4 April 2012

dil hai tumhara

Pada umur saya 10 tahun,saya dapat seorang kawan baru.Keluarganya baru berpindah dan jadi jiran saya.Umurnya setahun lebih tua dari saya.Kami membesar bersama dan sering mendapat jolokan "kembar berlainan mak dan ayah" dek kerana keakraban kami berdua.

Melepasi zaman kanak-kanak,kami menempuh pula zaman remaja.Juga kami masih bersama dalam sesetengah aktiviti.Ini kerana hanya saya yang bersekolah.Kawan saya sudah tidak lagi bersekolah setelah berpindah ke kampung saya.Dan apa yang saya tahu pada masa itu adalah masalah kewangan sahaja.Dan sebenarnya di kampung saya kanak-kanak dan remaja tidak bersekolah adalah perkara biasa.Selain masalah kewangan,kesedaran tentang pentingnya pendidikan dikalangan ibubapa dan anak-anak juga menjadi faktor.

Tetapi rupanya ada cerita lain disebalik masalah kewangan yang saya tahu itu.Jawapan kenapa dia tidak bersekolah.Jawapan kenapa keluarganya berpindah ke kampung saya.Ianya bermula selepas ayahnya meninggal dunia.Beberapa bulan sebelum keluarganya buat keputusan untuk berpindah.Kerana setiap hari yang dilaluinya adalah dengan mengunjungi pusara arwah ayahnya saja.Dia tidak lagi ke sekolah.Dia juga tidak lagi membuat aktiviti lain melainkan hanya melawat kubur ayahnya.Ini merisaukan ibunya.Dan ibunya membuat keputusan untuk berpindah dari situ.

Kenapa klip vedio hindustan pula cerita ini ditulis?
Sebab dia terlalu meminati cerita hindustan dan memaksa saya untuk juga menonton cerita hindustan.Cerita hindustan pertama saya tonton adalah Kuch Kuch Hota Hai.Dan sampai sekarang saya tengok kalu ditayangkan di tv.Siap sebak lagi.

Pada usianya 30 tahun,tahun lepas iaitu 2011.Dia telah pergi buat selamanya.Dialah kawan saya
Al-Fatihah...


Tiada ulasan: