16 Ogos 2011

bila dah macam-macam Vol.22

DIPLOMA KENDERAAN
Hari ni satu lagi perumpamaan baru diperdengarkan kepada para pelajar-pelajar saya yang dikasihi.Iaitu Diploma Kenderaan.Adalah untuk lari dari memperkatakan tentang Diploma Rekabentuk Grafik.Dan seterusnya memudahkan lagi memberi contoh-contoh yang mudah difahami mereka

Permasalahan dikalangan mereka adalah tentang kesedaran dan terlalu bersikap gelas yang dipenuhi air.Sikap tidak mahu menerima unsur-unsur lain yang dirasai kurang diminati dalam hidup mereka.Yang dimaksudkan di sini adalah tentang subjek-subjek yang mereka tidak suka untuk belajar.Sedangkan itu adalah pelengkap kepada krusus atau diploma yang mereka ambil.Belajar grafik tapi tidak suka subjek lukisan,pembungkusan,pengiklanan,fotoshop.

Bayangkan belajar untuk buat kereta,tapi hanya suka buat tayar atau pintu saja.Sedangkan kerusi,stereng,dan sebagainya juga penting pada sesebuah kereta dan merupakan pelengkap untuk ianya digelar kereta.Semenstinya diploma yang dimilik oleh pemegang Diploma Kenderaan tersebut tidak berguna ataupun tidak mencapai objektif krusus tersebut.Kerana pemegangnya hanya tahu buat tayar.Bukan sebuah kereta.Begitu juga dengan Diploma Grafik,kalau hanya tahu satu item saja dalam grafik.Hanya tahu ambil gambar,sebab ada subjek fotografi dalam grafik.Rugi sekali.

Dan sememangnya untuk menyedarkan mereka ini adalah dua perkara yang berbeza.Sedar akan kepentingan bagi setiap subjek,setiap masa,setiap kelas yang mereka lalui itu adalah ilmu.Dan selepas sedar pula,mereka juga perlu bertindak untuk mengubah keputusan atau pun hasil kepada objektifnya.Bukan sekadar sedar sampai menangis teresak-esak,tetapi tetap juga tidak buat apa-apa.Rugi.

Demi masa sesungguhnya manusia berada dalam kerugian.


15 Ogos 2011

bila dah macam-macam Vol.21



"kalau saya mati,saya akan hidup seribu tahun lagi"
Mungkin anda tak pernah dengar ungkapan tu.Dan mungkin juga anda pernah dengar.Bagi siapa yang tak pernah dengar ungkapan tersebut,ia adalah ungkapan dari Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan diceritakan oleh sahabatnya iaitu Datuk Aziz Satar.

Mungkin ada benarnya tentang ungkapan beliau itu.Kerana sehingga sekarang,bakat dan filem-filemnya masih diterima masyarakat.Masih diminati.Walaupun kepada peminat yang lahir selepas kematian beliau.Seperti saya.Namun wataknya tetap hidup.

Tetapi disebalik pengagongan yang diberikan tentang bakat,tentang karya,tentang personaliti beliau itu sebenarnya masih ada kepincangan dan boleh diambil pengajarannya.Tentang P.Ramlee.Tentang penghargaan.Kerana semasa hayatnya,beliau bukan mendapat penghargaan seperti sekarang.Yang sehingga membawa kepada gelaran Tan Sri.

Beliau hanya dilayan seperti pengkarya-pengkarya yang lain saja semasa zamannya.Sebab beliau juga manusia biasa sahaja disamping ada sedikit keistimewaan dari segi bakat dan pemikiran.Itu yang mengheret beliau ke dalam dunia populariti yang seketika.Yang penuh dengan lakonan.Dan seterusnya menjatuhkan beliau ke tahap yang menyedihkan.Ramai yang tidak tahu tentang itu.Bahawa Allahyarham Tan Sri P.Ramlee semasa di akhir hayatnya melalui zaman kejatuhan yang menyedihkan.Yang sebenarnya memadam terus detik kegemilangan yang dikecapi beliau sebelum itu.Namun beliau diangkat kembali selepas kematiannya.

P.Ramlee pernah diboikot oleh semua wartawan dan cerita mengenainya langsung tidak ditulis di mana-mana artikel pada masa itu.Menghampiri zaman kejatuhannya,beliau ditawarkan untuk mengarah filem yang berwarna dan itu adalah merupakan impiannya.Namun tawaran tersebut ditarik balik dan diberikan kepada pengarah yang lebih muda pada masa itu.Jins Shamsuddin.Kekecewaan mula berputik dihati beliau.Ditambah pula lagi dengan penamatan kontrak bersama syarikat rakaman pada masa itu.EMI.Dengan alasan lagu-lagu beliau sudah tidak lagi mendapat tempat dihati peminat.Dan percubaan beliau untuk mendapat pinjaman pembiayaan dari badan-badan kerajaan dan bank tempatan bagi menghasilkan filem juga ditolak.Lagi membuatkan beliau semakin parah dengan kekecewaan dan juga masalah kewangan.Sehinggakan beliau pernah membuka kedai untuk orang bermain mahjong untuk mencari pendapatan.Sehingga ke akhir hayatnya,beliau semakin melarat dan hidup miskin dengan anak-anak dan isterinya,Allahyarham Datin Sri Saloma.

Begitulah sedikit sebanyak cerita mengenai seorang insan seni yang pada zamannya tidak dihargai,tapi di kenang dan diagong-agongkan selepas ketiadaannya.Dan sebenarnya itu adalah hakikat kepada kehidupan,manusia akan mula menghargai apa yang sudah berlalu.Pada sesuatu yang telah hilang.Pada orang yang telah meninggal.

Dan dibulan Ramadhan yang mulia ini,marilah kita menghargai insan-insan yang penting dalam hidup kita.Mari kita berbuat baik pada ibu dan ayah.Mari kita menghormati kawan-kawan.Percayalah,kita tidak akan menyesal dengan melakukan demikian.Mungkin kita akan menyesal sekiranya melakukan yang sebaliknya.

10 Ogos 2011

bila dah macam-macam Vol.20

Kalau la ada pelajar  yang baca blog saya ni kan bagus.Kenapa bagus?Bagus la sebab saya nak menyatakan yang saya sebenarnya betul-betul harapkan mereka semua berjaya.Berjaya menggunakan peluang,menggunakan masa yang ada ini untuk tujuan yang betul bagi menentukan kejayaan di masa akan datang.Inilah motivasi.

Kalau dalam kelas,saya selalu nasihat,berpesan,nasihat lagi,pesan lagi.Langsung tiada tujuan lain melainkan untuk menyedarkan,memberi kesedaran dan seterusnya bertindak,bergerak ke arah kejayaan masing-masing.Sebab sebenarnya setiap orang yang berada dibangku sekolah,setiap orang yang berada di kerusi-kerusi kelas di mana-mana pusat pengajian adalah berpeluang untuk mengecapi kejayaan di masa akan datang.Saya ulang sekali lagi,setiap orang yang berada dibangku sekolah,setiap orang yang berada di kerusi-kerusi kelas di mana-mana pusat pengajian adalah berpeluang untuk mengecapi kejayaan di masa akan datang.

Siap ulang dua kali tu,nak bagi merangsang motivasi kepada anda pembaca entri saya kali ni.Bahawasanya anada mempunyai peluang yang cerah di masa akan datang,dengan syarat anda mula sedar dari sekarang.Bukan sekadar sedar,tapi bertindak.Bertindak.Berusaha.Memulakan langkah.Sebab setiap apa tu akan bermula dengan langkah yang pertama.Jadi mulakanlah langkah menuju kejayaan dari sekarang.Dari hari ini.Baca buku.Buat assignment.Jangan tunggu last minute,sebab hasilnya bukan menggambarkan kualiti sebenar anda.


3 Ogos 2011

bila dah macam-macam Vol.19



Siapa Leo Madrigal.
Merupakan salah seorang watak utama dalam drama bersiri Filipina iaitu Sanay Wala Nang Wakas yang dilakonkan oleh Diether  Ocampo. Watak Leo ni adalah seorang yang baik hati dan berseni (melukis masa sedih atau gembira).

Siapa Syamsudi
Seorang yang anda memang tak boleh jangka tentang apa yang akan dilakukan.Contohnya seperti memberhentikan kereta di tepi jalan semata-mata untuk dengar lagu yang dah lama tak dengar.Sebab kalau teruskan perjalanan nanti risau terputus siaran dan tak dapat dengar lagu tu sampai habis.Sebabnya lagi adalah antena radio kereta kena curi semasa parking kereta kat apartment.Tak guna punya pencuri!

Siapa anda
Tiada siapa pun yang tahu siapa secara anda hakikinya, sebab hanya anda dan Allah saja yang tahu apa yang ada dalam hati,apa niat,apa tujuan melalui apa jua yang anda tuturkan,apa yang anda bicarakan,apa yang anda persembahkan.Marilah jadi orang yang berguna pada diri sendiri dan berbakti juga untuk orang lain.Senyum..

2 Ogos 2011

untitle #

Hari tu aku tengok rancangan Nasi Lemak Kopi O kat tv9,mereka bercerita kembali tentang filem cinta yang menjadi fenomena dan menjadi filem paling berjaya di dunia dari segi kutipannya.Filem Titanic.

Mereka menggamitkan kembali kenangan penonton-penonton yang sekitar tahun 1997.Iaitu ketika filem tersebut rancak ditayangkan.Tapi bagi aku adalah,kenangan yang diingati bukan saja tentang filem Titanic semata.Tetapi tentang usia.Tentang aktiviti ketika itu.Ketika mana aku masih lagi merupakan seorang budak kampung yang sejati.Tahap buta IT lagi.Menulis blog macam ni langsung tidak pernah termimpi.

Sambung selepas kelas,kalau ada idea lagi.Sekian wassalam.

1 Ogos 2011

1 Ramadhan 1432H

"Untung sabut timbul, untung batu tenggelam."
Aku tau ramai yang tak faham dengan pepatah tersebut.Apakah yang dimaksudkan dengan untung sabut timbul dan untung batu tenggelam tu.Dan kalau anda nak tahu,itu adalah bermaksud kehidupan kita sekarang.Bermaksud hakikat kehidupan di dunia ni.Hakikat kejadiaan sesuatu itu.Apa,dah tahu?
Bagus la kalau dah tahu.Saya tulis ni untuk yang kurang tahu lagi.

Hakikat kehidupan ini adalah setiap sesuatu itu ada betulnya.Ada kelebihannya.Ada pronya,di sebalik kontra yang diberikan orang lain ke atasnya.Tak faham?Ha, kan baru tau anda sebenarnya tak berapa faham.

Batu dengan sabut tersebut adalah contoh yang paling mudah untuk dibandingkan.Sebab bagi pihak sabut,dia akan berasa beruntung dan menganggap bahawa batu bernasib malang sekali kerana tidak dapat terapung di atas air.Namun sebaliknya pendapat batu.Kerana dia pula merasakan di lagi beruntung kerana dapat tenggelam di dasar sungai berbanding dengan sabut yang hanya terapung dan dibawa arus.

Jadi kesimpulannya adalah kita perlu menerima hakikat bahawa setiap pro dan kontra yang wujud itu adalah mempuanyai kebenarannya dan ia tidak salah untuk dipertahankan sesiapa saja kerana ianya adalah pendapat.Dan pendapat pula hanya akan dikeluarkan oleh proses pemikiran manusia yang berakal.Jangan takut memberi pendapat.

untitle #





Ramadhan kembali lagi
Setiap kali bulan puasa akan ada suatu perasaan yang aku kurang pasti apakah itu.Yang pasti bukan perasaan yang berkaitan dengan ibadah tersebut,tetapi perasaan yang lebih kepada memori,sentimental value.Mungkin terkenang zaman kanak-kanak.Mungkin aroma ayam goreng sebagai lauk sahur.Namun aku jadi sayu.Sedih.Dan keliru.

Namun apa pun,kepada yang membaca blog ini diucapkan selamat berpuasa dan melakukan ibadah-ibadah lain.Semoga bulan Ramadhan kali ini memberi makna yang sebenar kapada kita semua.