2 November 2012

Buah Tangan

Sebagai intro

Setiap idea penulisan yang saya lakukan biasanya adalah berkaitan dengan apa yang berlaku berhampiran saya atau memang saya alami sendiri. Tentang apa yang inigin saya perkatakan atas tujuan tertentu.Orang atau organisasi yang berkaitan dengan saya adalah merupakan mangsa kritikan saya dulu,kini dan selamanya.

Dan kini,saya hanya tinggal bersama keluarga dan orang-orang yang saya tidak bercadang untuk mengkritik mereka di sini.Dengan sebab itu jugalah,sejak akhir-akhir ini sudah agak kurang entri-entri baru saya.

Takkan pula saya nak ceritakan tentang masalah didikan anak-anak yang salah, kasta dalam keluarga, tanggungjawab suami isteri, solat, hukum hakam dan sebagainya.

Kalau dulu saya bercerita tentang organisasi yang saya ada di dalamnya, yang saya tahu sistem pengurusannya, yang saya boleh agak apa perangcangannya, yang saya dapat mengkritik keegoannya, dan yang saya berpeluang untuk membetulkannya. Jangan risau,saya tidak akan berselindung organisasi mana yang saya maksudkan. PTPL Ampang dan MSU.

Jadi kalau ada pihak yang ingin mendapat maklumat secara telus mengenai organisasi ini,jangan tanya orang lain. Sebab mereka akan tipu anda. Sama seperti semasa mereka menipu proses MQA dan MyQuest. Begitu juga dengan menipu pelajar dan keluarga dangan kualiti yang sebenarnya langsung mereka tidak sediakan untuk pelajar-pelajar yang membayar yuran pengajian berpuluh ribu di pusat pengajian mereka.

Tukar cerita

Ketika baring-baring atas tilam pagi tadi, saya buka Berita Harian online. Apa yang tertarik oleh pandangan saya dalam banyak-banyak tajuk utama adalah tentang pengiktirafan cemerlang terhadap IPT tempatan. Yang dipanggil sistem penarafan SETARA. Mungkin bagi mereka yang bukan dalam bidang pendidikan agak asing dengan benda ni. Tapi bukan bagi saya. Namun saya tidak bercadang untuk menjelaskan apa itu SETARA di sini.

Apa yang saya ingin perkatakan adalah, saya tidak jumpa perkataan MSU dalam artikel dalam Berita Harian itu. Adakah sebab skrin handphone saya tidak cukup besar atau memang nama MSU tidak diperkatakan. Maklum saja,mereka memang tidak mementingkan kecemerlangan pun. Sedangkan penarafan SETARA adalah untuk yang cemerlang.

Dan itu juga sebenarnya suatu perkara yang baik,kerana sekurang-kurangnya tidaklah dicanang setiap kali majlis konvo dan sebagainya sehingga naik bosan staff yang dipaksa mendengarnya. Padahal sebelum itu,para staff dipaksa untuk menipu segala data supaya diiktiraf cemerlang. Buat malu staff pada diri sendiri saja. Kecuali bagi mereka yang betol-betol bodoh dan tiada rasa malu.

Publisiti

Malam tadi saya melalui jalan Seksyen 13 ke Tesco Extra Shah Alam, saya terpandang bangunan berhantu MSU. Kenapa saya kata berhantu? Sebab bangunan yang dibina dengan hasil usaha yang menipu dengan mengutip duit dari pelajar yang terpaksa berhutang sedangkan mereka akan keluar dengan keadaan yang naif saja apabila tamat pengajian nanti.

Padahal kalau duit yang dikutip itu dilaburkan sedikit untuk menambahbaik keperluan kolej-kolej PTPL bagi menjadikan sistem yang dicanangkan lebih baik. Sediakan prasarana,tenaga pengajar. Beri latihan dan gaji yang setimpal supaya pensyarah. Bukan memaksa para pensyarah untuk belajar dalam satu malam untuk mengajar pelar esok hari. Mana mutu dan kualiti yang dicanangkan?

Tapi apa yang saya fikirkan malam tadi adalah, supaya jaganlah MSU ini meletup atau terbakar. Sebab kalau itu yang terjadi,mereka akan mendapat publisiti murahan dan akan lagi berpeluang untuk menipu dengann lebih rancak lagi. Biarlah ia terus jadi bangunan hantu yang tiada pelajar terus kena tipu.

Tiada ulasan: