25 Mei 2012

cerita selepas mati

Seandainya sekarang saya sudah pun meninggal dunia. Dan sekarang ini juga adalah penulisan saya selepas mati akibat dilanggar kereta, saya rasa saya nak cerita tentang satu perkara. Iaitu perkara yang sebenarnya merupakan petanda yang saya mungkin akan mati.

................

Sudah dua hari berturut-turut saya melakukan perkara yang sama. Dan saya mula fikir untuk menceritakannya. Tapi apa gunanya,sebab benda belum berlaku lagi.

Ketika saya berhenti ditengah-tengah jalan untuk membelok di simpang masuk ke rumah saya sejak dua hari yang lalu, saya terasa umur saya sudah tidak panjang lagi. Kerana saya rasa akan dilanggar kereta-kereta yang dipandu laju dari arah belakang saya.

Dengan keadaan motorsikal saya yang lampu signalnya sudah tidak berfungsi dan cermin sisi juga sudah tidak ada, saya hanya berserah saja kepada takdir Ilahi.

Namun apabila saya terasa mungkin akan dilanggar, saya terus memecut motor masuk ke simpang dan sebenarnya juga membahayakan. Kerana mungkin saya akan dilanggar dari hadapan atau saya sendiri yang akan terbabas ke longkang.

Tapi  itu semua cerita kalau saya sudah mati selepas hari ini. Saya ingin bagitahu pembaca dan kawan-kawan saya, bahawa saya sudah pun terfikir tentangnya. Dan saya rasa semua orang yang telah meninggal dunia juga mempunyai perasaan atau rasa yang sama. Merasa sesuatu akan menimpanya, tapi dia tidak menceritakan kepada sesiapa kerana merasakan itu adalah mengarut saja.

Tenyata mati bukan satu perkara yang sanggup dihadapi lagi, apabila saya cuba untuk drive datang kerja. Tak bawa lagi motor yang side miror dan signal yang tidak berfungsi itu. Tapi itu juga tidak menjaminkan bahawa saya tidak akan mati hari ini.

wasalam...

Tiada ulasan: