Di saat ragaku sudah tidak bernyawa lagi dan menutup mata ini untuk yang terakhir
Di saat nafasku sudah tidak berhembus lagi kerna sungguh cinta ini cinta sampai mati
Cintaku sedalam samudra setinggi langit di angkasa kepada mu
Cintaku sebesar dunia seluas jagatraya ini kepada mu
Bismillahirohmanirrahim.Syukur Alhamdulillah kerana saya masih diberi kesempatan untuk menulis entri motivasi lagi kali ini.Begitu juga dengan anda yang masih lagi mendapat nikmat untuk mampu membaca entri ini.Alhamdulillah.
Setelah tiga bulan saya meninggalkan rutin hidup sebelum itu, terasa nikmat Allah memang sangat manis. Selagimana kita bersyukur dengan hidup dan percaya akan ketentuanNya. Tiada apa yang dapat diubah melainkan dengan kehendak dan kuasaNya .
Teringat saya pada suatu ketika dahulu,seruan dari mereka yang tidak sedar diri,tidak sedar bahawa mereka juga manusia biasa yang juga akan dihisab di depan Allah di Akhirat nanti. Permintaan supaya saya berubah.Bila difikirkan kembali, perubahan yang diminta terhadap saya itu sebenarnya tidak terlalu terkesan kalau dibandingkan andai perubahan itu dilakukan oleh pihak yang meminta itu.
Setakat ini,mungkin anda belum jumpa lagi ayat yang boleh diangkat sebagai ayat motivasi. Memang benar.Sebab secara tidak sengaja saya masih terbawa-bawa kepada emosi yang kurang bermotivasi saya sebelum ini.Atas desakan-desakan tertentu.Atau juga faktor persekitaran.
Hari pertama saya masuk kebun /dusun buah-buahan ayah saya, semak samun begitu tinggi sekali.Sehingga pokok-pokok yang ditanam dilitupi oleh tumbuhan hutan ;kebun tersebut sudah tidak dijaga sejak lima tahun lalu kerana ayah saya sakit dan tidak dapat berkerja. Manakala anak-anak pula berada di kota dan sibuk dengan kerja masing-masing. Termasuk saya, yang menyambung belajar dan seterusnya terus berkerja di Lembah Klang.
Dengan hanya sebilah parang, berdiri di tepi jalan dan mengadap hutan kebun seluas tujuh ekar adalah sesuatu yang meruntun semangat.Perasaan ingin patah balik dan tonton TV di rumah lagi menebal berbanding meredah hutan tebal itu.
Namun saya gagahi juga untuk tidak berpatah balik.Berpegang pada resam ‘sikit-sikit,lama-lama jadi bukit’ saya meredah dengan membuat denai sebagai laluaan masuk ke setiap pokok durian,dokong,cempedak dan petai dalam kebun itu.
Keesokan harinya pula, jalan sudah tidak perlu di tebas lagi semak samun, jadi saya sudah boleh menebas kawasan bawah pokok durian pula supaya senang nanti mengutip buah apabila durian mula gugur.Begitulah di hari-hari yang seterusnya, apabila kawasan ditebas semakin luas dan semakin luas.Bukan setakat bawah pokok durian,malah pokok petai,pokok dokong,pokok cempedak juga. Semak yang seluas tujuh ekar semakin berkurangan dan sempit dengan usaha yang sedikit-sedikit dan penuh kesabaran.
Begitu juga dengan usaha yang anda sedang lakukan sekarang. Jika anda seorang pelajar.Jika anda seorang musafir.Jika anda sesiapa saja.Masalah akan dapat ditangani dengan kelembutan. Dengan cara halus. Dengan gigih.Bayangkan,kalau saya mahu menebas hutan seluas itu dalam tempoh satu hari. Bukankah masalah tu? Bayangkan anda dalam perjalanan beribu kilometer dalam masa 10 minit sebab bosan duduk dalam kenderaan. Bukankah haru jadinya?Bayangkan anda seorang pelajar,yang masuk satu kelas saja sudah ingin pandai segalanya. Pandaikah macam tu?
AES dan SAMAN EKOR
Dalam bulan-bulan yang lepas, banyak diperkatakan oleh pihak-pihak NGO,politik dan juga orang perseorangan tentang AES( system penguatkuasaan automatic) yang dilancarkan oleh JPJ bagi mengesan pesalah-pesalah lalulintas iaitu kesalahan memandu laju dan juga melanggar lampu isyarat.
Setelah pelbagai kritikan dari pihak yang tidak senang dengan system ini, begitu juga dengan penjelasan bersilihganti terpampang di dada-dada akhbar arus perdana.Namun ternyata pihak kerajaan akan mendapat kemenangan ‘pertelagahan’ itu. Kerana mahu tidak mahu, ianya tetap dilaksanakan juga.Keadaannya hampir sama dengan isu pembelajaran subjek matematik dan sains dalam bahasa inggeris suatu ketika dulu. Menteri pendidikan pada masa itu menang. Tapi akhirnya sudah umumkan menarik balik program itu. Dan ia merupakan projek percubaan yang boleh dikatakan gagal.
Berbalik pada AES, dengan penjelas yang diberikan pada satu artikel,maka saya berasa tidak keterlaluan kerajaan memasang system ini. Kerana mengikut artikel tersebut, setiap kamera AES yang dipasangakan diberitahu kepada pengguna jalanraya melalui dedahan akhbar dan juga papan tanda tepi jalan. Dengan itu dapat sentiasa memberi amaran kepada pengguna jalanraya supaya berwaspada selalu supaya tidak melebihi had laju dan seterusnya tertangkap oleh kamera AES tersebut.
Saya mula berfikiran positif dengan usaha kerajaan dalam menangani kemalangan maut.Jadi mengapa banyak pihak yang tampil untuk mempesoalkan? Apakah mereka punya agenda yang lain? Saya senyum.
Ketika melalui lebuhraya PLUS,saya hanya mengekalkan kelajuan kereta antara 100-110 km/j saja kerana mungkin kalau saya terlepas pandang papan tanda yang mengatakan ada kamera AES di hadapan sekalipun,saya tidak melebihi had laju. Sekiranya melebihi had laju,saya akan disaman sebanyak RM300.00. dengan keadaan ekonomi sekarang, agak ralat juga sekiranya terpaksa membayar saman sebanyak itu.
Namun disebalik berhati-hati saya itu tiba-tiba ada flash menyambar ketika saya melintasi satu kawasan. Saya tergamam dan spontan melihat meter kelajuan kereta saya. 100 km/j. Tapi kenapa flash tu menyambar?
Jawapannya saya dapat setelah beberapa kilometer dari tempat kejadian,apabila papan tanda di tepi jalan memberitahu bahawa had laju kawasan tersebut adalah 90 km/j. Ntah bila perubahan had laju dari 110 km/j kepada 90 km/j. Terima kasih kerajaan Malaysia.
Beberapa minggu kemudian, surat saman secara berdaftar telah sampai ke alamat rumah saya di kampung. Dan lebih mengecewakan selang beberapa hari selepas itu, satu lagi surat saman melanggar had laju sampai ke tangan saya. Dan kali ini sekali lagi mampu membuatkan saya tersenyum kerana, kesalahan saya adalah memandu dengan kelajuan 82 km/j pada kawasan had laju 60 km/j.
Mungkin anda tertanya-tanya kenapa saya tersenyumkan? Sebab kalau sudah ditakdirkan akan kena saman dan melayang RM300,macam mana mengelak sekalipun akan kena saman juga. Mungkin satu hari nanti saya akan kena saman kerana memandu 60 km/j di kawasan had laju 30 km/j.
Keranamu Malaysia, BN akan kehilangan satu undi dari saya.