16 Ogos 2011

bila dah macam-macam Vol.22

DIPLOMA KENDERAAN
Hari ni satu lagi perumpamaan baru diperdengarkan kepada para pelajar-pelajar saya yang dikasihi.Iaitu Diploma Kenderaan.Adalah untuk lari dari memperkatakan tentang Diploma Rekabentuk Grafik.Dan seterusnya memudahkan lagi memberi contoh-contoh yang mudah difahami mereka

Permasalahan dikalangan mereka adalah tentang kesedaran dan terlalu bersikap gelas yang dipenuhi air.Sikap tidak mahu menerima unsur-unsur lain yang dirasai kurang diminati dalam hidup mereka.Yang dimaksudkan di sini adalah tentang subjek-subjek yang mereka tidak suka untuk belajar.Sedangkan itu adalah pelengkap kepada krusus atau diploma yang mereka ambil.Belajar grafik tapi tidak suka subjek lukisan,pembungkusan,pengiklanan,fotoshop.

Bayangkan belajar untuk buat kereta,tapi hanya suka buat tayar atau pintu saja.Sedangkan kerusi,stereng,dan sebagainya juga penting pada sesebuah kereta dan merupakan pelengkap untuk ianya digelar kereta.Semenstinya diploma yang dimilik oleh pemegang Diploma Kenderaan tersebut tidak berguna ataupun tidak mencapai objektif krusus tersebut.Kerana pemegangnya hanya tahu buat tayar.Bukan sebuah kereta.Begitu juga dengan Diploma Grafik,kalau hanya tahu satu item saja dalam grafik.Hanya tahu ambil gambar,sebab ada subjek fotografi dalam grafik.Rugi sekali.

Dan sememangnya untuk menyedarkan mereka ini adalah dua perkara yang berbeza.Sedar akan kepentingan bagi setiap subjek,setiap masa,setiap kelas yang mereka lalui itu adalah ilmu.Dan selepas sedar pula,mereka juga perlu bertindak untuk mengubah keputusan atau pun hasil kepada objektifnya.Bukan sekadar sedar sampai menangis teresak-esak,tetapi tetap juga tidak buat apa-apa.Rugi.

Demi masa sesungguhnya manusia berada dalam kerugian.


Tiada ulasan: