Hari Isnin hari tu saya ada bertanyakan tentang salah seorang rakan sekerja(miss Manju) yang tidak kelihatan di opis pada hari tersebut.Dan jawapan yang saya terima adalah,"dia balik kampung, Bapa saudara dia meninggal".Saya hanya menerima jawapan itu dengan secebis rasa simpati dan berkata dalam hati,"sejak akhir-akhir ini macam selalu sangat dengar berita tentang kematian. Ayah student, saudara mara staff. Malah bukan lagi perkara yang mengejutkan bila didengar.Perasaan itu bila ianya tiada kaitan dengan kita.
Sebab masih di hari yang sama, ketika saya sedang bersiap untuk tidur.Dalam pukul 12 malam.Saya mendapat panggilan telefon dari jiran di kampung menyampaikan berita bahawa Paksu saya baru saja terlibat dalam kemalangan dan meninggal di tempat kejadian,ai bukan lagi diterima seperti berita-berita kematian sebelum ini.Ia membuatkan saya mengigil,fikiran melayang-layang,sukar untuk saya membuat tindakan susulan.Terbayangkan sebatang tubuh yang sihat walafiat,gagah perkasa,bersemangat bila berbual,kini terbujur kaku dalam bangkai sebuah kereta yang menjadi nadi perjalanan seisi keluarga.
Selan beberapa minit,saya ambil keputusan untuk terus balik kampung bersama-sama dengan adik yang tinggal di Subang,dan abang yang berada di Sentul.Setelah selesai menjemput mereka berdua di rumah masing-masing,kami bertolak balik kampung lebih kurang pukul 2 pagi.Masa tidur untuk malam itu diganti dengan memandu sepanjang malam disamping fikiran melayang-layang dan terlebihnya simpati terhadap ayah kami yang tidak sihat di kampung.Bagaimana keadaannya apabila dikejutkan dengan berita sebegini ketika sedang lena tidur di tilam usangnya.Hancur dan amat memilukan.Adik bongsu yang sangat akrab kini pergi buat semalanya menemui Allah Pemilik seluruh alam.
Pukul 5.pagi kami tiba diperkarangan rumah.Ternyata apa yang dirisaukan kami tadi tiada sedikitpun menyimpang.Ayah mula beremosi apabila melihat kami tiga beradik muncul di hadapan.Kami tahu itu ketetapan,tapi juga tahu ianya amat menyedihkan.Bertenang selagi mampu bertenang.Menangislah jika ianya akan melegakan.Sebab yang pergi tidak lagi akan kembali.Walau untuk sehari.
Selapas solat subuh di masjid,menyampaikan berita kematian,berurusan dengan imam,menguruskan penyediaan kubur dan segalanya.Saya pergi ke hospital untuk berada di sana dan melakukan apa yang patut.Bacaan yasin sudah semestinya.Melihat jenazah arwah tiada celanya.Air muka tenang seperti tidur sahaja.Dan ketenangan itu jelas mengambarkan tiada apa perlu difikirkan lagi setelah dijemput oleh Allah dan sepatutnya diterima dengan tenang oleh yang masih hidup.
Arwah selesai dimandikan,disembahyangkan dan seterusnya disemadikan dalam pukul 11 pagi.Sedekahkanlah Al-fatihah kepada arwah Samsudin Bin Seman.Sekian terima kasih
Ayah(kiri) masih lagi merderai air mata ketika imam membaca talkin kepada arwah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan