15 Mac 2012

melodi:aku






Laguku tentang sesuatu
Laguku jua hanya untuk aku
Kerna kamu bukan aku
Dan kamu jua tidak tahu
Apa erti lagu-lagu aku

Biarpun berlari beribu batu
Ia pasti akan di situ
Biar sejuta tahun berlalu
Ia tetap akan menunggu
Kerna ia sumpah sang hantu



13 Mac 2012

terapi:melodi



Sedih itu indah,dan aku tidak akan melupakannya sampai mati

terapi:sepi

Andai ada yang terbuka laman ini,ingatlah anda berhak untuk memikirkan apa saja,mengatakan apa saja,mungkin menuduh sesuka hati.Sebab anda sebenarnya mempunyai kebebasan dalam segenap hal.Bezanya apa yang akan anda perolehi di kemudian hari.Dosa mahupun pahala.Hanya Allah yang Maha Mengetahuinya





Kepada follower saya yang selama ini dihidangkan kata-kata motivasi dalam blog ni,anda mungkin sudah tidak berpeluang lagi.

12 Mac 2012

Mr.Z
Saya tidak tahu siapa anda,namun saya tetap ingin mengucapkan terima kasih pada anda kerana meluangkan masa untuk menyelak laman minda saya ni dan cuba untuk meninggalkan sebuah nasihat sebagai komen.

Ada betulnya kata anda dalam komen tersebut.Tapi diibaratkan untuk memotong dan membuang suatu yang penting pada anggota badan yang merupakan pelengkap dalam meneruskan hidup amatlah sukar selagi masih berada dalam keadaan waras dan masih lagi seorang insan.

Anda mungkin seorang musafir yang melintas lalu di perkampungan dan tidak tahu pun apa yang berlaku di sana.



9 Mac 2012

dokumentasi:jiwa

Salam sayang buat yang tersayang.Juga buat anda semua.(dan kalau entri-enti sebelum ni,saya selalu  tulis,"walaupun mungkin tiada siapa pun baca entri ini" di penghujung intro saya.Dan begitu juga untuk kali ini,saya tetap tulis juga ayat tu.Cuma dalam kurungan.Dan mungkin tiada siapa pun baca juga)

Dan kali ini blog motivasi saya akan hanya menjadi suatu dokumentasi untuk ditatap pada masa akan datang sahaja.Itu pun andai diizin tuhan untuk terus menumpang di muka bumi ini.

Dalam seminggu terakhir ini,detik-detik paling sukar telah saya lalui sebagai seorang insa.Tiada kata sebagai galang ganti kepada penderitaan jiwa ini.




8 Mac 2012

puisi tentang angka

puisi tentang angka

ini bukan untuk sesiapa
untuk diri aku saja
sebagai tanda
sepanjang langkah mengembara
andai esok masih tiba
agar aku tidak lupa

dalam angka yang ada
pasti semua ada beza
mesti segala punya makna
antara satu dengan dua
begitu juga yang seterusnya

dalam tiga ada sedikit beda
tapi masih jua sama
kala pejam juga jaga
senyum hanya sinis saja
tapi tetap terkenang jua

ada satu sungguh beza
rupa mungkin juga rasa
ia sungguh istimewa
hingga malam aku jaga
siang pula hidup semata

hilang yang dipanggil jiwa

1 Mac 2012

pengembaraan:bermula dan berakhir

Jam 12.00 tengahari.
Adalah merupakan waktu ketibaan keretapi henti-henti di kampung Mentara Baru pada 15 tahun lalu.Dan itu pun kalau tiada masalah di stesen-stesen dalam perjalanan sebelumnya.Keretapi boleh dikatakan nadi perhubungan bagi penduduk antara bandar Gua Musang dan Kuala Lipis.Dan pada pukul 12.00 ini,laluan keretapi adalah menuju ke Kuala Lipis.Manakala pada pukul 4.00 petang pula,Dari Kuala Lipis ke Gua Musang.

Al-Bakri,seorang kanak-kanak yang baru berusia 10 tahun.Bersama dengan abangnya yang keciciran sekolah sedang menunggu keretapi untuk menziarahi rumah kakak mereka di pinggiran pekan Raub.Mereka akan menaiki keretapi sehingga ke stesen Kuala Lipis dan seterusnya akan menelefon kakak mereka untuk menjemput di sana.

Disamping melawat,merasa tempat baru,hajat hati juga besar iaitu untuk berkerja dengan kakak mereka.Dapat la juga duit poket nanti.Kerana kakak mereka menjalankan perniagaan membuat laksa dan diedarkan ke kedai-kedai makan di sekitar Raub.Mereka juga dibekalkan 1kg cili api yang telah dipesan oleh kakak mereka sebelum ini sekiranya ingin berkunjung ke tempatnya.Untuk dibuat sambal tumis.

Setelah menaiki keretapi selama lebih 3jam,maka tibalah mereka di stesen keretapi Kuala Lipis.Setibanya di Kuala Lipis,abangnya terus mendapatkan public phone untuk memberitahu bahawa mereka sudah sampai dan meminta untuk menjemput mereka di situ.Namun malangnya panggilan tidak dijawab.Berkali-kali panggilan dibuat,semuanya tidak dijawab oleh pihak sana.Sehingga ke senja.Malam.

Mereka mula mencari tempat untuk berteduh.Untuk menunggu.Mungkin menumpang tidur.Dan sebagai seorang yang musafir,maka surau atau masjid akan bermain dalam kepala mereka untuk melepaskan lelah atau pun tidur seketika.

Jadi malam ini mereka akan bermalam di masjid Kuala Lipis.Bertemankan nyamuk tiruk.Berbantalkan plastik cili padi.Bermimpikan mee laksa.

Azan subuh berkumandang mengejutkan tidur dua beradik yang terkandas di sebuah perjalanan untuk mengejar bayangan dengan mempertaruhkan suatu harapan.Selesai berjamaah solat subuh,mereka pun menyusuri jalan menuju ke stesen keretapi untuk balik semula ke Kampung.Al-bakri yang masih lagi kanak-kanak naif hanya mengikut saja apa yang diputuskan oleh abangnya.

Pukul 6.00 akan ada keretapi ekspress dari Singapura ke Tumpat akan tiba di Kuala Lipis.Keretapi tersebut akan melalui kampung mereka,tetapi tidak berhenti di kampung mereka.Stesen terdekat ia berhenti adalah di Gua Musang.Keretapi tersebut akan sampai di stesen Gua Musang dalam pukul 9.00 pagi.

Di Gua Musang mereka menunggu pula keretapi henti-henti ke kampung mereka yang dikenali oleh orang kampung sebagai "keretapi pukul 12".Keretapi tersebut bertolah dari stesen Gua Musang pada pukul 11.00 pagi.

Jam 12.00 tengahari,dua beradik itu telah melengkapkan 24jam pengembaraan mereka yang pertama dalam hidup.Dan sudah semestinya akan kekal jadi kenangan sepanjang hayat.