29 Jun 2011

perarakan BERSIH

Aku saja ambil risiko menggunakan perkataan BERSIH dalam entri kali ni.Dan aku berharap pihak berkuasa tidak ambil apa apa tindakan la terhadap Blog aku ni.Sebab aku tiada langsung akan cuba menyuntik kata kata hasutan dalam blog ni.Sekadar tumpang glamour perkataan BERSIH je.

Cuma ada la sedikit peringatan kepada muda mudi,sahabat sahabi,kawan kawi semua. Ummat Islam semakin ditindas sekarang ni. Muda mudi islam asyik mengejar artis pujaan saja,lagu pujaan,sukan pujaan,permainan video pujaan.Ya,memang anda selalu dengar ungkapan sebegini kan.Tapi anda menganggap ini semua hanyalah sebuah bebelan seseorang yang berlagak pandai semata.Anda tetap dengan apa yang anda lakukan sekarang.

Parlimen Belanda telah meluluskan untuk mengharamkan penyembelihan haiwan di negara tersebut.Jadi secara tidak langsungnya saki baki orang yang menganut agama Islam di Belanda akan menghadapi kesusahan untuk mendapatkan bekalan makanan yang halal.

Perancis mengharamkan wanita menutup aurat.Pemimpin pemimpin negara negara kafir sebenarnya ingin mengkafirkan rakyat rakyat mereka yang beragama Islam sehabis habisan.Cis marah betul aku.

14 Jun 2011

Folder Memori

"bersatu hati masa menyaksi
di puncak maya kitakan bersama
di persada pentas dunia
selamanya kita di sana..."

Adakah anda terfikir-fikir apakah lagu atau melodi untuk lirik di atas itu.Lagu apakah itu? Dan kenapa la saya tiba-tiba menulis lirik tersebut di sini.Yang sebenarnya itu adalah salah satu rangkap lirik lagu untuk sukan Komanwel Kuala Lumpur 98.

Dan tujuan saya menulis rangkap itu juga sebenarnya bukan untuk mengajak para pembaca untuk menjadi penulis lirik lagu patriotik ataupun untuk manjadi penyanyi lagu-lagu patriotik menggantikan penyanyi Roy itu.Dan jauh sama sekali untuk melobi sukan Komanwel 2014 di adakan di Kuala Lumpur lagi.

Tujuan sebenar adalah untuk menggamitkan memori pada tahun 1998.Yang mana pada tahun tersebut sukan terbesar pernah dianjurkan di Malaysia.Sebenarnya hidup dalam kenangan ini adalah suatu yang  menyeronokkan.Walaupun semua orang tahu,masa lalu adalah suatu benda yang paling jauh dan akan terus menjauhi kita setiap saat.Namun bagi orang yang tahu menghargai masa,ia akan mendapat kenangan manis dengan masa yang telah dilaluinya.Masa lalunya.Tapi sebaliknya kepada orang yang tidak menghargai masa,mereka akan terlepas suatu kenangan.Dan mungkin akan membawa kepada suatu penyesalan.Seperti kenangan negara kita menjadi tumpuan dunia, bermacam-macam acara dan budaya kita tonjolkan,kita pamerkan dan mungkin sekarang kita sudah tidak dapat dilihat lagi.

Kenangan Kuala Lumpur 1998 adalah salah satu folder memori dalam minda saya.Anda bagaimana?

7 Jun 2011

Kuliah selepas kelas

Pada suatu hari,aku pernah berjanji pada diri sendiri untuk cuba meng'update cerita di blog aku ni setiap hari.Bermula hari ini(hari tersebut).Tapi rupanya itu tidak berlaku sepertimana yang diharapkan.Sepertimana yang dijanjikan.Walaupun janji tersebut adalah pada diri sendiri.Janji tersebut dinafikan dengan alasan-alasan lain yang masuk akal.Kerana aku adalah seorang yang berakal.

Jadi kali ini,perihal AKAL yang akan menjadi intipati asas utama dalam penulisan saya tuan puan sekalian.Gaya penceramah la pulak rasa.Tapi takpe,sebab apa gaya sekalipun sekiranya kita menggunakan akal dengan betul,maka kita bukan tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi.

"Rugi?"
"Ya,betul la tu dik.Rugi".Akal tu diberikan Allah kepada makhluk yang bernama manusia macam kita saja.Binatang tidak diberikan akal fikiran.Tumbuhan pun sama.Akar ada la.

Jadi janganlah bertindak sepertimana ciptaan-ciptaan yang tidak dikurniakan akal itu.Hanya mengikut naluri.Lumrah kehidupan.

Tapi sebenarnya mungkin kalau tajuk perbincangan kali ini tentang JANJI juga agak sesuai.
Tentang janji yang selalu dimungkiri walaupun janji pada diri sendiri.Guna alasan yang pelbagai untuk tidak menepati janji.Kambing hitam.Kambing putih,Kambing merah dam macam-macam lagi.

Tapi kalau balik kerja nanti singgah Giant beli ikan keli,daun kesum dan santan.Masak lemak ikan keli dan daun kesum.Goreng ikan masin.Huh.

16 Mei 2011

takziah untuk keluarga KAMARUDIN BIN SAARI

Sudah lima hari berlalu,baru hari ini aku berpeluang untuk menulis di sini tentang suatu perkara.Pemergian seorang kawan rapat pada suatu ketika dulu.Kawan yang mana kami membesar bersama,bermain  badminton bersama,bergaduh bersama,mengurat awek.Malah pernah di anggap sebagai terlalu akrab seperti bersaudara oleh jiran-jiran.

Kalau sebelum ni,aku hanya bersimpati bila melihat orang meratapi sebuah kematian.Melihat mereka sedih.Menangis.

Tapi kali ni,aku sendiri yang berada dalam situasi tersebut.Sedih.Menangis.Suatu perlakuan yang tanpa dikawal oleh minda.Dada jadi sebak.Mata jadi berair.Menangis dengan ikhlas.Tangisan kehilangan.Penyesalan.

Menyesal kerana tidak menghargai masa dan peluang.Masa hidup.Masa sihat.Peluang minta maaf.Padahal ajal yang akan menjengah di muka pintu tanpa memberitahu sesiapa pun sebelum kehadirannya.

Aku redha...Al-fatihah


3 Mei 2011

Takziah buat keluarga Osama

Salam satu Malaysia kepada pembaca dan juga pada diri saya sendiri.Sudah agak lama juga saya tidak menulis di sini.Ya memang lama pun,sudah sebulan.Kali terakhir adalah bulan lepas iaitu entri sempena pemergian Salmi dari PTPL ke dunia barunya.Tapi bukan beliau berlakon drama siri Dunia Baru dengan Elyana tu ya.Dia dapat kerja baru.hehe

Sehari dua ni,dunia disajikan dengan berita-berita kematian atau kehilangan nyawa manusia.Kematian anak lelaki Gaddafi,kematian Osama.

Kalau difikirkan,apa sebenarnya yang dikejar sekarang oleh semua orang.Sebuah kehidupan mahupun sebuah kematian?huh.sudah takde idea

31 Mac 2011

selamat tinggal Sal..

Aku tau dia bukan seorang pembaca untuk blog aku ni,tapi aku nak mengucap selamat jalan juga untuk dia di sini.Sebab kadang-kadang ucapan itu tidak semestinya diketahui oleh orang yang dituju.Mungkin untuk ucapan lain la.Bukan selamat jalan seperti ini.

Bercakap tentang ucapan,sebenarnya keikhlasan sepatutnya yang jadi pengukur.Maka ikhlas pula hanya berada di hati penutur itu.Sebab,kata-kata yang dituturkan lidah sudah ditapis akan isinya oleh otak.Kata-kata diterima/didengar oleh orang lain itu bukan sepenuhnya yang lahir dari hati.

Selepas intro yang menjela itu,aku ingin mengucapkan selamat menjalani rutin hidup yang baru,kerja baru,kawan baru,suasana baru.Hidup ini satu pengembaraan.Jadi anda masih lagi berada di atas landasan hakikat kehidupan.

wassalam...

22 Mac 2011

filesick..

Aku rindu berada di sebuah padang.Waktu malam.Padang yang merupakan bekas tapak tanaman sayur oleh orang kampung.Kesan batas-batas sawi,cili,kacang masih lagi dapat dilihat dengan jelas.Kerana tanahnya yang sudah tandus menyebabkan rumput liar tidak begitu gemar tumbuh lagi di kawasan itu.

Namun bagi aku(kami), itu adalah sesuatu bagus kerana ada aktiviti menanti.Aktiviti malam.Sememangnya aktiviti yang menyeronokkan.Menyuluh puyuh.Lagi memberi merit sekiranya pada petang itu hari hujan.Maka banyak la hasil tangkapan yang akan kami dapat.

Menyuluh burung puyuh tidur memang seronok dan menyeronokkan.Dengan hanya berbekalkan lampu suluh dan jaring(sauk ikan) setiap orang,kami akan berjalan di atas padang dan menyuluh ke tanah.Bila tersuluh saja sekumpulan burung puyuh sedang tidur,itu tandanya sasaran sudah di depan mata.Jadi kami akan perlahankan langkah untuk tidak mengejutkan tidur mereka.Menghampiri kumpulan tersebut dan menekup sauk di atas kumpulan itu.

Sekiranya burung puyuh tersebut sempat terbang dan melarikan diri,aktiviti kejar mengejar pula akan berlaku.Semasa sesi kejar mengejar ini biasanya akan menyebabkan kemalangan-kemalangan kecil seperti masuk dalam pokok duri,terpijak taik lembu,langgar pokok dll.Maklum la berlari dalam gelap.Namun yang pasti, ianya adalah aktiviti yang menyeronokkan.Aku rindu