1 September 2019

Kuota pekerja asing secara sah

Anda ada perniagaan?pasaraya?restoran?katering?ladang?kebun?kilang?pembinaan?perkhidmatan? Memerlukan tenaga pekerja dari luar,iaitu pekerja asing?Indonesia?Myanmar?India?Philippine? Tidak tahu cara proses serta syarat-syarat untuk mendapat kelulusan dari KDN? KAMI BOLEH MEMBANTU ANDA UNTUK MOHON KUOTA DARI KDN SEKARANG!!! www.wasap.com.my/60129555731

29 Jun 2019

Permit Pekerjaan Malaysia.

 Kami menguruskan permit pekerja atau customer anda.

www.wasap.my/6012-955 5731

Perkhidmatan urusan pekerja asing

Anda memerlukan agen untuk menguruskan kuota kemasukan pekerja asing?

Saya boleh membantu!!!
Telah banyak syarikat kami bantu!!

Hubungi saya:
Mohd syamsudi ismail

(agen dari NAS Agency Centre)

Taman Ria, 86200 Simpang Renggam, Johor


11 Mac 2017

Umur 30 tahun yang berlalu

Pada pemikiran aku,paling lewat pun umur 30 aku mesti sudah bergelar suami. Kerana mengikut perkiraan manusia yang lemah ini,andai di usia itu aku masih lagi membujang maka secara automatiknya aku juga tak punya anak. Ya,anak untuk mewarisi keturunan aku. Jadi,aku mula pasang target dan juga sempadan bahawa aku tidak boleh melebihi umur tersebut untuk berumahtangga dan mungkin setahun kemudian aku akan menimang cahaya mata.

Pada masa itu,aku mungkin lupa satu perkara. Rezeki itu dari Allah. Ajal maut,jodoh pertemuan,itu semua ketentuanNya. Kita manusia hanya mampu merancang. Hanya Dia penentu segala.

Kini usia perkahwinan aku sudah 5 tahun. Ya,target aku untuk menamatkan zaman bujang diusia seperti dirancang juga terlaksana. Namun aku tetap juga belum direzekikan dengan cahaya mata.

Aku sangat sedar,sekuat mana usaha,sebanyak mana berdoa,namun jika belum direzekikan lagi,aku tetap akan kehampaan. Cuma nengharapkan pahala berdoa,pahala sabar sebagai habuan. Dan aku juga berdoa,sebagaimana Nabi berdoa,iaitu supaya Allah lindungi aku dan isteri dan keluarga dari kesyirikan sedangkan kami tahu bahawa itu syirik dan juga lindungi kami dari kesyirikan sedangkan kami tidak tahu bahawa itu adalah syirik,dalam usaha kami untuk mendapatkan anak.

Diharapkan,anda yang membaca entri ini juga mendoakan kami mendapat zuriat pewaris keturunan kami. Amiin. Sekian terima kasih.

5 Mac 2017

Sepintas lalu

Setelah sekian lama tak update,hari ni hati di’detik’kan untuk menulis entri. Walaupun tak punya idea yang mampu menggoncangkan dunia, namun aku tetap nak menulis. Sekurang-kurangnya cuba bermain dengan bahasa penulisan,juga skill penulisan yang rasanya kian terhakis dan menghakis akibat dari perebutan masa dan ruang.

Semua orang mengungkapkan, masa kian pantas berlalu. Manusia terkejar- kejar dengan masa. Fenomena dunia akhir zaman sebagai alasan mudah. Tapi mungkin ada benarnya juga. Tapi, akhir zaman yang dimaksudkan sebenar sudah bermula lebih 1400 lalu. Namun,masa yang aku maksudkan terkejar-kejar sehinggakan tak sempat untuk menulis entri baru rasanya 2 3 tahun kebelakangan ni je.

Namun,alasan paling kukuh dan realistik sebenarnya adalah ketiadaan idea yang sesuai untuk memenuhi kriteria objektif awal blog ini. Penyebab utama aku sudah kurang memerah otak untuk menggarap ayat. Bagi sesetengah manusia terpilih yang menjadi follower blog aku ni,rasanya perasan dan tau subtopik yang biasa aku perkatakan selama blog ini aktif. Dan yang langsung tak faham juga lebih ramai dari yang faham. Begitu juga yang menilainya sebagai bosan tidak kurang dari yang suka. Walau apa pun penilaian anda,sebenarnya tidak terkesan keatas penulisan saya. Entri aku juga bukan berunsurkan kelakar.Harus diingat itu fakta.

Apa itu “idea yang sesuai”?

Jawapannya adalah, suatu kritikan secara penilaian peribadi aku terhadap tingkahlaku, budaya, pemikiran. Dan apa saja yang dilakukan oleh orang sekeliling yang aku rasa baik atau sebaliknya. Aku akan menulis,mengulas,memuji,mengutuk dengan sesuka hati aku tanpa pengetahuan empunya diri. Biasanya atas tujuan pendidikan/pengajaran dengan harapan afa yang ambil pengajaran.

Perbezaan masa dulu,dan sekarang adalah kerana orang di sekeliling aku merupakan keluarga terdekat. Adik beradik,mak abah,isteri. Mereka adalah sebahagian dari hidup aku,jika aku kritik secara terbuka,secara tak langsung umpama buka pekung di dada. Kalau buruk, seolah mengaibkan diri sendiri/keluarga sendiri. Jika baik pula, nampak macam menunjuk-nunjuk akan kebaikan.

Namun waktu dulu,semasa aku seorang tenaga pengajar bukan bermakna aku tidak bertanggungjawab menjaga maruah atau aib mereka sekeliling. Cuma ada sesetengah tu patut diperkatakan supaya jadi pengajaran. Dan pada masa itu juga, pandangan lebih luas. Banyak isu yang boleh diperkatakan yang lebih bersifat kepentingan awam. Contohnya yang paling “panas” adalah komen dan pendedahan aku terhadap pengurusan kumpulan Kolej PTPL terutamanya cawangan Ampang. Tentang proses mendapat sijil pengiktirafan dari pihak kerajaan iaitu MQA. Penipuan dokumen, penyembunyian data dan sebagainya. Sehinggakan pada masa itu aku terfikir adakah syarikat lain juga buat benda yang sama termasuk syarikat yang mengeluarkan produk makan bagi dapat sijil halal.
Kerana panasnya isu itu,ada beberapa kali aku dihubungi oleh orang-orang yang tidak dikenali,dan juga yang dikenali untuk menutup mulut/memadam penulisan aku.
Titik ......

Aku berpindah kerja, masuk kerja industri. Pada permulaannya, memang agak janggal bila berubah persekitaran, gaya kerja. Untuk meneruskan benda baru dalam hidup, pada hemat aku kita perlu jadi seorang yang kuat dan tabah. Kalau rasa tak kuat, cuba kembali pada Yang Maha Kuasa. Macam mana? “tepuk dada,tanya iman”.
Demi ego, dan tak mahu mereka yang aku tinggalkan bertepuk tangan andai tahu akan sukar hidup bila memulakan kerja baru. Akhirnya aku teruskan survival hidup dalam dunia industri dengan bertatih, berjalan dan seterusnya berlari. Gambarkan hidup yang gembira dan cemerlang, ditambah lagi eviden berjaya dengan lawatan-lawatan, termasuk ke luar negara.
Titik.....

Dan jika sekiranya ingin membuat entri tentang keluarga, aku rasa lebih rasional untuk tidak memperkatakannya. Walaupun ada beberapa pincang yang aku sendiri tak mampu ubah dengan ilmu dan hujah. Contohnya tentang tanggungjawab, ibadah, bidaah, kurafat, perbomohan dan sebagainya.

Namun mungkin akan aku ulas di penulisan lain. Mungkin ada metafora yang sesuai, atau jumpa kes yang boleh dikaitkan. Itu bukan sebuah janji.
Tentang seseorang yang patut disingkirkan terus dari sejarah keluarga kerana terlalu menyusahkan. Bukan saja menyusahkan, tapi memalukan dan juga membahayakan.
Dengan perkenalkan topik tersebut, maka aku akhiri entri kali ini dengan ribuan terima kasih kerana sudi membaca disaat ramai orang sekarang sudah tidak gemar membaca.
Assalamualaikum.

24 Julai 2016

Cuba Diam Dan Berfikir

Bismillahirohmanirrahim..

Rasanya belum terlambat lagi untuk saya merakamkan ucapan selamat hari raya untuk tahun ni. Hari ni baru 18 Syawal 1437. Semoga raya tahun ini membawa makna yang besar,berbanding dengan raya-raya sebelum ni. Itu patutnya dikejar oleh setiap insan. Iaitu mahukan yang lebih baik dari segenap segi.Dan yang paling jelas,besifat duniawi la.Walaupun semua tidak menafikan bahawa akhirat yang patut dikejar kita semua.Namun kenaikan gaji,naik pangkat,tukar kereta baru,tambah anak,tambah kekayaan itu lebih dipandang kita manusia.

Puasa sebulan lepas harapnya kita telah lakukan yang terbaik dan paling sempurna la. Kalau ianya lagi kurang kesempurnaannya berbanding tahun-tahun sudah,kita sedang rugi la.Sebab peluang sudah diberi,tapi kita sia-siakan.Cuba imbas dan hitung berapa orang yang kita kenal dan dapat berpuasa dan beribadah dalam bulan ramadhan tahun lepas,tapi tahun ini dia sudah tiada lagi?dia sudah meninggal dunia.Tiada lagi peluang dia untuk tambah ibadah.Hanya berbekalkan apa yang ada saja.Kalau ada anak soleh,kalau ada sedekah jariah dapat la sedikat saham. In sya Allah.

Bagi yang lansung tidak bersedia dengan saham-saham begitu,maka mereka sedang tahu dan percaya sekarang tentang apa yang disampaikan kepada mereka sebelum ini. Sehingga hari kebangkitan.

Kali ini saya bukan berniat untuk berceramah kepada tuan-tuan yang membaca mahunpun terbaca.Cuma terasa ingin berkongsi.Mungkin kalau sebelum ini,saya selalu juga terfikir bila ada orang lain menulis entri atau status facebook,terdetik dihati mengatakan mereka seolah sedang berlagak alim dan berlagak sudah insaf.Riak.Padahal tak seperti yang ditulis pun. Sekadar menunjuk pandai kononnya menghayati dugaan. Itu tanggapan saya dulu pada mereka.Saya ego untuk anggap itu sebuah pengajaran. Jangan hanya sibuk mempersoalkan keikhlas orang lain.

Dalam dua hari ini,saya mula kembali terfikir dan mengenang kembali pincangnya langkah saya.Langkah saya meneruskan hidup dan juga persediaan ke alam abadi yang dijanjikan untuk saya dan semua yang hidup.Bunyi agak serius?Ya,ianya memang serius.Sebabnya apabila diuji,saya akan mula menghadap dan mengadu padaNya.Bila terasa bebas ujian,saya mula kurang mengadu.Hanya buat yang wajib sahaja.

Setakat ini rasanya masih boleh terus membaca tuan-tuan?Sebagai klunya,saya akan menulis bilamana perasaan saya sedang down atau berada dibawah paras normal.Kerana pada masa ini saya akan banyak berfikir dan muhasabah diri.Kurang bercakap,tiada minat pada gurauan mahupun hiburan.

Bagi kawan-kawan yang rapat dan mengikuti facebook saya,pasti sedia maklum apa yang berlaku.Ya,seekor kucing belaan saya telah kembali pada Pencipta.Kalau tuan-tuan senyum,itu normal.Sebab tuan-tuan hanya nampak itu seekor kucing.Tapi saya nampak itu satu nyawa.Saya melihat pucatnya muka dia menahan sakit sakaratul.Saya melihat matanya yang berair.Saya melihat anak matanya bulat penuh dan pandangan kosongnya.

Tuan-tuan mampu senyum,sebab tuan-tuan tidak menyaksikan satu nyawa sedang di ambil kembali setelah dipinjamkan sekejap.Nyawanya dipinjamkan di dalam tubuh seekor haiwan dan dia saya namakan Adik Putih.

Saya terima itu sebagai ujian untuk saya.Ujian diambil apa yang kita sayang.Juga pengajaran bahawa kematian itu sangat hampir dengan kita yang hidup ini.Apa yang berlaku pada Adik Putih itu,tersangat cepat dan tiada amaran.Beberapa minit sebelum kematiannya,dia meleset di kaki saya sibuk-sibuk bersiap untuk pergi kerja.Saya bersarapan,berkongsi roti.Sungguh berselera.Dan bila saya mengundurkan kereta,tiba-tiba terdengar jeritannya dari bawah kereta.Bila keluarkan dari bawah kereta,dia sudah nazak.Mukanya pucat.Badannya kejang dan membiru.

Saya mula merembes peristiwa itu sebagai ujian dari Allah untuk saya berfikir,juga untuk menyedarkan saya sebagai hambanya.Sepertimana beberapa ujian sebelum-sebelum ini.Pemergian arwah ayah saya salah satu ujian yang besar.Dan pengajarannya,saya mula mencari jalan untuk membantu perjalanan panjang ayah saya di alam barzakh.Saya mula mrncari ilmu agama.Mula mendekatkan diri dengan masjid.Mula menepis alasan 'sibuk' yang selama ini menyekat langkah ke arah itu.
Mula belajar sekurang-kurangnya mengimankn tahlil arwah ayah bila balik menziarahi kubur atau berkumpul dengan keluarga sekali sekala.Juga mula membuat persediaan untuk diri sendiri andai dijemput nanti.Mencari jawapan apakah yang boleh teman dalam kubur.Apa saham yang sesuai dilaburkan untuk untungnya sampai ke sana boleh rasa.

Dan bila lama-kelamaan istiqomah itu seolah pudar,tanpa sebab yang konkrit.Malah tanpa sedar pun.Namun,kerana sifat RahimNya itu saya ditarbiyyah dengan satu lagi cara.Saya didatangkan seekor kucing.Mueez.Saya disuntik sifat sayangkan kucing sangat-sangat sehinggakan Mueez itu tidurnya bersama atas katil.Dan setiap 3 atau 4 pagi dia akan mengejutkan saya dengan menggigit hidung meminta susu.Saya belajar jadi ibu dan sabar untuknya.
Apabila setiap malam bangun untuk buat susu,saya mula terfikir sesuatu yang menyentap perasaan.Apakah ada tujuan lain sebenarnya Mueez kejut saya setiap pagi selain minta susu?Dan saya beri jawapan sendiri.Ya,mungkin Allah hadirkan saya Mueez untuk menguji akal dan kesyukuran.Jadi,mengapa tidak Tahajjud alang-alang sudah bangkit malam begitu.?

Saya mula mengenal Tahajjud.Sekali lagi ujian dihantar apabila Mueez tiba-tiba hilang tanpa dapat dikesan sehingga ke hari ini.Saya patah hati.Namun disebalik patah hati itu,saya masih memikirkan bahawa itu ujian Allah.Saya teruskan rutin yang dicipta Mueez untuk saya bangun malam.Sehingga ianya juga kian jarang oleh sebab tertentu dan saya juga tidak sedar.

Kini,Adik Putih pula dijadikan asbab untuk saya mula berfikir akan segalanya pincang langkah itu.
"Ya Allah,ampunkan hambaMu ini yang selalu alpa dan hanyut dibuai nikmat dunia"