untuk masa akan datang terutamanya bagi pekerja muda macam aku katanya.Memang tiada sebab untuk tidak setuju dengan statement beliau itu.Pelbagai kelebihan dan keuntungan yang diberikan untuk pekerja-pekerja goverment berbanding dengan kerja di company yang mengejar keuntungan semata.Lebih teruk lagi sekiranya company yang bersikap terlalu selesa dengan sistem yang digunapakai mereka.Jadi mereka akan langsung tidak menjaga kebajikan pekerja-pekerjanya.Sebab bagi mereka,seorang pekerja berhenti akan ada 10 lagi orang yang akan memohon kerja.Dan mereka akan bermula dengan bayaran yang paling minimun.
Bercakap dengan pegawai Bank Islam.
"kerja gov or swasta?Kalau swasta gaji RM3k dan ke atas saja layak untuk memohon Pinjaman peribadi."Ringkas dan padat statement yang terpacul keluar dari mulut pekerja bank itu.Tapi itu adalah hakikatnya bagi seorang pekerja swasta.Terutamanya yang bergaji kurang dari RM3k.Untuk menyimpan duit gaji bulanan agak mustahil,dan untuk membuat pinjaman dengan bank pula lagi mustahil.Jadi di manakah jalan untuk mereka yang berkerja dengan company swasta dan bergaji kurang dari RM3k sekiranya memerlukan sedikit lebih wang untuk sesuatu urusan?Ini masalah akar umbi yang perlu diselesaikan.

6 Julai 2011
bila dah macam-macam Vol.3
Bangun pagi,fikir malas nak gi kerja.
Bila bangun tidur je dah bermotivasikan malas,maka setiap langkah yang dilalui sepanjang hari ni akan berlangsung dengan motivasi malas la.Atau pun dengan kata lain,tak bermotivasi.Tu bagi orang yang berkerja.Bagaimana kalau anda seorang pelajar.Kalau anda bermotivasikan malas setiap hari untuk belajar?Jawabnya anda belajar dalam keadaan yang malas.Kalau belajar dalam keadaan malas,faham la sendiri apa hasilnya.Merugikan.Masa.Tenaga.Duit.Wang.Bla bla bla
Sudah la bermotivasikan malas,motor pulak meragam.
Meragam bukan kanak-kanak saja.Motor pun reti juga meragam.Bukan tak nak mandi atau tak nak makan nestum.Tapi tak boleh start.Naik berpeluh juga la pagi-pagi lagi.Tapi berpeluh pagi sememangnya memberikan aku sedikit lebih semangat dan motivasi positif.Pengalaman berkerja di kampong.Menoreh getah.Menebas dalam dusun.Itu adalah kerja-kerja aku dahulu yang menjanjikan berpeluh di setiap pagi sebelum aku meneruskan pengajian di UiTM.Jadi semestinya aku mempunyai lebih motivasi untuk tidak mengsia-siakan masa belajar untuk tidak lagi kembali menjalani rutin kehidupan kampong seperti itu.Walaupun hidup bebas seperti burung-burung yang berterbangan.

5 Julai 2011
bila dah macam-macam Vol.2
Baru lepas gi lunch dengan Khairul.Khairul adalah salah seorang pekerja di tempat aku berkerja sekarang ini.Maaf ya,sebab mengikut polisi syarikat ini,aku tidak boleh dedahkan aku kerja di mana.Terutamanya di internet.Mungkin mereka risau sekiranya aku ter'tulis apa-apa yang tidak menyebelahi atau pun statement yang tidak berpihak kepada keuntungan mereka di masa-masa akan datang.
Okey kita berbalik pada Khairul.Khairul memegang tanggungjawab sebagai computer's technician di tempat aku berkerja ini.Tempat yang tidak menggalakkan staff nya menulis,membuat kenyataan,berfikir untuk membuat kenyataan,berfikir untuk mempersoalkan apa-apa dasar yang diubah atau ditambah secara tiba-tiba oleh lembaga pengarah.Senang cerita sebenarnya company ini tidak menggalakkan staffnya menggunakan otak untuk berfikir sangat.Kalau nak berfikir pun,fikir la macam mana untuk memberikan keuntungan kepada company tahun ni supaya para lembaga pengarahnya dapat tukar kereta beramai-ramai dan beli rumah baru yang ada kolam renang air masin.huh
Tapi aku dan Khairul baru saja balik dari lunch di kedai lori(gelaran dari budak-budak kolej) hujung kampong yang merupakan menjadi lokasi pilihan pelajar-pelajar yang dari keluarga berpendapatan sederhana.Anak orang kaya mungkin tak berapa gemar masuk kedai macam tu kot.Panas.Panas.Juga sebenarnya menjadi pilihan pekerja-pekerja yang berpendapatan sederhana dan rendah.Ahli lembaga pengarah mana mungkin makan kat gerai macam tu.Panas.

bila dah macam-macam
Beberapa persoalan kritikal berjaya aku fikirkan, antaranya ialah;
- memang orang suka rembat(curi) towel ker masa check out hotel?
- agak-agak berapa peratus orang yang sembunyikan lauk masa makan di kedai.
- macam mana semua perokok boleh cenderung merokok semasa berak
- bila kebetulan menyanyi lagu yang lama tak dengar,tiba-tiba lagu betul-betul kedengaran di udara.Dan bila cerita kat orang,diorang cakap "ko dah dengar lagu tu tadi,tu ko nyanyi.Kebetulan konon".
- tersalah beli perapi, padahal nak beli syampoo walaupun dah baca botol tersebut hampir 2 minit.
- terletak tangan atas taik cicak walaupun kawasan tersebut seluas 20 kaki persegi.
- rasa nak kentut ketika wudud masih ada dan semasa azan berkumandang menandakan telah masuk waktu solat bagi kawasan yang sama waktu dengannya.
- kenapa masa aku nak menulis ni la orang sibuk lalu lalang?hampeh!!!
Langgan:
Ulasan (Atom)