sebagai orang baru dalam dunia siber ini, diharapkan saudara- saudara dapat memberi sedikit perhatian dan tunjuk ajar kepada saya supaya dapat saya berada dalam dunia kalian ini dengan aman. sememangnye di ruangan ini merupakan salah satu pentas ilmu yang mungkin akan menjana keintelektualan bangsa kita yang pada akhir- akhir ini seakan dinilai dengan 1001 kelemahan dan kekurangan. namun pada hakikatnya kita sendiri yang tahu dan mengerti bahawa semua tohmahan juga tanggapan itu berada di mana.
kebenaran sebenarnya wujud.begitu juga dengan kepalsuan,pembohongan,penipuan.semua itu wujud.penipuan terhadap diri sendiri adalah suatu yang tidak pernah cuba difikirkan oleh manusia yang kononnya "berakal".kerana terlalu taksub dan bangga dengan akal yang dikurniakan, mereka terlupa bahawa sebenarnya mereka tidak menggunakan pemberian tersebut.kebodohan ini akan membuatkan mereka akan lebih bodoh dari makhluk yang tidak dikurniakan akal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan