17 Januari 2012

Puisi malam

Puisi malam

hai ..aku mengeluh lagi
tapi apa aku peduli
walaupun sudah awal pagi
walaupun bukan normal jika begini
aku tetap anggap ia mesti
aku akan anggap ini diari
diari untuk hari ini
diari tentang siang tadi
siang yang telah aku lalui
dari pagi hingga terbenam mentari
tiada siapa yang mengerti
aku tetap dalam sepi
aku melangkah penuh misteri
sedang jiwa kian mati
kian jasad menti berdiri
kian kata terlontar pergi

berdiri entah punya tapak
berlayar sudah kehilangan ombak
menari bukan lagi ditemani rentak

berpuisi kini harapkan tidur
alam sunyi berteman dengkur
aku hanya impi terkubur

pintu dibuka satu petanda
pintu dibuka tanda petaka
pintu dibuka hadir celaka

apa aku ini siapa?
apa aku ini kenapa?
apa aku ini apa?

aku bukan sebodoh mereka
aku bukan sebodoh kau saja
aku masih ada rasa
aku masih punya jiwa
aku rela cari usaha
aku rela jadi raja
aku rela jadi juara
aku tetap naik tahta
lahir bukan untuk diperhamba
melainkan pada tuhan yang Esa.
                             (2.00 a.m - ruang beradu)

16 Januari 2012

X-Files

Sudah dua malam berturut-turut kami (saya dan hausemate) berbincang tentang satu kes.Tapi kes tersebut mungkin boleh dirungkai dan diselesaikan sekiranya siasatan diteruskan dan tidak berhenti ditengah jalan.

Dan apabila mengenangkan tentang kes yang tidak selesai,ada beberapa kes yang telah diklasifikasikan sebagai kes X-File dikalangan kami.Antaranya adalah kes kehilangan handphone salah seorang teman serumah saya masa zaman belajar dulu.Yang menjadikan kes tersebut rumit adalah kerana handphone tersebut hilang selang beberapa minit saja dari deringan panggilan masuk diterima dan orang yang ada di situ adalah saya.Saya juga begitu pasti takde tetamu datang pun masa tu,kecuali beberapa orang ahli rumah yang baru balik dari kelas dan yang nak pergi kelas.

Kes ke-2 pula berlaku di rumah hausemate saya sekarang.Juga melibatkan kehilangan.Tapi kali ni yang hilangnya adalah duit.Tiada tanda-tanda orang luar masuk rumah,kerana aktiviti dalam rumah sentiasa aktif.Kes hanya distatistikkan sebagai kes X-File.

Kalau nak ambil pengajaran dari kes-kes tersebut senang saja, setiap orang selain dari kita adalah orang lain.Punya pemikiran sendiri,sifatnya tersendiri,keinginan,marah,dendam,jahat,baik yang tidak diketahui oleh orang lain selain dirinya.


 

untuk Ahlam

DARI SURAH AL KAHFI:


Allah menceritakan kisah lelaki itu seperti firman-Nya dalam surah itu: “Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Zulkarnain. Katakanlah: ‘Aku akan bacakan kepadamu cerita mengenainya’. Sesungguhnya Kami memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, maka dia pun menempuh suatu jalan.

“Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut berlumpur hitam dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: ‘Hai Zulkarnain, kamu boleh menyeksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka’. Berkata Zulkarnain: ‘Adapun orang yang aniaya maka kami kelak akan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya’.” (ayat 83 hingga 87)

“Kemudian dia menempuh jalan (yang lain).. Hingga apabila sampai ke tempat terbit matahari (Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu,” (ayat 89 dan 90).

“Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu.

orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?’.

Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi’.

“Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar ku tuangkan ke atas besi panas itu’.

“Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melubanginya. Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar’,” (ayat 92 hingga 98).

Demikianlah secebis kisah mengenai Zulkarnain. Dalam rentetan perjalanan hidupnya, lelaki itu bertanggungjawab membina tembok bagi menghalang bangsa Yakjuj dan Makjuj mendatangkan angkara kepada manusia. Tembok binaan Zulkarnain itu hanya akan runtuh apabila dunia terlalu hampir dengan kiamat..

http://groups. yahoo.com/ group/malaysiari a/join


Misteri Yakjuj & Makjuj

Misteri: Yakjuj, Makjuj dikurung dalam tembok ajaib

Oleh Nasron Sira Rahim

DI sebalik pembinaan kota besar hasil kemajuan pembangunan dan kemodenan yang melanda hampir seluruh pelusuk dunia hari ini, masih terdapat satu kawasan rahsia di muka bumi ini yang menyimpan ribuan makhluk misteri. Sehingga kini, penerokaan demi penerokaan di seluruh kawasan bumi masih belum menemui wilayah asing itu sekali gus menyebabkan kewujudan makhluk terbabit tidak akan dikenal pasti pengkaji atau manusia umumnya.

Bagaimanapun, kewujudan makhluk itu adalah sahih dan suatu hari nanti, mereka akan muncul juga di hadapan manusia. Akan tetapi, ketika makhluk itu muncul, sudah terlambat untuk manusia berbuat apa-apa lagi. Tiada lagi kajian mengenai sejarah kewujudan atau penyelidikan sains dilakukan terhadap makhluk itu seperti penemuan artifak atau spesies baru ketika ini kerana sewaktu munculnya makhluk dikenali Yakjuj dan Makjuj itu, dunia sudah terlalu hampir dengan kiamat! Sejak dikurung ribuan tahun lalu, kewujudan dan lokasi ‘pusat tahanan’ Yakjuj dan Makjuj masih menjadi misteri kepada manusia.

Bagaimanapun, kewujudan dua makhluk itu adalah pasti lantaran ia dinyatakan dalam al-Quran serta tergolong dalam perkara ghaib yang wajib diimani manusia menerusi tanda besar berlakunya kiamat. Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (API-UM), Prof Madya Dr Fauzi Deraman, berkata Yakjuj dan Makjuj bukanlah berupa haiwan atau spesies lain sebaliknya ia adalah manusia yang berasal daripada keturunan Nabi Adam AS.

Katanya, mengikut hadis, bangsa Yakjuj dan Makjuj berasal daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh AS iaitu Yafis yang berkembang melewati masa sehinggalah Zulkarnain membina tembok bagi menghalang mereka keluar dari lokasi mereka. “Cerita mengenai sejarah Yakjuj dan Makjuj tertera dalam al-Quran menerusi surah al-Kahfi, ayat ke-92 hingga 98 manakala kebangkitan mereka dinyatakan dalam surah an-Anbiyaa’, ayat ke-96 dan 97,” katanya. Allah berfirman menerusi ayat surah al-Kahfi itu: “Kemudian dia (Zulkarnain) menempuh suatu jalan (yang lain lagi).

Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan.. “Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?’. “Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan peralatan), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka. Berilah aku potongan-potongan besi’. “Hingga apabila besi itu sudah sama rata dengan kedua-dua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar aku tuangkan ke atas besi panas itu. “Maka mereka tidak dapat mendakinya dan mereka tidak dapat melubanginya.

Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat daripada Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku (kiamat), Dia akan menjadikannya hancur luluh dan janji Tuhanku itu adalah benar’.” Dalam ayat surah an-Anbiyaa’ pula, Allah berfirman: “Hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj; dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan sudah dekatlah kedatangan janji yang benar (kaimat) maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang kafir. (Mereka berkata): ‘Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim’.”

Dr Fauzi berkata, selain dua surah al-Quran itu, terdapat banyak hadis kuat yang membicarakan mengenai Yakjuj dan Makjuj tetapi terdapat juga perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai ciri-ciri bangsa itu yang tidak diterangkan nas. “Hadis riwayat Imam Ahmad pula menerangkan ciri fizikal Yakjuj dan Makjuj yang antara lain bermuka bulat dan kulit kekuningan seperti wajah kebanyakan penduduk Asia Tengah. “Ulama juga cenderung mengatakan Yakjuj dan Makjuj berasal dan dikurung di benua Asia Tengah berdasarkan tafsiran ayat ke-90 dari surah al-Khafi yang menyebut Zulkarnain sampai ‘di tempat terbit matahari’ iaitu timur dunia,” katanya.

Pendapat lain menambah yang Yakjuj dan Makjuj berkemungkinan berasal daripada bangsa Tartar dan Mongul manakala lokasi tahanan mereka adalah kawasan pergunungan luas Caucasus. Beliau berkata, kebanyakan ulama menyatakan yang bangsa itu terus wujud sehingga kini tetapi dipisahkan daripada dunia manusia oleh Allah SWT menerusi tembok dibina Zulkarnain itu. Katanya, tugas bangsa itu setiap hari sejak ribuan tahun lalu adalah mengorek tembok itu untuk tembus ke dunia manusia tetapi Allah masih menghalang mereka dengan kembali meneguhkan benteng berkenaan sehinggalah hampirnya hari kiamat. “Allah akan mengizinkan tembok itu runtuh dan Yakjuj dan Makjuj bebas ke dunia manusia apabila hampirnya kiamat dan peristiwa itu menjadi satu daripada 10 tanda besar kiamat,” katanya. Yakjuj dan Makjuj juga muncul selepas kematian Dajal yang dibunuh Nabi Isa AS dan bangsa itu akan mendatangkan kerosakan besar di muka bumi.

Kekuatan mereka dikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga tiada sesiapa yang mampu menewaskan kumpulan itu. “Nabi Isa AS memerintahkan manusia yang masih beriman berlindung di pergunungan bagi mengelak menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj; baginda kemudian berdoa kepada Allah SWT dan Allah membinasakan mereka dengan mengutuskan ulat yang menyerang belakang badan golongan itu sehingga mati. “Selepas bangsa Yakjuj dan Makjuj mati serta menjadi busuk, Allah mengutuskan seekor burung besar untuk mengangkut dan membersihkan mayat itu dari bumi,” katanya.

Menyoroti dalil kewujudan Yakjuj dan Makjuj, manusia seharusnya yakin mempertahankan akidah Islam dan tidak bertangguh memohon keampunan dan keredaan Allah kerana mereka yang masih lalai adalah golongan yang diterangkan dalam surah an-Anbiyaa’ di atas seperti firman-Nya: “(Mereka berkata): ‘Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim’.” FAKTA Yakjuj dan Makjuj Ketika kemunculannya, mereka dikatakan akan menuju ke sebuah tasik di Palestin dan akan minum air tasik itu sehingga kering. Memiliki zuriat yang ramai dan dikatakan tidak akan mati sehingga melahirkan lebih 1,000 zuriat.

Tiada siapa mampu menewaskan mereka dan hanya binasa dengan kekuasaan Allah. Muncul selepas turunnya Nabi Isa AS dan Dajal. Dalam sebuah hadis, Rasulullah menyatakan kebimbangannya apabila pada zaman baginda, Yakjuj dan Makjuj dikatakan sudah berjaya menebuk benteng Zulkarnain sebesar bulatan dibentuk ibu jari dan jari telunjuk

7 Januari 2012

pesan pengembala






















pesan pengembala

wahai lembu lembu ku
tolong jaga tingkah mu
jangan sekali merugikan hidup mu
jangan sekali kali merugikan aku

wahai lembu lembu ku
hidup aku ehsan kamu
tapi jangan kamu tahu
dan jangan kamu guna akal mu

wahai lembu lembu ku
perahkan keringat mu
nanti aku berikan tali baru
untuk motivasi sahabat mu

wahai lembu lembu ku
jangan dengar cakap orang
terus setia untuk aku
akan aku anugerahkan pangkat untuk mu

wahai lembu lembu ku
dengarlah arahan dari pemimpin mu
pemimpin yang juga dikalangan kamu
pemimpin dari seekor lembu


6 Januari 2012

minda pengarang;amboi

Selamat pagi Malaysia(perasan rakyat Malaysia semua baca blog ni).Tak kesah la ada orang baca atau tidak,sebab menulis ni untuk kepuasan sendiri.Setiap orang ada caranya tersendiri dalam menilai kepuasan.Memancing,menyanyi,tidur dan sebagainya.Tak kurang juga yang puas bila melihat orang jatuh,mengniaya orang,memerhatikan orang untuk diperkatakan.Masyaallah macam-macam manusia.

Macam yang bertiup kenyang dalam minggu ni,kisah seorang pelajar cemerlang,pelajar terbaik SPM 2004, Nur Amalin Che Bakri. Bukan main rancak lagi rakyat kita ni perkatakan.Macam-macam benda disiasat,macam-macam gambar dicari dan disebarkan,macam-macam lagi la pendek kata.

Itu semua diperkatakan sebab melibatkan perkara yang kurang baik.Perkara negatif.Perkara yang mungkin akan menjatuhkan beliau dari segi pencapaian,moral dan juga maruah.Bayangkan kalau Amalina ni buka sebuah perniagaan seperti butik atau restoran, saya berani jamin orang perkatakan tidak serancak sekarang.Sebab kalau diperkatakan sangat,nanti akan lebih dikenali perniagaannya dan bertambah maju la beliau.Mana ada orang kita nak tengok orang lain maju.Ada betul?

Tapi oleh kerana orang kita tak suka kalau tengok kita maju,kita senang,kita gembira,maka kita terpaksa la majukan diri sendiri.Jangan harapkan orang.Sebab orang sedang mencanang macam-macam untuk jatuhkan kita.Setiap langkah kita orang perhatikan kalau-kalau ada sumbang untuk dijatuhkan,bahkan lirikan mata pun orang perhatikan pada siapa kita lontarkan mana tahu dapat cerita direka dan dikaitkan.Nasib baik semalam saya pakai sunglasses.hehe

Jadi jagalah diri,jaga penampilan dan mulalah langkah sekarang untuk memajukan diri.Biar gagal selepas mencuba daripada gagal sebelum buat apa-apa.

3 Januari 2012

Hadiah Istimewa

Hadiah Istimewa

andai aku bisa tolak
andai aku bisa tolak
andai aku bisa tolak
nescaya aku akan tolak
nescaya aku akan tolak
kerna itu bukan kehendak
kerna itu bukan yang ku mintak
tapi aku tidak bisa tolak

terima kasih juga patut ucap
terima saja apa yang dapat
pemberian nilai tiada nampak
pemberian nilai ada sebab
pemberian nilai itu nikmat
Allah jua Maha Mengetahui
akan hadiah istimewa yang hakiki
terima kasih sekali lagi

~

suatu hari yang pasti
semua jua akan mengerti
siapa saja akan akui
walau mereka langsung tiada peduli
walau mereka terlalu mengasihi
Shahrul Anuar akan diingati
untuk setiap yang mengenali
untuk mereka seperti kami
Shahrul Anuar akan ditangisi
pada setiap yang peduli
pada mereka yang menyayangi

hari berganti tanpa henti
bulan bertukar tanpa peduli
tahun berubah
usia kian bertambah
Shahrul Anuar tiada resah
Shahrul Anuar tiada resah
Saharul Anuar mungkin resah
akan dunia yang diredah
akan nikmat yang diratah
dan bagaimana akan sudah?

bicara malam penuh sepi
bicara malam milik hati
andai boleh tempat diganti
andai berpeluang untu beri
biar Shahrul Anuar merasai
biar Shahrul Anuar melalui
biar Shahrul Anuar dapat menikmati
walau hanya sekali
walau hanya sehari
walau mungkin bawa mati
yang Esa juga Maha Mengetahui
                                      (03.01.12-00.51a.m)

Puisi Malam

Puisi Malam

malam sudah kian kelam
pagi sudah hampir terang
masih aku berguling di tilam
sedang mata hanya pejam
padahal akal masih melayang
padahal akal masih berjalan
dari siang bertukar malam
entah apa yang difikirkan
entah apa yang terfikirkan
entah apa bakal menjelang
meraba kertas kertas usang
mencapai pena sebatang
biar apa kata orang
biar gugur semua bintang
biar punah terang bulan
biar aku dengan puisi malam
asal tiada aku jaga lagi
asal teman aku mimpi
asal aku bangkit nanti

dengung siang sudah hilang
soal persembahan pula datang
apa betul ada sukatan?
apa cuma kambing hitam
jadi alas segala jawapan
sedang tiada satu borang
dari lahir sampai kapan
semua ikut seru setan
buat apa asal kenyang
buat apa asal menang
             (31.12.2011-1.42a.m)