menyediakan khidmat nasihat dan proses urusan memohon quota KDN pekerja asing secara sah. Urusan Dari A to Z sehingga mendapat kelulusan KDN tanpa melibatkan pihak ketiga. Berpengalaman lebih 16 tahun dalam urusan berkaitan.
9 April 2012
6 April 2012
Siap la aku kali ni
Selepas lebih dua minggu satu topik hangat diutarakan ketika lepak minum di Rashid dan di postkan di blog ini,hari ini kami melepak lagi.Selepas waktu kerja.Macam biasa,kami bertiga saja.Saya,Khairul dan Din.Khairul yang akan order teh halia dan roti kosong,Din pula teh tarik,air suam dan roti garing kuah dal sambal.Dan saya selalunya tak konsisten sebab selalu berubah-ubah.Hari ni teh ais dan sup ayam,nasi putih separuh.Separuh kedai mamat,nasi kucing lagi banyak.Dasar buruh.
Mesti tak sabar para para pembaca saya yang budiman semua ni untuk mengetahui perbualan kami selanjutnya kan.Sabar ye.Sabar tu penentu kita ni kuat atau lemah.Kalau kita tak sabar dan cepat melenting tu tandanya kita lemah.Lagi teruk kalau nampak bodoh.Ulang lagi sekali ye,nampak bodoh.
Contohnya kalau orang cakap,"ah,buat aktiviti syok sendiri."Jangan melenting ye.Nanti nampak bodoh.
Okey kembali ke meja di Rashid.Din menceritakan pengalaman dia semalam.Ketika dia sedang teman kontraktor pasang lampu di PTPL.Dia menyaksikan kejadian jenayah ragut yang melibatkan mat rempit dan pemandu kereta(wanita).Kejadian di Jalan depan PTPL ketika jalan sedang sesak dengan kenderaan orang balik kerja.Sebuah kereta dipecahkan cermin dan mereka melarikan handbag yang diletakkan di tempat duduk penumpang kereta tersebut.Sebenarnya kejadian seumpama itu biasa saja,sebab saya pun pernah menyaksikannya secara live dan di lokasi yang sama.
Tetapi yang mengagumkan tentang kejadian kali ini adalah,selepas melarikan handbag wanita tersebut,mereka telah membuat pusingan U di traffic light dan seterusnya memecahkan cermin sebuah lagi kereta dan juga melarikan handbag.Betapa beraninya mereka.Betapa berpeluangnya mereka,betapa lekanya mangsa,betapa jenayah berleluasa.Mana pihak berkuasa.Jalan tu dah patut ada kamera serata tempat dah.
Ketua Polis Negara,sila bagi arahan untuk pasang kamera di seluruh Ampang.Budget minta dengan YAB Dato Seri Najib.Tak kan beliau berkira kot.Nak negara berkualiti,kena la berbelanja sikit.Sama juga dengan kompeni yang nak kualiti.Jangan fikir untung saja.
Siap la kali ni,kena umpat lagi la aku...

4 April 2012
dil hai tumhara
Melepasi zaman kanak-kanak,kami menempuh pula zaman remaja.Juga kami masih bersama dalam sesetengah aktiviti.Ini kerana hanya saya yang bersekolah.Kawan saya sudah tidak lagi bersekolah setelah berpindah ke kampung saya.Dan apa yang saya tahu pada masa itu adalah masalah kewangan sahaja.Dan sebenarnya di kampung saya kanak-kanak dan remaja tidak bersekolah adalah perkara biasa.Selain masalah kewangan,kesedaran tentang pentingnya pendidikan dikalangan ibubapa dan anak-anak juga menjadi faktor.
Tetapi rupanya ada cerita lain disebalik masalah kewangan yang saya tahu itu.Jawapan kenapa dia tidak bersekolah.Jawapan kenapa keluarganya berpindah ke kampung saya.Ianya bermula selepas ayahnya meninggal dunia.Beberapa bulan sebelum keluarganya buat keputusan untuk berpindah.Kerana setiap hari yang dilaluinya adalah dengan mengunjungi pusara arwah ayahnya saja.Dia tidak lagi ke sekolah.Dia juga tidak lagi membuat aktiviti lain melainkan hanya melawat kubur ayahnya.Ini merisaukan ibunya.Dan ibunya membuat keputusan untuk berpindah dari situ.
Kenapa klip vedio hindustan pula cerita ini ditulis?
Sebab dia terlalu meminati cerita hindustan dan memaksa saya untuk juga menonton cerita hindustan.Cerita hindustan pertama saya tonton adalah Kuch Kuch Hota Hai.Dan sampai sekarang saya tengok kalu ditayangkan di tv.Siap sebak lagi.
Pada usianya 30 tahun,tahun lepas iaitu 2011.Dia telah pergi buat selamanya.Dialah kawan saya
Al-Fatihah...
3 April 2012
jangan bunuh aku
Orang selalu cakap "dari fitnah,baik bunuh je".Tapi kalau saya la,baik fitnah,membunuh nanti kalau disabitkan kesalah di bawah akta 302 acara jenayah,boleh dihukum gantung sampai mati.Bunuh orang,kena bunuh balik.
Selamat petang.Saya tiada niat apa-apa pun untuk entri kali ni.Jauh sama sekali untuk menggalakkan para pembaca saya membuat fitnah secara aktif.Sebab antara dua pilihan tersebut,fitnah lagi selamat dari hukuman.
Entri petang ni saja untuk menemani ilustrasi yang saya hasilkan sementara menunggu turn untuk solat asar.Kalau hanya upload gambar saja,rasanya terlalu ringkas untuk satu post.Dan mungkin kalau ada yang 'ter'buka entri ini,ada juga yang dapat dibaca.

Lagu dalam kereta
Hari ni azam baru,tak nak lagi sindir-sindir orang dalam entri,terutamanya kepada pembaca-pembaca baru yang mungkin baru nak berjinak-jinak dengan dunia blog.Internet.Bak kata seorang ustaz secara berlawak dalam kuliahnya "rukun Islam ketujuh".Maklumlah,sekarang ni orang lebih sencerung percayakan apa yang ada dalam internet dalam segenap hal.Buku-buku dalam library kekal keras sebab pelajar sudah tak buka buku untuk cari maklumat dalam pembelajaran.Sebenarnya satu masalah tu.Untuk kempen budaya membaca.
Berbalik pada sindir-sindir orang dalam entri,saya rasa tak untung pun kalau asyik sindir-sindir dan membangkitkan emosi orang.Jadi mulai sekarang saya akan sindir dan maki serta fitnah sekali supaya bukan emosi aje yang terganggu,tapi mungkin kewarasan dan pertimbangan juga akan hilang dan mereka akan jadi gila serta merta.
Hahaha jom dengar lagu dari animasi Tarzan
2 April 2012
jangan setan jadi kawan
Bismillahirrohmanirrahim.Hari ini sudah pun berakhir.Selepas peralihan siang ke malam.Senja.Senja juga adalah suatu waktu yang selalu dikaitkan dengan kecelaruan antara kejahatan dan kebaikan.Setan-setan,jin-jin jahat dikatakan mula berlegar dan mengganas di waktu senja dan membawa ke malam.Betul atau tidak saya pun tak tahu.Tapi itu la yang orang cakap dan saya pun sedang cakap.
Jadi untuk tidak bergelumang dalam kesibukan mereka (jin dan setan) itu,sebagai ummat Islam di Fardhu'kan untuk solat maghrib di rumah mahupun di masjid.Mengingati Allah setelah diberikan satu hari ini untuk menjalankan hidup di dunia.Dan tiada janji untuk esok masih lagi diberi peluang hidup sepertimana hari ini.Hargailah peluang Allah itu.Jangan terlalu hanya menghargai peluang yang diberikan oleh manusia.Sebab manusia yang konon memberi peluang itu pun belum tentu akan dihidupkan lagi esok.Allah Maha Kuasa.Semua rezeki datang dariNya.
Hakikat putaran roda kehidupan adalah satu lagi perkara yang perlu ditempuh.Sebab selagi bergerak (hidup) roda akan terus berputar dan apabila berputar, semua akan bertukar kedudukan.Atas akan ke bawah dan bawah pula akan ke atas dan begitulah seterusnya.Hidup jangan sombong,sebab mungkin bukan esok,mungkin bukan lusa tapi suatu hari nanti.Ke bawah tidak semestinya bankrap bang.Masuk kubur pun ke bawah juga namanya.Raja yang di sanjung pun masuk kubur dan dipijak juga atasnya.Jadi hidup jangan sombong.
Amboi berpesan-pesan pula saya di sini,lupa pula yang kalau entri nasihat macam ni sendiri baca saja.Lain la kalau entri yang boleh buat saya jadi 'kambing hitam' kepada kebodohan seseorang.Orang yang tak pernah baca blog pun,jadi pembaca dan follower lagi.Bukan itu saja,siap print dan laminate.Eh saja tuduh,takde kan.Apa ke bangang print penulisan yang tak best dalam blog saya ni.

Langgan:
Ulasan (Atom)