Kenapa baru hari ini saya tulis macam ni,semestinya boleh ditafsirkan oleh pemikir-pemikir di luar sana yang berminat dengan hidup saya.Perasan public figure betul saya ni.
Sebenarnya saya boleh saja untuk tidak jadi seorang yang perasan macam tu.Tapi dengan syarat,jangan la asyik bincang pasal hal saya pula.Masa makan,masa kerja(lipat surat),masa hubungan intim dengan suami pun bayang saya apa hal.Perasan public figure la saya kalau macam tu.
Dan kalau menegur saya pun jangan la nampak diri tu baru lepas mengumpat saya.Macam tanya "hai pakai jam sekarang,sebelum ni tak pernah pun pakai jam".Untuk pengetahuan puan-puan,saya ada beli 3 jam.Kalau saya ada 3 jam,dan orang tak pernah nampak saya pakai jam tu maknanya apa?orang tu tak pernah pandang pun saya sebelum ni kecuali selepas dia melalui sesi mengumpat baru dia pandang saya untuk perhatikan semua yang ada pada saya.Bukan public figure ke macam tu?
Maka untuk menambahkan lagi hormon memikirkan tentang kehidupan saya ini;dari segi apa yang berlaku,apa yang saya fikirkan.Dan seterusnya membuat hipotesis yang akhirnya di putuskan sebagai kesimpulan untuk dibincangkan.
Jadi terimalah lagu ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan