menyediakan khidmat nasihat dan proses urusan memohon quota KDN pekerja asing secara sah. Urusan Dari A to Z sehingga mendapat kelulusan KDN tanpa melibatkan pihak ketiga. Berpengalaman lebih 16 tahun dalam urusan berkaitan.
21 Mac 2012
20 Mac 2012
senyum:sinis
Setelah hampir sepuluh tahun kami tidak berjumpa,akhirnya kami terserempak ketika sedang mengambil makanan untuk lunch di kantin Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis. Debab(nama glamour) merupakan seorang anak guru besar sekolah rendah saya. Dan dia juga mengikut jejak langkah ayahnya menjadi guru selepas tamat tingkatan lima.
Debab : Eh kau Udi kan?
Saya : Ye la.Ala muka aku tak berubah pun.
Debab : Mana la tau pelanduk dua serupa.
Saya : Hehe.Eh kau buat apa kat sini?Tak mengajar ker?Kau mengajar sekolah mana sekarang?
Debab : Aku ada hal la.Tapi kau pulak buat apa kat sini,siap dengan tie bagai?
Saya : Aku ada interview KPLI hari ni.
Debab : KPLI? Bukan KPLI tu kena ada ijazah ke nak aply?
Saya : Aku memang ada ijazah la.
Debab: Bila kau masuk U?U mana?
Saya : Aku buat diploma kat UiTM Machang,degree kat UiTM Shah Alam.
Akhirnya kami pergi ke kumpulan masing-masing untuk makan tengahari.Dan yang pastinya membawa persoalan yang tak pasti.Kerana dalam hati saya sedang memikirkan "kenapa dia terkejut sangat bila saya kata saya ada degree?'Adakah muka saya ni tak layak untuk menjejakkan kaki ke universiti memandangkan latarbelakang pendidikan saya sebelum ni agak suram?Apakah itu?Apakah ini?Tuduhan negatif mula dicanang otak.
Dan saya juga mula sedar,sebenarnya untuk memikirkan sudut negatif tentang orang lain lagi cepat berbanding memikirkan perkara positif. Dan oleh kerana saya rasa bertanggungjawab untuk pembaca saya,saya perlu menulis sesuatu di sini.Sebab saya tahu,cerita pergi interview tu bukan yang anda mahukan.Tapi yang anda mahukan adalah lebih lagi.Respon kepada komen beliau.Dan seperti yang saya cakap,tuduhan negatif lebih cenderung untuk dicanang.Kenapa?
Sebab pertanyaan anda(pembaca yang maksudkan) tentang PTPLdan MSU itu lebih mudah dirembeskan oleh pemikiran saya sebagai provokasi.

16 Mac 2012
untitle
Semalam saya lepak minum selepas waktu kerja bersama trio biasa dan di port juga biasa.Restoran Rashid.Saya,Din dan Khairul.Dan di situ juga boleh dikatakan sebagai medan untuk kami berhujah,memberi pendapat,berbincang,mengkritik dan sebagainya tanpa mempedulikan batas isu atau topik.Dari hal politik,agama,sosial,rumahtangga dan apa saja yang terlintas difikiran masing-masing.Dan biasanya saya lah yang banyak berhujah.Dan mungkin juga kena dengan istilah "murai di dusun".
Di akhir melepak semalam,saya tiba-tiba mengeluarkan satu statement yang membuatkan kami terpaksa duduk lebih lama lagi.Kerana menarik perhatian kawan-kawan dan seterusnya berlaku pergelutan hujah antara hakikat dengan Hak.
Statementnya adalah,"aku kalau aku dah berhenti kerja sini,aku tak kan cadang budak masuk PTPL atau MSU".Hujahnya.Di sini sebenarnya tidak menyediakan cukup ilmu dan kemahiran yang sepatutnya diterima oleh para pelajar.Mengapa saya mengatakan demikian?Sebab tenaga pengajar di sini tidak diberikan kursus atau pun latihan dari masa ke semasa untuk menajamkan lagi ilmu yang mereka ada terutamanaya ilmu yang lebih terkini untuk diajar di dalam kelas masing-masing.Dan adakalanya juga pengajar diberi tugas untuk mengajar subjek yang mereka sendiri pun sedang belajar.
Insitusi ini sebenarnya bukan mementingkan kualiti pendidikan untuk pelanggan mereka,tetapi mereka lebih lagi mementingkan kuantiti atau bilangan pelajar yang membayar yuran untuk menambahkan profit mereka.Sepatutnya mereka menyediakan satu bahagian badan dalam institusi mereka untuk membangunkan kualiti ilmu yang kepada pelanggan.Menghantar atau mengadakan kursus-kursus memantapkan lagi skill mengajar dan mengupdate ilmu baru.Dan kursus tersebut pula bukan di jalankan oleh ketua-ketua bahagian seperti yang dilakukan kebiasaannya.Kerana mereka juga bukan seorang pakar dalam bidang akademik,sebaliknya mungkin lebih tahu tentang pengurusan dan lebih teruk lagi kalau hanya yang bersikap keras kepala dan rasa semua yang dibuat adalah betul.
Itulah antara intipati hujah yang saya lontarkan dan membuatkan kami mula bercakap tentang sesuatu.Tentang pendapat.Teguran.Mentaliti orang kita dengan teguran.Diterima dengan ikhlas atau diterima dengan berpura-pura ikhlas sedangkan bermonolong sehingga menjadi dendam.
Din mengatakan saya patutnya cakap macam tu kepada orang yang lebih punya kuasa,sekurang-kurangnya mereka tahu yang kompeni mereka hanya mengejar profit.Tapi saya tidak bersetuju dengan Din sebab sekiranya saya mengeluarkan pendapat sebegitu,dan mungkin pendapat tersebut mengguriskan hati bos,atau dia rasa saya ni cuba mengajar dia,dan dia mula menyimpan satu rasa kurang senang dengan saya.Dan mungkin itu benih dendam.Dan itu juga politik
Tapi Din tetap juga mempertahankan,kalau ada idea yang bernas sepatutnya tidak takut untuk menyatakan.Dan bos tidak petautnya marah.Saya tahu bos tidak sepatutnya marah,tapi kalau dia marah juga macam mana?Sebab marah bukan perlu ada perkataan 'patut' atau 'tak patut'.
Contohnya saya bagitahu saya tidak suka dia merokok di sebelah saya.Sebab saya mahukan udara yang bersih untuk bernafas.Dia patut tak marah.Tapi dia mungkin juga marah dan tersinggung dengan saya tanpa mempedulikan 'patut' atau tidak patut'.
Dan kepada Mr.Z,pada hakikatnya saya juga seperti manusia-manusia yang lain di luar sana.Mungkin saya suka,mungkin saya tidak suka dengan pendapat dan teguran anda.Dan "baling batu sembunyi tangan" lagi bijak dari berterus terang.Terima kasih.

15 Mac 2012
melodi:aku
Laguku tentang sesuatu
Laguku jua hanya untuk aku
Kerna kamu bukan aku
Dan kamu jua tidak tahu
Apa erti lagu-lagu aku
Biarpun berlari beribu batu
Ia pasti akan di situ
Biar sejuta tahun berlalu
Ia tetap akan menunggu
Kerna ia sumpah sang hantu
13 Mac 2012
terapi:sepi
Andai ada yang terbuka laman ini,ingatlah anda berhak untuk memikirkan apa saja,mengatakan apa saja,mungkin menuduh sesuka hati.Sebab anda sebenarnya mempunyai kebebasan dalam segenap hal.Bezanya apa yang akan anda perolehi di kemudian hari.Dosa mahupun pahala.Hanya Allah yang Maha Mengetahuinya
12 Mac 2012
Mr.Z
Saya tidak tahu siapa anda,namun saya tetap ingin mengucapkan terima kasih pada anda kerana meluangkan masa untuk menyelak laman minda saya ni dan cuba untuk meninggalkan sebuah nasihat sebagai komen.
Ada betulnya kata anda dalam komen tersebut.Tapi diibaratkan untuk memotong dan membuang suatu yang penting pada anggota badan yang merupakan pelengkap dalam meneruskan hidup amatlah sukar selagi masih berada dalam keadaan waras dan masih lagi seorang insan.
Anda mungkin seorang musafir yang melintas lalu di perkampungan dan tidak tahu pun apa yang berlaku di sana.

Langgan:
Catatan (Atom)