3 Januari 2013

SATUJANUARIDURIBUTIGABELAS


Sempena dengan hari ini adalah tanggal 1.1.2013,saya juga mengambil kesempatan untuk menulis dengan feel tahun baru ini sepertimana yang diuar-uarkan di corong-corong radio dan juga television. Semuanya bercerita tentang azam tahun baru dan azam yang tidak kesampaian bertahun-tahun lepas.

Tidak kurang juga dengan peristiwa-peristiwa pahit manis sepanjang tahun lepas. Peristiwa yang baik mahupun tragedi-tragedi tragis yang tercatat dalam lipatan sejarah dan meninggalkan kesan terutamanya kepada yang terlibat secara langsung.

“ada hikmat,ini suratan takdir,sabar,redha”
Antara ungkapan-ungkapan yang selalu diungkapkan oleh mereka yang tidak merasa kepayahan jiwa yang menanggungakan dugaan menimpa itu.Padahal ungkapan yang klise itu tidak mengubah apa-apa pun dari berlaku dan berlalu.

Maaf la kalau kali ini pembaca saya tidak faham tentang apa yang ingin disampaikan oleh saya. Kerana entri ini adalah tanda menyelar kejujuran manusia ketika menemui seorang teman yang diuji Allah.Kerena mereka juga akan meratap sehabisnya,akan menyelongkar semahunya,akan menyalahkan sebolehnya andai musibah menimpa pada mereka. Dan akhir sekali berpura-pura akur ini adalah ketentuan-Nya.

Maaf juga kerana saya sudah tidak lagi memerlukan persetujuan para pembaca saya dalam menulis.Tidak perlu lagi ungkapan ;betul juga,mengarut betul,tipu,benar,saya setuju,saya tak setuju dan lain-lain. dalam hati para pembaca semasa membaca baris ayat-ayat saya. Sebabnya, kalau anda merasakan anda betul,begitu juga saya. Saya merasakan saya betul.

********

Jam 3.00, TV3, Isnin hingga Jumaat-LEGACY

Salah satu rancangan television yang saya tonton.Menceritakan tentang persaingan untuk mendapatkan kedudukan tertinggi dalam sebuah syarikat oleh tiga saudara perempuan.

Saya melihat dari sudut dunia sebenar yang saya lalui sekarang, selain dari diri sendiri,saya sudah tidak tahu lagi apa rancangan orang lain untuk terus hidup. Adakah mereka sedang menghianati saya?Adakah mereka sedang menyokong saya? Tapi atas alasan apa?  Kalau pun sedang menyokong, adakah ianya akan menjadi ‘sokong yang membawa rebah’ saja? Jika mereka bersekongkol dengan yang akan menjatuhkan saya.

Ah otak positif patut merembes hujah bagi menutupi kebenaran bahawa saya sedang dikhianati ni. Cerita ini akan jadi sangat rumit selagi watak jahat terus wujud dan tidak diketahui oleh watak utama. Hero. Dan seperti sedia maklum,dalam cerita saya ni,saya lah heronya. Siapa watak jahatnya?Adakah salah seorang dari anda yang membaca blog saya?Jawapannya ‘YA’.



Jadi azam tahun 2013 saya adalah, saya betul.

Tiada ulasan: