16 Mei 2011

takziah untuk keluarga KAMARUDIN BIN SAARI

Sudah lima hari berlalu,baru hari ini aku berpeluang untuk menulis di sini tentang suatu perkara.Pemergian seorang kawan rapat pada suatu ketika dulu.Kawan yang mana kami membesar bersama,bermain  badminton bersama,bergaduh bersama,mengurat awek.Malah pernah di anggap sebagai terlalu akrab seperti bersaudara oleh jiran-jiran.

Kalau sebelum ni,aku hanya bersimpati bila melihat orang meratapi sebuah kematian.Melihat mereka sedih.Menangis.

Tapi kali ni,aku sendiri yang berada dalam situasi tersebut.Sedih.Menangis.Suatu perlakuan yang tanpa dikawal oleh minda.Dada jadi sebak.Mata jadi berair.Menangis dengan ikhlas.Tangisan kehilangan.Penyesalan.

Menyesal kerana tidak menghargai masa dan peluang.Masa hidup.Masa sihat.Peluang minta maaf.Padahal ajal yang akan menjengah di muka pintu tanpa memberitahu sesiapa pun sebelum kehadirannya.

Aku redha...Al-fatihah


3 Mei 2011

Takziah buat keluarga Osama

Salam satu Malaysia kepada pembaca dan juga pada diri saya sendiri.Sudah agak lama juga saya tidak menulis di sini.Ya memang lama pun,sudah sebulan.Kali terakhir adalah bulan lepas iaitu entri sempena pemergian Salmi dari PTPL ke dunia barunya.Tapi bukan beliau berlakon drama siri Dunia Baru dengan Elyana tu ya.Dia dapat kerja baru.hehe

Sehari dua ni,dunia disajikan dengan berita-berita kematian atau kehilangan nyawa manusia.Kematian anak lelaki Gaddafi,kematian Osama.

Kalau difikirkan,apa sebenarnya yang dikejar sekarang oleh semua orang.Sebuah kehidupan mahupun sebuah kematian?huh.sudah takde idea

31 Mac 2011

selamat tinggal Sal..

Aku tau dia bukan seorang pembaca untuk blog aku ni,tapi aku nak mengucap selamat jalan juga untuk dia di sini.Sebab kadang-kadang ucapan itu tidak semestinya diketahui oleh orang yang dituju.Mungkin untuk ucapan lain la.Bukan selamat jalan seperti ini.

Bercakap tentang ucapan,sebenarnya keikhlasan sepatutnya yang jadi pengukur.Maka ikhlas pula hanya berada di hati penutur itu.Sebab,kata-kata yang dituturkan lidah sudah ditapis akan isinya oleh otak.Kata-kata diterima/didengar oleh orang lain itu bukan sepenuhnya yang lahir dari hati.

Selepas intro yang menjela itu,aku ingin mengucapkan selamat menjalani rutin hidup yang baru,kerja baru,kawan baru,suasana baru.Hidup ini satu pengembaraan.Jadi anda masih lagi berada di atas landasan hakikat kehidupan.

wassalam...

22 Mac 2011

filesick..

Aku rindu berada di sebuah padang.Waktu malam.Padang yang merupakan bekas tapak tanaman sayur oleh orang kampung.Kesan batas-batas sawi,cili,kacang masih lagi dapat dilihat dengan jelas.Kerana tanahnya yang sudah tandus menyebabkan rumput liar tidak begitu gemar tumbuh lagi di kawasan itu.

Namun bagi aku(kami), itu adalah sesuatu bagus kerana ada aktiviti menanti.Aktiviti malam.Sememangnya aktiviti yang menyeronokkan.Menyuluh puyuh.Lagi memberi merit sekiranya pada petang itu hari hujan.Maka banyak la hasil tangkapan yang akan kami dapat.

Menyuluh burung puyuh tidur memang seronok dan menyeronokkan.Dengan hanya berbekalkan lampu suluh dan jaring(sauk ikan) setiap orang,kami akan berjalan di atas padang dan menyuluh ke tanah.Bila tersuluh saja sekumpulan burung puyuh sedang tidur,itu tandanya sasaran sudah di depan mata.Jadi kami akan perlahankan langkah untuk tidak mengejutkan tidur mereka.Menghampiri kumpulan tersebut dan menekup sauk di atas kumpulan itu.

Sekiranya burung puyuh tersebut sempat terbang dan melarikan diri,aktiviti kejar mengejar pula akan berlaku.Semasa sesi kejar mengejar ini biasanya akan menyebabkan kemalangan-kemalangan kecil seperti masuk dalam pokok duri,terpijak taik lembu,langgar pokok dll.Maklum la berlari dalam gelap.Namun yang pasti, ianya adalah aktiviti yang menyeronokkan.Aku rindu

1 Mac 2011

SELAMAT HARIJADI

Salam.Hari ni sudah pun masuk bulan Mac.1 March 2011.Bulan ketiga setiap tahun.Dan bagi yang menyambut hari jadi hari ni, saya ucapkan selamat hari jadi. Semoga panjang umur, murah rezeki,hidup gembira.Ya hidup gembira.Buat apa sedih-sedih.Sedih tu boleh,tapi jangan la lama-lama sangat.Sebab dengan bersedih saja tak mendatangkan keuntungan apa-apa pun.Betul ni dik.Bersedih tak mendatangkan keuntungan.

Kalau gagal dalam pelajaran yang  disedihkan,jadi kita sudah dapat satu lagi pengajaran.Mungkin kita belajar tak cukup bersungguh.Mungkin cikgu,pensyarah kita tak suka kita sebab kita bersikap kurang ajar selama ini.Jadi kita sudah nampak apa yang kita patut ubah nanti.Takkan nak bersedih je bila gagal.

Begitu juga dengan bercinta dik.Kenapa perlu sedih sangat bila gagal bercinta ni.Patutnya kita kena bersyukur kalau putus cinta.Eh betul la tu.Patutnya kita bersyukur putus cinta.Sebab tu la tandanya kita tak serasi.Takkan pula kita nak habiskan sepanjang hidup kita dengan orang yang kita tak serasi.Baik berpisah sekarang daripada dah kahwin baru nak berpisah.Sebab tak serasi ini juga adalah antara penyebab berlakunya kes-kes perceraian di negara kita ni.Jadi kalau putus cinta tu,carilah cinta baru.Mungkin lebih serasi.Mungkin jumpa keserasian.

Jadi gembira-gembirakanlah...


25 Februari 2011

Kawal emosi anda

Hari ni aku nak try menulis dalam keadaan marah.Huh.Eh dah malam rupanya.Ya malam ni aku nak menulis dalam keadaan marah.Rupanya macam ni penulisan yang dapat aku hasilkan bila hati tengah marah.Namun aku tetap waras.Ya waras.Tak kan marah sikit dah nak bertukar jadi tak waras kan.Tak kan la kena tarik telinga sikit dah nak jadi tak waras.
Betul tak?
Dah mengaku diri bermotivasi.Tapi baru kena tarik telinga dah mengamuk macam nak berlaku perang.Meracau macam orang histeria.Maki-maki.'Tut' engkau la,'tit' engkau la.Kawal emosi tu jangan jadi sakit emosi pulak.Biar la anggota badan,jangan sakit emosi.Susah nak jumpa ubat.

Okey.Marah dah kurang.Telinga pun dah tak sakit sangat dah.Sakit sikit-sikit takpe la.Hidup kalau tak sakit langsung ni bosan jugak kan.

Tapi kepada yang tarik telinga aku tiba-tiba tadi tu jangan la amalkan selalu.Bukan apa,takut aku pulak yang bergurau macam tu dan anda tu pulak kurang motivasinya dan melatah lebih-lebih.Susah nanti.Hidup ni ada pusingannya kena ingat.Kalau kita aniaya orang,nanti kita pulak yang kena aniya.Jadi jangan aniaya orang ya wahai kawan-kawan aku yang bermotivasi semua.

Betul la tu orang cakap hidup bagaikan pusingan roda.Bukan hidup bagaikan roda yang tak berpusing.Tak ke mana la jawabnya.'Tang' tu je.

21 Februari 2011

untukmu sayang

Salam sayang.Ya betul la tu.Sayang.Saya memang sayang pun orang yang baca blog saya ni.Sebab anda merupakan seorang yang bermotivasi.Kalu tak pun,bakal bermotivasi.Betul tak?Jadi saya sayang orang yang bermotivasi ni.Memang semua orang suka orang yang ada motivasi ni kak.Orang yang tak ada motivasi,suka menyusahkan orang,suka marah-marah,suka meminta-minta.Ada orang suka ker?Tak ada kan.

Untuk jadi orang yang disukai orang ni salah satunya saudara kena rajin-rajin la baca blog saya ni.Bukan baca aje.Lepas baca cuba la fikir-fikir sikit.Rangsang sikit otak tu.Biar ianya senantiasa berfungsi.Bila otak selalu digunakan dan fungsinya dikenalpasti,maka senang la sikit nak uruskan.Nak jadi rasional.Nak jadi orang bijak.Nak jadi orang yang di hormati.Nak jadi orang yang disayangi.

Dan apabila saudara baca blog saya ni,maka secara tidak langsung anda akan dapat satu petua untuk disayangi.Nak ada motivasi.
Nak tahu?
Kawal amarah.Bila kita berjaya kawal amarah,kita secara tidak langsung juga sedang menggunakan kewarasan akal untuk berfikir.Untuk berada dalam keadaan rasional.Jadi kita juga tidak mudah menghamburkan kata-kata yang melukakan hati orang lain.Yang membuatkan penyebab orang membenci kita.Anda nak orang sayang kan?jadi,kawal la marah dulu ya.

Mak kita pun kalau kita asyik marah dan mengeluarkan kata-kata kesat,dia akan membenci kita kak.Ini kan pula orang lain yang memang tak ada kena mengena dengan kita.Yang tak pernah sayang kita.Kalau kita marah dan maki kita sekali,sepuluh kali dia marah dan maki kita.

Jadi kalau nak jadi orang bermotivasi,kawal-kawal la amarah tu sikit kak,dik,bang,tuan,puan.