29 Mac 2012

sihir II

Badan yang ramping mula betukar jadi wanita gemuk kesan dari pengambilan ubat penenang (tidur) bagi mengelakkan dia terus berjaga dan mungkin melakukan aktiviti abnormalnya.Berhalusinasi,menjerit,bercakap sendirian dan sebagainya.

Harapan untuk sembuh dari penyakitnya setelah dibawa berubat oleh keluarga angkat merangkap keluarga mertuanya tidaklah ternyata hanya tinggal harapan.Kerana terpaksa juga bergantung pada ubat penenang dan telah bertukar pula ke masalah kemurungan.

Dan bila dia menghadapi masalah kemurungan,keluarga suaminya itu telah menghantar pulang ke rumah ibubapanya di kampung.Sebenarnya itu merangkap "pulangkan" atau "buang" dari hidup mereka kerana selepas dia dihantar kepada ibubapa mereka,langsung tiada dipedulikan lagi oleh suami dan mertuanya.

Setelah bertahu-tahun berurusan turun naik mahkamah syariah untuk memjelaskan status perkahwinan yang ditinggalkan begitu saja atau yang disifatkan "gantung tak bertali" itu.Sekali lagi ibubapanya terpaksa mersusah payah dalam menguruskannya.Tapi itu tidak menimbulkan keluhan,kerana ibubapa tidak akan berkira dengan anak-anaknya.Walau sesusah mana sekalipun.

Urusan mahkamah sudah selesai,penyakit yang dialami juga sudah semakin reda.Boleh disifatkan "reda" kerana dia sudah mula boleh berkerja.Dan orang sekeliling juga memahami akan situasi jiwanya.Jadi mereka juga sama-sama memainkan peranan dalam memulihkan jiwanya yang dulu "sakit".Dia berkerja di sebuah restoran tempat persinggahan bas ekspress.

Di situ juga dia bertemu jodoh untuk sekali lagi dan kekal sehingga sekarang.Walau hanya hidup sederhana dengan suami barunya,dia tampak bahagia.

Persoalannya adalah apa punca terjadinya semua itu pada dia.Rosnita.Adakah angkara sihir atau sebaliknya.Sebab kalau secara logiknya,tiada benda yang berlaku tanpa sebab.Tanpa ada dalangnya.Dan sekiranya angkara sihir itu semua berlaku.Semestinya dilakukan oleh seorang manusia.Manusia tersebut semestinya manusia yang paling kejam,kerana dia telah merampas hidup seorang manusia lain dengan perbuatan jahatnya.

Semoga Rosnita terus hidup bahagia bersama suami,anak-anak tiri dan juga anak angkat yang baru diambilnya.

Tiada ulasan: