1 Mac 2011

SELAMAT HARIJADI

Salam.Hari ni sudah pun masuk bulan Mac.1 March 2011.Bulan ketiga setiap tahun.Dan bagi yang menyambut hari jadi hari ni, saya ucapkan selamat hari jadi. Semoga panjang umur, murah rezeki,hidup gembira.Ya hidup gembira.Buat apa sedih-sedih.Sedih tu boleh,tapi jangan la lama-lama sangat.Sebab dengan bersedih saja tak mendatangkan keuntungan apa-apa pun.Betul ni dik.Bersedih tak mendatangkan keuntungan.

Kalau gagal dalam pelajaran yang  disedihkan,jadi kita sudah dapat satu lagi pengajaran.Mungkin kita belajar tak cukup bersungguh.Mungkin cikgu,pensyarah kita tak suka kita sebab kita bersikap kurang ajar selama ini.Jadi kita sudah nampak apa yang kita patut ubah nanti.Takkan nak bersedih je bila gagal.

Begitu juga dengan bercinta dik.Kenapa perlu sedih sangat bila gagal bercinta ni.Patutnya kita kena bersyukur kalau putus cinta.Eh betul la tu.Patutnya kita bersyukur putus cinta.Sebab tu la tandanya kita tak serasi.Takkan pula kita nak habiskan sepanjang hidup kita dengan orang yang kita tak serasi.Baik berpisah sekarang daripada dah kahwin baru nak berpisah.Sebab tak serasi ini juga adalah antara penyebab berlakunya kes-kes perceraian di negara kita ni.Jadi kalau putus cinta tu,carilah cinta baru.Mungkin lebih serasi.Mungkin jumpa keserasian.

Jadi gembira-gembirakanlah...


25 Februari 2011

Kawal emosi anda

Hari ni aku nak try menulis dalam keadaan marah.Huh.Eh dah malam rupanya.Ya malam ni aku nak menulis dalam keadaan marah.Rupanya macam ni penulisan yang dapat aku hasilkan bila hati tengah marah.Namun aku tetap waras.Ya waras.Tak kan marah sikit dah nak bertukar jadi tak waras kan.Tak kan la kena tarik telinga sikit dah nak jadi tak waras.
Betul tak?
Dah mengaku diri bermotivasi.Tapi baru kena tarik telinga dah mengamuk macam nak berlaku perang.Meracau macam orang histeria.Maki-maki.'Tut' engkau la,'tit' engkau la.Kawal emosi tu jangan jadi sakit emosi pulak.Biar la anggota badan,jangan sakit emosi.Susah nak jumpa ubat.

Okey.Marah dah kurang.Telinga pun dah tak sakit sangat dah.Sakit sikit-sikit takpe la.Hidup kalau tak sakit langsung ni bosan jugak kan.

Tapi kepada yang tarik telinga aku tiba-tiba tadi tu jangan la amalkan selalu.Bukan apa,takut aku pulak yang bergurau macam tu dan anda tu pulak kurang motivasinya dan melatah lebih-lebih.Susah nanti.Hidup ni ada pusingannya kena ingat.Kalau kita aniaya orang,nanti kita pulak yang kena aniya.Jadi jangan aniaya orang ya wahai kawan-kawan aku yang bermotivasi semua.

Betul la tu orang cakap hidup bagaikan pusingan roda.Bukan hidup bagaikan roda yang tak berpusing.Tak ke mana la jawabnya.'Tang' tu je.

21 Februari 2011

untukmu sayang

Salam sayang.Ya betul la tu.Sayang.Saya memang sayang pun orang yang baca blog saya ni.Sebab anda merupakan seorang yang bermotivasi.Kalu tak pun,bakal bermotivasi.Betul tak?Jadi saya sayang orang yang bermotivasi ni.Memang semua orang suka orang yang ada motivasi ni kak.Orang yang tak ada motivasi,suka menyusahkan orang,suka marah-marah,suka meminta-minta.Ada orang suka ker?Tak ada kan.

Untuk jadi orang yang disukai orang ni salah satunya saudara kena rajin-rajin la baca blog saya ni.Bukan baca aje.Lepas baca cuba la fikir-fikir sikit.Rangsang sikit otak tu.Biar ianya senantiasa berfungsi.Bila otak selalu digunakan dan fungsinya dikenalpasti,maka senang la sikit nak uruskan.Nak jadi rasional.Nak jadi orang bijak.Nak jadi orang yang di hormati.Nak jadi orang yang disayangi.

Dan apabila saudara baca blog saya ni,maka secara tidak langsung anda akan dapat satu petua untuk disayangi.Nak ada motivasi.
Nak tahu?
Kawal amarah.Bila kita berjaya kawal amarah,kita secara tidak langsung juga sedang menggunakan kewarasan akal untuk berfikir.Untuk berada dalam keadaan rasional.Jadi kita juga tidak mudah menghamburkan kata-kata yang melukakan hati orang lain.Yang membuatkan penyebab orang membenci kita.Anda nak orang sayang kan?jadi,kawal la marah dulu ya.

Mak kita pun kalau kita asyik marah dan mengeluarkan kata-kata kesat,dia akan membenci kita kak.Ini kan pula orang lain yang memang tak ada kena mengena dengan kita.Yang tak pernah sayang kita.Kalau kita marah dan maki kita sekali,sepuluh kali dia marah dan maki kita.

Jadi kalau nak jadi orang bermotivasi,kawal-kawal la amarah tu sikit kak,dik,bang,tuan,puan.







18 Februari 2011

baik baik sayang

Jadi orang baik ni memang banyak cabarannya.Lagi-lagi kalau orang pun dah anggap kita ni orang baik.Tapi tu sebenarnya salah satu motivasi untuk kita terus jadi baik dan bertambah baik lagi.Sehingga tahap bagi seat kat orang mengandung semasa dalam public transport ke,pimpin orang buta lintas jalan.Tapi jangan pulak mudah bagi pertolongan pada yang tak berapa nak betul seperti 'anjing tersepit' tu.Kena 'ngap' nanti kita jugak yang susah.

Macam berlaku kat seorang hamba Allah yang saya kenal ni,dia ni selalu memudahkan kerja orang lain.Terlalu mudah menghulurkan pertolongan pada sesiapa saja.Ya memang bagus kalau kita tunaikan permintaan orang,kita menolong orang.Nabi pun suruh kita berbakti,berbuat baik.Malah kalau di dunia ni sekali kita tunaikan permintaan orang, 70 puluh kali permintaan kita ditunaikan Allah di Akhirat kelak.Bagus la tu kak.Merit tu untuk bekalan di sana.Tapi jangan la sampai kita tak sempat nak makan sebab asyik tolong orang aje.Sampai kurus kering.Adoi tu macam tak berapa nak betuk dik.Tolong,tolong jugak.Diri sendiri kena jaga jugak.Sampai muka berkerut-kerut sebab tensen tu dah lebih la.

Namun begitu,jangan la pulak kita tak nak tolong orang langsung.Tak nak jadi orang baik langsung.Mentang-mentang la saya cakap macam tu.Motivasi ni sebenarnya untuk jadikan orang yang baca jadi lebih baik kan.Bukan makin menyetan.Jadi,jadi la baik-baik sayang...

14 Februari 2011

Imam dan Sabar

Untuk berjaya memang memerlukan sedikit pengorbanan,kesabaran,tekun,semangat,tidak berputus asa.Memang itu adalah sifir yang perlu digunapakai oleh orang yang ingin berjaya.Sebab sekiranya semua yang berikut telah dipraktikkan tapi masih belum berjaya, maka mungkin masih ada yang belum cukup.

Terutamanya orang yang ingin menjalankan perniagaan.Jual barang.Perkhidmatan.Dan apa saja.Sepertiman yang dilakukan oleh seorang imam masjid yang saya baru kenal.Beliau adalah seorang imam no.1 masjid tersebut.Dan beliau menjalankan bisnez sampingan iaitu menjual susu lembu untuk kesihatan.Boleh tahan imam ni.Cari duit lebih.Bagus la tu.Takkan nak duit banyak tu je.Harap gaji aje.

Yang lagi bagusnya imam ni adalah dia tak putus asa.Dia seorang yang sabar.Kata pun imam kan.Sabar kan separuh dari iman(imam).Dik,Nabi pun pernah cakap,"orang yang berani adalah orang yang sabar.Orang yang berani melawan amarahnya".Jadi kalau anda berani,jom la jadi orang yang sabar.Dan dengan sabar,dah dapat separuh iman.Rugi kalau tak nak.

Okey,berbalik pada imam tadi,sabarnya dia saya maksudkan adalah dengan berkali-kali membuat panggilan pada saya untuk ajak saya keluar dan dengar penerangan dan seterusnya jadi ahli.Tau dah.Dan walaupun bekali-kali juga la saya bagi alasan untuk tidak keluar.Kelas.Sibuk.Penat.Letih.Macam-macam lagi la.Dia tetap juga mencuba dan berusaha untuk ajak saya keluar.

Takkan saya nak cakap "saya yak nak la jadi agen jual susu tu imam", masa dia call.Faham-faham la imam,kalau dah 3 4 kali call tu asyik sibuk aje,tandanya tak nak la tu.Makin banyak pulak dosa saya nanti sebab menipu.Tipu imam no.1 pulak tu.Adoi...

Beringat sebelum kena

Kali ni rasa macam nak sambung lagi tentang membaca jambatan ilmu.Sebab kata-kata tu memang yang paling tepat dengan ilmu.Bila membaca ni,kita seolah-olah menyeberangi atau berhijrah ke satu destinasi baru.Satu tempat yang disifatkan sebagai berilmu.Berpengetahuan.Dan lagi bestnya berakal.Nak jadi betul-betul berakal ni kena ada ilmu adik-adik.Nak berilmu pulak kena rajin baca buku dik.Tak pun rajin baca blog yang ala-ala berilmu macam ni.

Semalam saya memandu di atas Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).Ada la dua buah motorsikal yang menarik perhatian saya.Dan saya rasa mereka ni la yang malas membaca buku dan malas baca blog saya, tu pasal mereka masih lagi menunggang motorsikal secara merbahaya.Dengan keadaan jalan yang licin sebab baru lepas hujan,siap berlumba lagi tu.Kalau la ada apa-apa halangan di hadapan dan terpaksa membreak secara mengejut,pasti tergolek punya tu.

Kalau rajin membaca akhbar ataupun blog saya,mesti mereka sedikit gerun dan insaf untuk melakukan perkara seperti itu.Dengan statistik kemalangan yang meragut nyawa paling ramai setiap hari adalah dari pengguna motorsikal.Tak kan tak sedar lagi kot.Tapi kalau tak baca,macam mana nak sedar kan.Macam mana nak berakal waras kan.

Takkan dah mati baru nak berhati-hati dik.Sama la nak berjimat setelah gaji dah habis.Boleh ker?Nak jimat apa lagi kan.

Baik berbuat baik macam mereka ni

Kata kita kreatif

Adoi kadang-kadang aku macam dah give up la dengan dunia aku sekarang ni.Dunia yang mana orang sedang mengejar untuk berada bersama-sama dalam arus inovasi.Tapi aku masih lagi bergelumang dengan proses mencipta tamadun.Memang la aku yang pilih untuk jadi salah seorang pendidik.Tapi sepatutnya aku sudah dapat pelajar yang terdidik dan aku hanya menjadi penunjuk arah untuk mereka terus menjadi kreatif dan inovatif dan seterusnya mencipta inovasi.Apa?Anda pun tak berapa faham apa itu inovasi?Adoi ni pun satu masalah..

Inovasi ni adalah satu tranformasi ciptaan untuk ke arah yang lebih baik saudara.Untuk meningkatkan kualiti,kuantiti,dan berbagai 'kua' lagi.Yang pastinya adalah untuk meningkatkan pendapatan.Mendapatkan lagi banyak duit.Duit la yang kita cari sekarang.Tak betul?Kerja sampai dah tak cun muka sebab tension tu bukan nak dapatkan duit ke?Tapi tak payah la tension-tension sangat kak.Buruk muka tu nanti.

Muka orang ni ada tiga jenis lahirnya.Jenis yang pertama adalah muka yang ketika dalam keadaan biasa.Dalam keadaan yang tenang.Okey la tu.Nampak la cantiknya.Nampak hensem.Manakala jenis muka yang kedua pula adalah ketika seseorang itu sedang gembira.Senyum la tu.Kan ke manis tu bila senyum.Jadi bila manis,Mesti la muka lagi cantik.Lagi hensem.Jadi banyak-banyak la senyum.Macam mana nak senyum?Hai tak kan la nak senyum pun tak tahu jugak kak.

Tapi muka yang paling tak best di lihat adalah muka yang sedang marah.Kak,bukan orang je tengok buruk muka kita yang tengah marah.Kita sendiri pun tak sanggup nak tengok.Tak percaya,cuba anda tengok cermin muka anda masa tengah marah.Aduh.Buruk kan.?Jadi kalau marah pun,marah sikit-sikit dah la ye.Jangan teruk-teruk sangat sampai muka jadi buruk.

Pergi breakfast pun okey juga kalau dah marah sangat.Marah je kat roti bom dengan teh tarik mamak.Perut pun kenyang,mamak pun untung.Sambil tu fikir-fikir la jugak macam mana nak setle isu yang menimbulkan kemarahan tu.Macam mana nak dorong pelajar untuk siapkan assigmen contohnya.Kita kan kreatif.Nanti kita jadi inovatif pulak ya.