Salam.Semoga dirahmati Allah selalu ya saudara saudari yang membaca blog saya ni.Yang anda la tu.Saya memang ikhlas mendoakan anda dirahmati,disayangi,dilindungi Allah selalu.Dari segi fizikal atau pun rohani.Jiwa.Sebab sejak akhir-akhir ni,banyak perkara yang diluar jangkaan berlaku kepada orang-oarang di luar sana.Seolah-olah manusia zaman ini sedang sakit.Sakit yang tidak dirasai oleh pesakitnya sendiri,inikan pula orang lain.Saya harap saudara saudari selamat.
Dua minggu yang lepas,Saya menonton rancangan NONA di TV3.Vanida Imran memang kekal cantik.Tapi saya bukan ingin bercerita tentan Vanida Imran pun di sini.Saya tertarik dan tersentuh dengan cerita seorang mangsa simbahan asid yang di inteview wartawan NONA.Memang kasihan dan memilukan bila melihat dan dengar ceritanya.Tentang kesakitan yang dialaminya.Terasa seolah-olah muka dibakar dan lebih sakit dari itu.Dan kesan dari simbahan asid itu menyebabkan wajahnya rosak sama sekali dan lebih kasihan adalah dia kehilangan penglihatan kekal.Apakah itu yang diinginkan oleh si pelaku perkara tersebut?Mana jiwa dia sebagai seorang manusia yang waras.Kecuali dia mengalami sakit jiwa yang tidak disedarinya sendiri.
Dan dua hari lepas,saya menonton berita pula.Juga di TV3,tentang ketidakpuasan hati seorang ibu apabila mahkamah menjatuhkan hukuman 8 tahun penjara dan 4 sebatan kepada seorang pelaku yang didapati bersalah kerana telah menyimbah asid kepada dua orang anak lelaki wanita tersebut.Baginya ia tidak setimpal dengan kesan yang akan terpaksa ditanggung sepanjang hayat kedua-dua kanak-kanak itu.
Sebagai seorang insan,memang saya berasa amat kasihan terhadap mereka.Dengan tangisan kanak-kanak tersebut yang mengalami kesakitan dan kecacatan pada wajah.Mereka yang sebenarnya belum pun mengerti apa itu dosa dan pembalasan sehingga mereka diperlakukan begitu sekiranya ada melakukan kesalahan.Dan dengan tangisan mereka itu juga,membuatkan saya ingin menangis walau 3 hari 3 malam sekiranya ia dapat membantu mereka sembuh dan kembali seperti sediakala.Tapi itu tidak mungkin.
Jadi sebagai pembaca kepada blog saya ini,saya harapkan anda dapat mengawal dan menjaga jiwa anda dengan selamat.Kawalah amarah.Hiduplah dengan kesabarang.Bajai rohani dengan zikrullah.Hanya pada-Nya kita berserah.Semoga selamat dunia akhirat.Amin

Tiada ulasan:
Catat Ulasan