Selamat hari Ahad (hari aku tulis), tapi sebenarnya lagi
molek kalau ucap “selamat berpuasa”. Sebab hari ni sudah hari ke-19 kita
berpuasa. Lagi sepuluh hari, Insy Allah akan menyambut hari raya pula. Baik aku
buat ucapan awal-awal,supaya takde la dah raya ke-19 baru nak ucap. Al maklum
la,bukan selalu ada peluang untuk blogging macam ni.
Dengan ini aku/saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA
AIDILFITRI,Maaf Zahir dan Batin. Panjang sikit la kan?
“okey,kepada
kenalan,pembaca setia yang tertunggu-tunggu dan juga kepada yang terbaca. Saya
mohon maaf ye. Maaf tau. Macam gedik la pulak rasa. Tapi apa-apa pun,saya
ikhlas minta maaf ni “
Memang dah lama sangat aku tak update blog ni,dah rasa
janggal pulak nak menulis. Tengok pulak si FL tu makin rancak je blogging,rasa
jeles la pulak. Tu yang gagahkan diri untuk menaip,walaupun puasa ni. Hehe
(macam la kerja berat sangat)
Ada yang tertanya-tanya ker siapa atau apa si FL tu? Kalau
google,mungkin ada macam-macam result jugak kot. Mungkin keluar Proton Saga FL
salah satunya. Tapi yang pastinya itu bukan yang aku maksudkan. FL tu adalah
seorang bloger(awek) yang femes jugak la kot. Sebab aku tengok komen ramai je
kat entri-entri dia.
Cukup la kot cerita pasal FL tu. Nanti makin femes pulak die(ni la salah satu
ciri-ciri hasad dengki). Gurau je la,sebenarnya aku macam nak berkongsi benda
lain untuk update entri kali ni.
Selepas lebih dua minggu berpuasa, aku rasa kalau nak update
status kat FB,ada la beberapa statement kot akan aku postkan. Salah satunya
“Ramadhan Yang Hilang”. Ye memang aku tiru tajuk drama kat TV3 pun,tapi
ceritanya tak sama dengan drama tersebut la.
Sebab Ramadhan tahun ni aku terasa macam ada yang hilang la
dari hidup aku (fuh bunyi macam serius). Tapi apa yang aku maksudkan dengan
kehilangan tu takde la serius sangat pun. Memandangkan tahun ini aku berpuasa
ditempat baru,negeri lain,orangya juga mempunyai adat-adat dan budaya yang lain
sedikit dari tempat asal dan aku biasa. Sedikit sebanya ada la yang hilang pada
Ramadhan kali ini untuk aku.
Tak dapat tangkap lagi apa yang cuba aku sampaikan?
Takpe,itu biasa je bagi orang melayu. Terlebih berkias,dan terlebih pulak
Blurnya. Ha tu pun tak faham lagi kan? Yang terlebih berkias tu aku la,manakala
yang terlebih blur tu pulak,……… baru je mintak maaf kat atas tu,kat bawah ni
dah mengata orang blur pulak. Hehe
Okey berbalik pada cerita asal tadi. Apa? Dah lupa? Pasal
Ramadhan yang hilang tu la. Hehe(ni la gilanya seorang blogger,suka cakap
sorang-sorang)
Sehingga ke hari ini,aku masih belum dapat makan kuih Akok,
Sekaya, kerabu perut, pari bakar, solok lada, puding karamel, gulai kawah, ayam percik
dan beberapa lagi sebagai hidangan berbuka puasa. Sedih kan kawan-kawan?
Apa? Korang tak tau pulak akok tu apa? sekaya tu macam mana?
Lantak la anda,malas aku nak detailkan semua tu. Orang tengah frust sebab tak
dapat makan semua tu, korang sibuk pulak nak tau benda tu macam mana.
Tahun ni aku berpuasa kat kampung isteri(dah kawen) kat
Johor. Seperti yang semua sedia maklum la,kalau kat Johor ni orangnya
berketurunan seberang laut sana(cover). Jadi di bazar-bazar Ramadhannya hanya
ada Lontong,tempe, soto dan macam-macam lagi la yang aku pun tak reti nak
sebut,apatah lagi nak makan. Epot-epot(karipap) pun dijual dibazar Ramadhan.
Kalau kat tempat aku,tu makanan bukan bulan puasa tu.
Yang tambah lagi parah kehilangannya bila berbuka takde nasi
sebagai hidangan. Hidang lontong je. Bila aku terkial-kial kepelikkan dengan
semua tu,pandai pulak gelakkan aku. Padahal masa aku masakkan ikan siakap stim,
tapi dapat tau bukan selera mereka. Aku rasa bersalah sangat dan tak nak masak
lagi resipi tu.
Oleh kerana aku kehilangan juadah-juadah Ramadhan aku,maka
aku juga tak nak terima juadah Jawa kat sini dalam hidup aku. Biar adil
kan?Takkan makanan aku, mereka tak terima.Tapi makanan mereka,aku nak terima
pulak. Walaupun aku minority kat sini. Terimalah dendam seorang yang sedang
berpuasa ini. Huh
Akhir sekali, selamat berbuka puasa untuk semua. Nikmatilah
kegembiraan pertama bagi orang yang berpuasa,iaitu ketika berbuka puasa.
Sementara masih ada peluang menikmatinya(juadah kesukaan terutamanya.huhu). Dan
semoga dapat juga menikmati kegembiraan kedua bagi orang berpuasa,iaitu ketika
mengadap Tuhan mereka nanti. Amin…..