29 November 2011

Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah.Macam belum lewat sangat pun lagi untuk saya ucapkan selamat tahun baru kepada pembaca-pembaca saya yang beragama Islam.Amboi bukan main perasan punya ramai pembaca lagi,siap ada perasan ada pembaca dari kaum lain tu.Alah sekali sekala perasan apa salahnya kan.Bagi je la saya can ye.

Dan di tahun yang baru ni,semoga kita semua akan terus berada pada landasan kejayaan.Terus cemerlang kalau anda seorang pelajar dan pekerja.Terus untung kalau anda bos atau peniaga.

Tapi untuk berjaya atau cemerlang tu bukan datang bergolek wahai pelajar.Kalau saya tak tulis dan anda tak baca di sini pun semua orang tahu kejaya itu tak datang bergolek depan mata.Ia perlu usaha yang kuat.Niat yang jitu.Jadi cuba-cuba la muhasabah diri sikit,untuk tahun lepas,untuk semester lepas,apa sudah cukupkah usaha yang anda lakukan,apa sudah cukupkah kejayaan yang anda perolehi.Maka jadikanlah tahun lepas sebagai tauladan,pengajaran,titik sempadan dan teruskan usaha ke arah kejayaan sepertimana yang diharapkan.Bukan duduk berpeluk tubuh dan mengeluh sesalan,jangan hanya termenung mengharapkan yang secumpak akan jadi segantang.Ayuh bangun dan teruskan berjalan,teruskan perjuangan,mari mencapai kejayaan sepertimana yang dilaungkan dalam azan.Dan pastikan solat jangan dilupakan.

Sekian wassalam

24 November 2011

burung serindit

Disebabkan hari ni rasa kurang best,saya try cari sedikit inspirasi dengan melayari internet.Dan terlintas di fikiran tentang kampung halaman,teringat ketika melalui zaman kanak-kanak.Best juga bila dapat kembali ke masa lalu ni.Walau hanya kembali secara bayangan memori atau kenangan.Tapi tetap best.

Dan salah satu aktiviti yang saya lakukan adalah melastik burung.Burung Serindit.Oleh kerana saiznya yang comel,warnanya yang cantik,tingkahnya membuatkan ia jadi buruan.

Untuk melastik burung serindit,terdapat sepohon pokok jambu air di hujung kampung.Dan merupakan lokasi yang terbaik untuk dapat tangkap burung ini.Tapi sekarang pokok jambu tersebut mungkin sudah mati atau ditebang.Saya pu kurang pasti,sebab sudah lama saya tidak berpeluang untuk menjengah ke situ ketika balik kampung sekali sekala.Dan aktiviti melastik burung pun sudah tidak lakukan oleh kanak-kanak zaman sekarang.Mereka lagi suka melayan PS2,astro dan menambah peratus rayat yang mengalami obesiti di rumah masing-masing.

Motivasi hari ni,kita adalah dari pengalaman kita.Itu yang membezakan kita dengan orang lain.Pengalaman adalah ilmu.Jadi tuntutlah ilmu,bacalah buku,datanglah kelas.Itu semua kenangan.

23 November 2011

Nak jadi apa?buatlah pilihan anda

 
Aktiviti penulis semasa cuti di kampung sempena hari raya haji lepas.

Amboi hari ni intro siap letak gambar.Bukan setakat letak gambar,tapi siap mengaku diri seorang penulis lagi.Walaupun belum satu pun lagi buku dipublishkan,dah siap mengaku diri penulis.Tapi apa salahnya kan,sebab tu boleh jadi motivasi,mungkin dengan mengaku penulis tu akan mendorong diri betul-betul rajin menulis dan mencari idea untuk menulis.Sama juga dengan anda,apa salahnya kalau anda rasa anda bagus.Nanti mungkin dengan kata-kata tu anda betul jadi bagus.

Dan untuk entri kali ini,saya cuma nak tayang anak buah saya yang comel-comel ni je.Mereka ini lah anak buah yang saya ada setakat ni.Dini Humaira dan Zairul Haq.Anak kepada abang saya.Tapi dalam gambar ni saya kelihatan tak bersedia sangat bukan apa,sebab memberi arahan pada cameraman supaya cepat sikit.Maklumlah,budak-budak ni bukan boleh pegun pun.Sentiasa bergerak.Tapi tetap kacak kan.

Dengan itu,siap sudah penulisan saya untuk hari ini.Eh nak motivasi juga ye.Okay motivasi yang nak saya berikan pada kali ni adalah,kita akan jadi apa yang kita fikirkan.Ai tak percaya ye.Ha cuba la anda fikirkan anda seorang yang gila mulai pagi esok.Buat perangai macam orang gila.Tengok la apa jadi seminggu dua nanti,Paling kurang pun anda dah diwartakan gila oleh kawan-kawan.Jadi fikirlah anda seorang yang hebat dan bijaksana.Sebab anda aalah apa yang anda fikirkan.Sekian terima kasih dan salam motivasi.



18 November 2011

melentur buluh biarlah dari rebungnya

Untuk entri hari ni, Jumaat (18.11.2011).Padahal kalau tak tulis pun hari dan tarikh tu ia tetap keluar juga maklumat tentang bila post inii dipublishkan.Siap dengan jam lagi blogspot keluarkan.Saja nak bagi ada intro. Tapi saya tahu intro ni tak menarik pun.Intro ni tak mampu pun untuk menarik lagi ramai pembaca blog saya ni.Tapi takpe,sebab memang bukan semua orang bernasib baik.Bukan semua orang terpilih untuk menikmati hidup yang best.Dan bukan semua orang terpilih untuk dapat ilmu dari blog saya ni.Jadi anda yang membaca sekarang adalah insan yang terpilih.Tahniah.

Kali ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman semasa pergi solat Jumaat tadi.Mungkin ini boleh dijadikan sebagai suatu persoalan tentang nilai,tentang sistem,tentang budaya generasi akan datang.

Semasa sedang beratur untuk mengangkat wuduk, datang beberapa orang budak-budak dalam lingkungan umur 8 - 10 tahun.Saya hanya mengagak je la,mengikut fizikal mereka. Dan apabila mereka sampai di tempat orang ramai beratur,orang yang sedang mengambil wuduk sudah siap membasuh kaki.Dan budak tersebut terus saja ke paip itu dan mengambil wuduk.Tanpa mempedulikan orang yang beratur dari tadi.

Saya hanya memerhatikan saja gelagat budak tersebut.Tapi dimasa yang sama saya sudah mula bermonolog(bercakap dalam hati) serta terfikir-fikir tentang beberapa persoalan.Antaranya adalah,Kenapa budak-budak ni berperangai begitu?Macam mana didikan mereka terima selama ni?Adakah sistem pendidikan sekarang tak berkesan?Macam mana institusi keluarga mereka?Adakah mereka akan membesar dengan nilai begini?Dan macam-macam lagi persoalan.

Tiba-tiba budak tadi jatuh tergolek dek kelicinan lantai tempat wuduk itu.Saya senyum.Sebab dia dapat cash.Melentur buluh biarlah dari rebung.

17 November 2011

Anda baca,anda dapat

Ada kesempatan ni, update blog dulu la sebelum balik.Lagipun lepak ofis pun bukan dapat claim OT.Jadi tak boleh dikatogorikan makan gaji buta la kalau update blog time ni.Tapi kalau time kerja pun,jangan la kata saya makan gaji buta bila update blog.Sebenarnya ni adalah salah satu teknik saya mengajar juga.Sebab sepengetahuan saya sudah ramai pelajar-pelajar saya yang baca entri-entri saya ni.Syukur la.Boleh kongsi-kongsi ilmu.Kongsi-kongsi motivasi.Kan bagus kalau hidup bermotivasi.Yang untungnya diri sendiri juga.Yang untungnya anda juga kalau anda bermotivasi.Ada betul?Apa tak betulnya?

Cuba bayangkan anda langsung takde motivasi untuk ke kelas hari ni.Bayangkan saya langsung takde motivasi untuk datang kerja hari ni.Anda mungkin,bukan mungkin tapi sah ketinggalan satu topik untuk hari ni.Anda kehilangan markah untuk tugasan hari ni.Rugi kan?Saya pun sama,kalau saya takde motivasi untuk datang kerja hari ni,nasib tak baik kena bambu plus potong gaji.Rugi bang.

Jadi dengan itu,saya mengucapkan selamat bermotivasi.Jangan malas-malas la dik.Panjang sikit pun baca la.Jangan nak baca yang pendek-pendek je,yang ringkas-ringkas je,yang mudah-mudah je.Kalau dah ilmu lebih,kena la baca lebih sikit.Membaca kan jambatan ilmu.Semua orang akui.




15 November 2011

hidup bahagia

Salam bahagia pada semua.Apa?tak berapa bahagia?ala cakap je bahagia.Nanti bahagia la.Tu kan motivasi.Lagi pun anda sedang baca blog motivasi ni.Kalau takde motivasi jugak,baca sekali lagi.jangan malas baca(tajuk entri lepas).

Saya baru habis 1 kelas.Lukisan.Untuk pelajar semester 1.Tapi jelas di muka masing-masing macam tercari-cari jawapan kepada soalan apakah yang bakal berlaku untuk kelas ni.Adakah mereka akan disuruh menghasilkan lukisan,sedangkan mereka ada yang langsung tak pernah belajar melukis.Konflik dalaman tu,kalau diistilahkan dalam ilmu psykologi.Tapi takpe,saya akan cuba bantu konflik mereka semester ni.Lagi pun,mengajar adalah salah satu perkara yang saya lakukan yang membahagiakn saya.

Tapi sekarang ni,pengajar kena perlu lebih ikhlas dan kuat.Sebab zaman murid hormat cikgu,orang muda hormat orang tua sudah berlalu.Bila pelajar datang tanpa beri salam terus duduk.Bila teguran dianggap mengaibkan,bila hak asasi diperjuangkan melebihi nilai moral.Guru mesti kuat.

12 November 2011

Jangan Malas Baca

Salam.Apa khabar?Jawab la bagus.Jawab luar biasa bagus lagi bagus.Eh tapi mesti ada orang cakap saya tulis macam ni sebab meniru ayat Dr Tuah dari buku-bukunya yang saya baca.Itu pun kalau ada orang tahu saya baca buku-buku Dr Tuah.Mesti ada pun.Baca buku motivasi ni seronok.Tapi pelajar saya semalam terkejut bila saya cakap saya suka baca buku motivasi.Sah kena bebel nanti dia fikir.

Sebenarnya saya tak berapa kisah sangat pun kalau orang cakap meniru.Memang saya tiru pun.Anda pun boleh meniru.Tapi tiru la yang membawa kebaikan.Jangan tiru yang bukan-bukan.Jangan jadi sombong.Jangan malu tiru orang yang berjaya.Tapi malu jadi orang yang tak tahu nak buat apa.

Sejak akhir-akhir ni saya sudah dapat mengesan beberapa orang pelajar saya yang pernah baca dan sedang membaca blog saya ni.Jadi tu sebenarnya satu petanda yang bagus.Sebab mungkin mereka akan bertambah ilmu kalau terus membuka dan baca blog saya ni.

Dan ilmu yang pertama untuk entri kali ni adalah,saya nak bagitau bahawa, mengikut kajian yang telah dijalankan,purata rakyat malaysia hanya membaca dua jilid buku dalam setahun.Dua jilid buku.Dan itu sebenarnya sudah meningkat kalau dibandingkan dengan kajian pada tahun 1997,kerana pada masa tu purata rakyat malaysia membaca adalah hanya 2 helai muka surat sahaja setahun.Tapi saya harap keputusan kajian tu tak betul la.Sebab kalau banyak tu je yang dibaca,apa la nasib pelajar-pelajar kita.Macam mana nak dapat banyak ilmu.Kalau hanya dua buku saja yang dibaca setahun.Dah la membaca tu jambatan ilmu.Membaca tu yang menghubungkan kita pada ilmu.Harap pelajar saya rajin dan membudayakan amalan membaca.Baca blog saya ni pun jadi la.Ilmu juga ni.

Tadi saya sudah tempah 3 buah buku lagi.Kalau saya ada masa,saya kongsikan lagi ilmu yang saya baca.Selamat bermotivasi untuk semua