31 Mac 2011

selamat tinggal Sal..

Aku tau dia bukan seorang pembaca untuk blog aku ni,tapi aku nak mengucap selamat jalan juga untuk dia di sini.Sebab kadang-kadang ucapan itu tidak semestinya diketahui oleh orang yang dituju.Mungkin untuk ucapan lain la.Bukan selamat jalan seperti ini.

Bercakap tentang ucapan,sebenarnya keikhlasan sepatutnya yang jadi pengukur.Maka ikhlas pula hanya berada di hati penutur itu.Sebab,kata-kata yang dituturkan lidah sudah ditapis akan isinya oleh otak.Kata-kata diterima/didengar oleh orang lain itu bukan sepenuhnya yang lahir dari hati.

Selepas intro yang menjela itu,aku ingin mengucapkan selamat menjalani rutin hidup yang baru,kerja baru,kawan baru,suasana baru.Hidup ini satu pengembaraan.Jadi anda masih lagi berada di atas landasan hakikat kehidupan.

wassalam...

22 Mac 2011

filesick..

Aku rindu berada di sebuah padang.Waktu malam.Padang yang merupakan bekas tapak tanaman sayur oleh orang kampung.Kesan batas-batas sawi,cili,kacang masih lagi dapat dilihat dengan jelas.Kerana tanahnya yang sudah tandus menyebabkan rumput liar tidak begitu gemar tumbuh lagi di kawasan itu.

Namun bagi aku(kami), itu adalah sesuatu bagus kerana ada aktiviti menanti.Aktiviti malam.Sememangnya aktiviti yang menyeronokkan.Menyuluh puyuh.Lagi memberi merit sekiranya pada petang itu hari hujan.Maka banyak la hasil tangkapan yang akan kami dapat.

Menyuluh burung puyuh tidur memang seronok dan menyeronokkan.Dengan hanya berbekalkan lampu suluh dan jaring(sauk ikan) setiap orang,kami akan berjalan di atas padang dan menyuluh ke tanah.Bila tersuluh saja sekumpulan burung puyuh sedang tidur,itu tandanya sasaran sudah di depan mata.Jadi kami akan perlahankan langkah untuk tidak mengejutkan tidur mereka.Menghampiri kumpulan tersebut dan menekup sauk di atas kumpulan itu.

Sekiranya burung puyuh tersebut sempat terbang dan melarikan diri,aktiviti kejar mengejar pula akan berlaku.Semasa sesi kejar mengejar ini biasanya akan menyebabkan kemalangan-kemalangan kecil seperti masuk dalam pokok duri,terpijak taik lembu,langgar pokok dll.Maklum la berlari dalam gelap.Namun yang pasti, ianya adalah aktiviti yang menyeronokkan.Aku rindu

1 Mac 2011

SELAMAT HARIJADI

Salam.Hari ni sudah pun masuk bulan Mac.1 March 2011.Bulan ketiga setiap tahun.Dan bagi yang menyambut hari jadi hari ni, saya ucapkan selamat hari jadi. Semoga panjang umur, murah rezeki,hidup gembira.Ya hidup gembira.Buat apa sedih-sedih.Sedih tu boleh,tapi jangan la lama-lama sangat.Sebab dengan bersedih saja tak mendatangkan keuntungan apa-apa pun.Betul ni dik.Bersedih tak mendatangkan keuntungan.

Kalau gagal dalam pelajaran yang  disedihkan,jadi kita sudah dapat satu lagi pengajaran.Mungkin kita belajar tak cukup bersungguh.Mungkin cikgu,pensyarah kita tak suka kita sebab kita bersikap kurang ajar selama ini.Jadi kita sudah nampak apa yang kita patut ubah nanti.Takkan nak bersedih je bila gagal.

Begitu juga dengan bercinta dik.Kenapa perlu sedih sangat bila gagal bercinta ni.Patutnya kita kena bersyukur kalau putus cinta.Eh betul la tu.Patutnya kita bersyukur putus cinta.Sebab tu la tandanya kita tak serasi.Takkan pula kita nak habiskan sepanjang hidup kita dengan orang yang kita tak serasi.Baik berpisah sekarang daripada dah kahwin baru nak berpisah.Sebab tak serasi ini juga adalah antara penyebab berlakunya kes-kes perceraian di negara kita ni.Jadi kalau putus cinta tu,carilah cinta baru.Mungkin lebih serasi.Mungkin jumpa keserasian.

Jadi gembira-gembirakanlah...


25 Februari 2011

Kawal emosi anda

Hari ni aku nak try menulis dalam keadaan marah.Huh.Eh dah malam rupanya.Ya malam ni aku nak menulis dalam keadaan marah.Rupanya macam ni penulisan yang dapat aku hasilkan bila hati tengah marah.Namun aku tetap waras.Ya waras.Tak kan marah sikit dah nak bertukar jadi tak waras kan.Tak kan la kena tarik telinga sikit dah nak jadi tak waras.
Betul tak?
Dah mengaku diri bermotivasi.Tapi baru kena tarik telinga dah mengamuk macam nak berlaku perang.Meracau macam orang histeria.Maki-maki.'Tut' engkau la,'tit' engkau la.Kawal emosi tu jangan jadi sakit emosi pulak.Biar la anggota badan,jangan sakit emosi.Susah nak jumpa ubat.

Okey.Marah dah kurang.Telinga pun dah tak sakit sangat dah.Sakit sikit-sikit takpe la.Hidup kalau tak sakit langsung ni bosan jugak kan.

Tapi kepada yang tarik telinga aku tiba-tiba tadi tu jangan la amalkan selalu.Bukan apa,takut aku pulak yang bergurau macam tu dan anda tu pulak kurang motivasinya dan melatah lebih-lebih.Susah nanti.Hidup ni ada pusingannya kena ingat.Kalau kita aniaya orang,nanti kita pulak yang kena aniya.Jadi jangan aniaya orang ya wahai kawan-kawan aku yang bermotivasi semua.

Betul la tu orang cakap hidup bagaikan pusingan roda.Bukan hidup bagaikan roda yang tak berpusing.Tak ke mana la jawabnya.'Tang' tu je.

21 Februari 2011

untukmu sayang

Salam sayang.Ya betul la tu.Sayang.Saya memang sayang pun orang yang baca blog saya ni.Sebab anda merupakan seorang yang bermotivasi.Kalu tak pun,bakal bermotivasi.Betul tak?Jadi saya sayang orang yang bermotivasi ni.Memang semua orang suka orang yang ada motivasi ni kak.Orang yang tak ada motivasi,suka menyusahkan orang,suka marah-marah,suka meminta-minta.Ada orang suka ker?Tak ada kan.

Untuk jadi orang yang disukai orang ni salah satunya saudara kena rajin-rajin la baca blog saya ni.Bukan baca aje.Lepas baca cuba la fikir-fikir sikit.Rangsang sikit otak tu.Biar ianya senantiasa berfungsi.Bila otak selalu digunakan dan fungsinya dikenalpasti,maka senang la sikit nak uruskan.Nak jadi rasional.Nak jadi orang bijak.Nak jadi orang yang di hormati.Nak jadi orang yang disayangi.

Dan apabila saudara baca blog saya ni,maka secara tidak langsung anda akan dapat satu petua untuk disayangi.Nak ada motivasi.
Nak tahu?
Kawal amarah.Bila kita berjaya kawal amarah,kita secara tidak langsung juga sedang menggunakan kewarasan akal untuk berfikir.Untuk berada dalam keadaan rasional.Jadi kita juga tidak mudah menghamburkan kata-kata yang melukakan hati orang lain.Yang membuatkan penyebab orang membenci kita.Anda nak orang sayang kan?jadi,kawal la marah dulu ya.

Mak kita pun kalau kita asyik marah dan mengeluarkan kata-kata kesat,dia akan membenci kita kak.Ini kan pula orang lain yang memang tak ada kena mengena dengan kita.Yang tak pernah sayang kita.Kalau kita marah dan maki kita sekali,sepuluh kali dia marah dan maki kita.

Jadi kalau nak jadi orang bermotivasi,kawal-kawal la amarah tu sikit kak,dik,bang,tuan,puan.







18 Februari 2011

baik baik sayang

Jadi orang baik ni memang banyak cabarannya.Lagi-lagi kalau orang pun dah anggap kita ni orang baik.Tapi tu sebenarnya salah satu motivasi untuk kita terus jadi baik dan bertambah baik lagi.Sehingga tahap bagi seat kat orang mengandung semasa dalam public transport ke,pimpin orang buta lintas jalan.Tapi jangan pulak mudah bagi pertolongan pada yang tak berapa nak betul seperti 'anjing tersepit' tu.Kena 'ngap' nanti kita jugak yang susah.

Macam berlaku kat seorang hamba Allah yang saya kenal ni,dia ni selalu memudahkan kerja orang lain.Terlalu mudah menghulurkan pertolongan pada sesiapa saja.Ya memang bagus kalau kita tunaikan permintaan orang,kita menolong orang.Nabi pun suruh kita berbakti,berbuat baik.Malah kalau di dunia ni sekali kita tunaikan permintaan orang, 70 puluh kali permintaan kita ditunaikan Allah di Akhirat kelak.Bagus la tu kak.Merit tu untuk bekalan di sana.Tapi jangan la sampai kita tak sempat nak makan sebab asyik tolong orang aje.Sampai kurus kering.Adoi tu macam tak berapa nak betuk dik.Tolong,tolong jugak.Diri sendiri kena jaga jugak.Sampai muka berkerut-kerut sebab tensen tu dah lebih la.

Namun begitu,jangan la pulak kita tak nak tolong orang langsung.Tak nak jadi orang baik langsung.Mentang-mentang la saya cakap macam tu.Motivasi ni sebenarnya untuk jadikan orang yang baca jadi lebih baik kan.Bukan makin menyetan.Jadi,jadi la baik-baik sayang...

14 Februari 2011

Imam dan Sabar

Untuk berjaya memang memerlukan sedikit pengorbanan,kesabaran,tekun,semangat,tidak berputus asa.Memang itu adalah sifir yang perlu digunapakai oleh orang yang ingin berjaya.Sebab sekiranya semua yang berikut telah dipraktikkan tapi masih belum berjaya, maka mungkin masih ada yang belum cukup.

Terutamanya orang yang ingin menjalankan perniagaan.Jual barang.Perkhidmatan.Dan apa saja.Sepertiman yang dilakukan oleh seorang imam masjid yang saya baru kenal.Beliau adalah seorang imam no.1 masjid tersebut.Dan beliau menjalankan bisnez sampingan iaitu menjual susu lembu untuk kesihatan.Boleh tahan imam ni.Cari duit lebih.Bagus la tu.Takkan nak duit banyak tu je.Harap gaji aje.

Yang lagi bagusnya imam ni adalah dia tak putus asa.Dia seorang yang sabar.Kata pun imam kan.Sabar kan separuh dari iman(imam).Dik,Nabi pun pernah cakap,"orang yang berani adalah orang yang sabar.Orang yang berani melawan amarahnya".Jadi kalau anda berani,jom la jadi orang yang sabar.Dan dengan sabar,dah dapat separuh iman.Rugi kalau tak nak.

Okey,berbalik pada imam tadi,sabarnya dia saya maksudkan adalah dengan berkali-kali membuat panggilan pada saya untuk ajak saya keluar dan dengar penerangan dan seterusnya jadi ahli.Tau dah.Dan walaupun bekali-kali juga la saya bagi alasan untuk tidak keluar.Kelas.Sibuk.Penat.Letih.Macam-macam lagi la.Dia tetap juga mencuba dan berusaha untuk ajak saya keluar.

Takkan saya nak cakap "saya yak nak la jadi agen jual susu tu imam", masa dia call.Faham-faham la imam,kalau dah 3 4 kali call tu asyik sibuk aje,tandanya tak nak la tu.Makin banyak pulak dosa saya nanti sebab menipu.Tipu imam no.1 pulak tu.Adoi...