29 Julai 2013

entri baru



Selamat hari Ahad (hari aku tulis), tapi sebenarnya lagi molek kalau ucap “selamat berpuasa”. Sebab hari ni sudah hari ke-19 kita berpuasa. Lagi sepuluh hari, Insy Allah akan menyambut hari raya pula. Baik aku buat ucapan awal-awal,supaya takde la dah raya ke-19 baru nak ucap. Al maklum la,bukan selalu ada peluang untuk blogging macam ni.

Dengan ini aku/saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,Maaf Zahir dan Batin. Panjang sikit la kan?
“okey,kepada kenalan,pembaca setia yang tertunggu-tunggu dan juga kepada yang terbaca. Saya mohon maaf ye. Maaf tau. Macam gedik la pulak rasa. Tapi apa-apa pun,saya ikhlas minta maaf ni        

Memang dah lama sangat aku tak update blog ni,dah rasa janggal pulak nak menulis. Tengok pulak si FL tu makin rancak je blogging,rasa jeles la pulak. Tu yang gagahkan diri untuk menaip,walaupun puasa ni. Hehe (macam la kerja berat sangat)

Ada yang tertanya-tanya ker siapa atau apa si FL tu? Kalau google,mungkin ada macam-macam result jugak kot. Mungkin keluar Proton Saga FL salah satunya. Tapi yang pastinya itu bukan yang aku maksudkan. FL tu adalah seorang bloger(awek) yang femes jugak la kot. Sebab aku tengok komen ramai je kat entri-entri dia.

Cukup la kot cerita pasal FL tu. Nanti  makin femes pulak die(ni la salah satu ciri-ciri hasad dengki). Gurau je la,sebenarnya aku macam nak berkongsi benda lain untuk update entri kali ni.
Selepas lebih dua minggu berpuasa, aku rasa kalau nak update status kat FB,ada la beberapa statement kot akan aku postkan. Salah satunya “Ramadhan Yang Hilang”. Ye memang aku tiru tajuk drama kat TV3 pun,tapi ceritanya tak sama dengan drama tersebut la.

Sebab Ramadhan tahun ni aku terasa macam ada yang hilang la dari hidup aku (fuh bunyi macam serius). Tapi apa yang aku maksudkan dengan kehilangan tu takde la serius sangat pun. Memandangkan tahun ini aku berpuasa ditempat baru,negeri lain,orangya juga mempunyai adat-adat dan budaya yang lain sedikit dari tempat asal dan aku biasa. Sedikit sebanya ada la yang hilang pada Ramadhan kali ini untuk aku.

Tak dapat tangkap lagi apa yang cuba aku sampaikan? Takpe,itu biasa je bagi orang melayu. Terlebih berkias,dan terlebih pulak Blurnya. Ha tu pun tak faham lagi kan? Yang terlebih berkias tu aku la,manakala yang terlebih blur tu pulak,……… baru je mintak maaf kat atas tu,kat bawah ni dah mengata orang blur pulak. Hehe

Okey berbalik pada cerita asal tadi. Apa? Dah lupa? Pasal Ramadhan yang hilang tu la. Hehe(ni la gilanya seorang blogger,suka cakap sorang-sorang)
Sehingga ke hari ini,aku masih belum dapat makan kuih Akok, Sekaya, kerabu perut, pari bakar, solok lada, puding karamel, gulai kawah, ayam percik dan beberapa lagi sebagai hidangan berbuka puasa. Sedih kan kawan-kawan?

Apa? Korang tak tau pulak akok tu apa? sekaya tu macam mana? Lantak la anda,malas aku nak detailkan semua tu. Orang tengah frust sebab tak dapat makan semua tu, korang sibuk pulak nak tau benda tu macam mana.

Tahun ni aku berpuasa kat kampung isteri(dah kawen) kat Johor. Seperti yang semua sedia maklum la,kalau kat Johor ni orangnya berketurunan seberang laut sana(cover). Jadi di bazar-bazar Ramadhannya hanya ada Lontong,tempe, soto dan macam-macam lagi la yang aku pun tak reti nak sebut,apatah lagi nak makan. Epot-epot(karipap) pun dijual dibazar Ramadhan. Kalau kat tempat aku,tu makanan bukan bulan puasa tu.

Yang tambah lagi parah kehilangannya bila berbuka takde nasi sebagai hidangan. Hidang lontong je. Bila aku terkial-kial kepelikkan dengan semua tu,pandai pulak gelakkan aku. Padahal masa aku masakkan ikan siakap stim, tapi dapat tau bukan selera mereka. Aku rasa bersalah sangat dan tak nak masak lagi resipi tu.

Oleh kerana aku kehilangan juadah-juadah Ramadhan aku,maka aku juga tak nak terima juadah Jawa kat sini dalam hidup aku. Biar adil kan?Takkan makanan aku, mereka tak terima.Tapi makanan mereka,aku nak terima pulak. Walaupun aku minority kat sini. Terimalah dendam seorang yang sedang berpuasa ini. Huh

Akhir sekali, selamat berbuka puasa untuk semua. Nikmatilah kegembiraan pertama bagi orang yang berpuasa,iaitu ketika berbuka puasa. Sementara masih ada peluang menikmatinya(juadah kesukaan terutamanya.huhu). Dan semoga dapat juga menikmati kegembiraan kedua bagi orang berpuasa,iaitu ketika mengadap Tuhan mereka nanti. Amin…..

Tiada ulasan: