16 Mac 2012

untitle

Semalam saya lepak minum selepas waktu kerja bersama trio biasa dan di port juga biasa.Restoran Rashid.Saya,Din dan Khairul.Dan di situ juga boleh dikatakan sebagai medan untuk kami berhujah,memberi pendapat,berbincang,mengkritik dan sebagainya tanpa mempedulikan batas isu atau topik.Dari hal politik,agama,sosial,rumahtangga dan apa saja yang terlintas difikiran masing-masing.Dan biasanya saya lah yang banyak berhujah.Dan mungkin juga kena dengan istilah "murai di dusun".

Di akhir melepak semalam,saya tiba-tiba mengeluarkan satu statement yang membuatkan kami terpaksa duduk lebih lama lagi.Kerana menarik perhatian kawan-kawan dan seterusnya berlaku pergelutan hujah antara hakikat dengan Hak.

Statementnya adalah,"aku kalau aku dah berhenti kerja sini,aku tak kan cadang budak masuk PTPL atau MSU".Hujahnya.Di sini sebenarnya tidak menyediakan cukup ilmu dan kemahiran yang sepatutnya diterima oleh para pelajar.Mengapa saya mengatakan demikian?Sebab tenaga pengajar di sini tidak diberikan kursus atau pun latihan dari masa ke semasa untuk menajamkan lagi ilmu yang mereka ada terutamanaya ilmu yang lebih terkini untuk diajar di dalam kelas masing-masing.Dan adakalanya juga pengajar diberi tugas untuk mengajar subjek yang mereka sendiri pun sedang belajar.

Insitusi ini sebenarnya bukan mementingkan kualiti pendidikan untuk pelanggan mereka,tetapi mereka lebih lagi mementingkan kuantiti atau bilangan pelajar yang membayar yuran untuk menambahkan profit mereka.Sepatutnya mereka menyediakan satu bahagian badan dalam institusi mereka untuk membangunkan kualiti ilmu yang kepada pelanggan.Menghantar atau mengadakan kursus-kursus memantapkan lagi skill mengajar dan mengupdate ilmu baru.Dan kursus tersebut pula bukan di jalankan oleh ketua-ketua bahagian seperti yang dilakukan kebiasaannya.Kerana mereka juga bukan seorang pakar dalam bidang akademik,sebaliknya mungkin lebih tahu tentang pengurusan dan lebih teruk lagi kalau hanya yang bersikap keras kepala dan rasa semua yang dibuat adalah betul.

Itulah antara intipati hujah yang saya lontarkan dan membuatkan kami mula bercakap tentang sesuatu.Tentang pendapat.Teguran.Mentaliti orang kita dengan teguran.Diterima dengan ikhlas atau diterima dengan berpura-pura ikhlas sedangkan bermonolong sehingga menjadi dendam.

Din mengatakan saya patutnya cakap macam tu kepada orang yang lebih punya kuasa,sekurang-kurangnya mereka tahu yang kompeni mereka hanya mengejar profit.Tapi saya tidak bersetuju dengan Din sebab sekiranya saya mengeluarkan pendapat sebegitu,dan mungkin pendapat tersebut mengguriskan hati bos,atau dia rasa saya ni cuba mengajar dia,dan dia mula menyimpan satu rasa kurang senang dengan saya.Dan mungkin itu benih dendam.Dan itu juga politik

Tapi Din tetap juga mempertahankan,kalau ada idea yang bernas sepatutnya tidak takut untuk menyatakan.Dan bos tidak petautnya marah.Saya tahu bos tidak sepatutnya marah,tapi kalau dia marah juga macam mana?Sebab marah bukan perlu ada perkataan 'patut' atau 'tak patut'.

Contohnya saya bagitahu saya tidak suka dia merokok di sebelah saya.Sebab saya mahukan udara yang bersih untuk bernafas.Dia patut tak marah.Tapi dia mungkin juga marah dan tersinggung dengan saya tanpa mempedulikan 'patut' atau tidak patut'.

Dan kepada Mr.Z,pada hakikatnya saya juga seperti manusia-manusia yang lain di luar sana.Mungkin saya suka,mungkin saya tidak suka dengan pendapat dan teguran anda.Dan "baling batu sembunyi tangan" lagi bijak dari berterus terang.Terima kasih.

Tiada ulasan: