14 Ogos 2012

Surat Letak Jawatan

Bangun tidur pukul 8.10 pagi tadi memang rasa berat amat untuk datang kerja. Namun,digagahi juga bila memikirkan tanggungjawab kepada pelajar. Ada yang terpaksa menaiki beberapa public transpot untuk sampai ke kolej. Selain itu,minat mengajar dan bercakap meluahkan idea juga menjadi penguat semangat untuk terus bangkit bersiap untuk datang kerja.

Tapi semua yang di atas itu terpadam apabila melangkah masuk ke dalam kelas pada pukul 9.00. Bilik 202,atau Bilik Lukisan. Dengan susunan mejanya,dengan kertas di atas meja,dengan kualiti hasil kerja yang dihantar dan sebagainya. Membuatkan jiwa tersentuh,hati berkata-kata; mereka(pelajar) tak pernah pun cuba untuk menjaga hati pensyarah mereka ini. Padahal sudah berulang kali diingatkan,dipesan,diberitahu supaya jaga kebersihan kelas. Susun balik meja dan kerusi selepas digunakan atau di alihkan. Lukis secara serius,jangan fikir cepat siap saja. Sebab saya sudah beberapa kali dikomplen sebab keadaan kelas ini. Tak kesiankah mereka andai saya dimarah pihak atasan kerana perbuatan mereka. Tapi semua tu langsung tidak memberikan kesan sedikit pun dalam benak mereka.

Patutlah dalam laporan survey untuk tiga semester lepas, saya penghuni kelompok terbawah. Rupanya saya telah buat kesilapan dalam teknik mendidik mereka. Saya memberi nasihat pada setiap kali sesi kelas. Pada hemat saya,mereka akan sedar dan jadi manusia yang berguna. Saya silap,layan mereka seperti manusia. Nasihat sebenarnya untuk merangsang akal. Sepatutnya saya layan mereka macam binatang. Bukan pendekatan nasihat.

Setelah menunggu selama 46 minit,barulah muncul seorang pelajar yang datang kelas. Pukul 9.46. Padahal kelas sepatutnya bermula jam 9.00 pagi. Ini satu lagi sikap yang saya tak mampu ubah melalui nasihat dan amaran. Kepentingan dalang kelas seolah diambil mudah. Seminggu nak raya,sudah balik kampung. Nak beli baju raya sampai tak datang kelas. Datang kelas ni seolah mengisi masa lapang saja. Sekiranya ada hal lain,walaupun tak penting maka hal tersebut lagi diutamakan.

Kesimpulannya,penulisan hari ini adalah meluahkan kegagalan saya mendidik selama 3 tahun berada di sini. Maka dengan itu,saya mengumumkan perletakan jawatan sekarang. Muktamad. Sekian terima kasih kerana membaca

10 Ogos 2012

kejadian semalam

“SAYA tak curi bang. Saya mari nak check duit gaji. Saya nak ambik helmet,sebab helmet saya kena curi”. Penjelasan dari suspek ketika saya melangkah masuk dan duduk di kerusi ala bos di bilik yang menempatkan suspek pencuri yang baru ditangkap oleh En.Syukri dan beberapa orang student. Mungkin dia nampak saya macam seseorang yang berpengaruh di situ,dengan muka serius dan bergaya mewah:kemeja hitam jalur putih,tie ada kerawang,jam tangan berjenama Crocodile,kasut kulit hitam jenama Bonia,mata coklat merenung tajam dan rambut panjang seperti model sambilan.


Tanpa mempedulikan penjelasan suspek itu,saya mengajukan soalan kepada En.Shariman yang berkawal dalam bilik tersebut bersama seorang student.”Mana korang tangkap dia?”. Dan jawapan dari En.Shariman tidak dapat ditangkap oleh gegendang telinga saya kerana di masa yang sama suspek tersebut sedang memberi penjelasan yang sama seperti mula-mula melihat saya tadi.

Lalu saya menerpa ke arahnya seperti singa lapar lalu membelasahnya bertubi-tubi bagai dirasuk roh jahat sambil memberitahunya “aku masuk dalam bilik ni bukan nak dengar kau mengaku atau kau menafikan. Tapi aku masuk untuk belasah kau. Dah sebulan aku tunggu hari ni”. Sehinggalah saya dihalang oleh En.Shariman dan En.Syukri yang ada dalam bilik itu.

Setiap minggu yang lepas,mesti akan datang beberapa orang pelajar yang datang jumpa saya untuk minta melihat rakaman CCTV kerana barang mereka telah dicuri. Dan apabila melihat rakaman tersebut, wajah orang yang sama akan tertayang sedang rakus menyelongkar beg mereka dan mengambil apasaja barangan yang ada.

Melihat kepada kesusahan yang terpaksa ditanggung oleh para pelajar yang menjadi mangsa perbuatanya tersebut,membuatkan hati saya membara dan mula menyimpan dendam. Kesombongannya yang mengulangi perbuatan mencuri di hari yang sama dan waktu yang sama setiap minggu lagi membuatkan dia diburu. Dan itu juga menyebabkan gambarnya tersimpan dalam poket seluar saya setiap masa. Dan saya akan tunjukkan kepada sesiapa saja supaya mereka kenal dengan buruan saya itu.

Dia juga sebenarnya sangat bertuah kerana,sejak saya hidup selama 30 tahun,dia orang pertama yang saya belasah tanpa perasaan simpati(masa kejadian tadi je,sekarang dah rasa kesian. Sakit tu. Sampai berdarah-darah). Tapi bak kata pepatah;terlajak perahu boleh diundur,terlajak laku buruk padahnya. Perlakuan pencuri tu sudah terima padahnya,tapi terlajak laku saya tadi entah apa padahnya. Wallahualam…

24 Julai 2012

Usap sampai lenguh

Aduh benci betul la kalau lama tak menulis ni.Mesti idea macam payah je nak keluar.Ayat pun susah nak susun walau sudah ada idea.Nak kritik or menyindir pun diri sendiri aje yang faham.Contohnya macam sekarang ni,ideanya adalah saya nak cerita tentang kejadian semalam.Salah seorang mak pelajar call saya pagi-pagi.Sebenarnya takde la pagi sangat pun.Sebab dah pukul 8.45 pagi.

Tujuan dia call adalah untuk memberitahu anaknya terlajak tidur.Sedangkan pagi semalam ada Ujian Amali yang perlu dihadiri oleh anaknya pada jam 8.30 pagi.Dia meminta saya memberitahu pengajar supaya membenarkan anaknya itu masuk ke bilik Ujian andai terlewat sampai kolej.Dan jangan terlalu bertegas dengan anaknya itu.Saya hanya mengiyakan saja.Dan buat apa yang diminta.

Pukul 9.30 pagi,sekali lagi dia call saya.Tapi kali ini dengan sedikit beremosi dan marah-marah.Sebab anaknya tadi tetap tidak dibenarkan untuk menduduki Ujian tersebut.Macam-macam yang dibangkitkan.Pihak pengurusan.Waktu yang dianjak.Nak gugurkan subjek sebab dah rasa akan faile.Dan saya menganggap itu sekadar provokasi pendek akal saja.Sehinggalah dia cerita perihal anaknya yang dah berubah;tak keluar malam.Oleh kerana bulan puasa,dan saya pula sedang menjalankan ibadah,maka saya dengar saja.Tu pun handfon  saya letak jauh je dari telinga.Malas nak layan.

Berceritalah dia tentang pantang larang berhadapan dengan anaknya itu.Anaknya itu tak boleh dimarah-marah,tak terima nasihat.Dia sempat cakap lagi,"En.Udi je faham perangai anaknya.Dia langsung takde masalah dengan En.Udi."Tapi saya cakap dalam hati,"saya bukan 'faham',tapi saya 'rasa'.Saya 'rasa' yang dia nak dilayan macam kucing Parsi.Dan saya takkan buat macam tu.Baik saya fikir benda lain.Dan untuk pelajar lain.

Dia juga cuba salahkan pihak kolej kerana menukar waktu operasi dengan alasan bulan puasa.Katanya kalau guna waktu biasa,mesti anaknya sempat untuk sampai dan dapat menduduki ujian itu.Pukul 9.30.Ni start pukul 8.30,sebab tu anaknya tertidur dan tak sempat sampai.

Saya hanya respon kepada emosi dia dengan satu ayat aje."anak puan sorang je yang masalah,budak lain semua dapat datang."Tapi ayat monolog saya pula,"anak puan tu yang taknak jadi manusia.Nak bercakap tentang 'kalau',kalau ujian tu bermula pukul 9.30,dia akan tertidur sampai pukul 10.00 pulak.Sama juga tak dapat masuk nanti.Jadi jangan nak menangkan anak sangat ye.Saya pun tak menangkan kolej ni.Tapi menyampah la pagi-pagi,puasa-puasa,ngantuk-ngantuk ni."

23 Julai 2012

"Sebagai salah seorang blogger yang beragama Islam,terasa janggal sekali jika tidak saya post entri sempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Mungkin walau hanya uncapan "selamat berpuasa kepada semua,selamat bersahur,selamat berbuka,terawih dan juga ibadah-ibadah lain.Namun mungkin juga coretan luahan hati sebagai seorang hamba yang kerdil di muka bumi Allah ini."

17 Julai 2012

11 Julai 2012

Cerita di suatu pagi.

Cerita di suatu pagi.
"Gila betul si Polan tu"
"Kenapa kau tiba-tiba kata begitu?"
"Aku rasa macam dia tu songsang la"
"Pulak dah?"
"Kau tau, dia bla bla bla bla..."
"Haha aku tau.Eh aku dah agak pun.Tapi yang aku tak dapat agak adalah benda ni aku dengar dari mulut orang lain.Sebab sebelum ni aku dengar dari suara hati aku je yang bercakap.Tapi bagus la kalau orang lain pun dah perkatakan."
"Macam mana kau boleh agak tu?Tak kan pulak kau pun alami benda yang sama.Hehe"
"Bukan aku la.Bukan sorang aje yang kena.Dah ramai pun.Tapi semua diam.Ada yang dah kena teruk pun.Huh!!"
"La ye ke.Tapi kenapa ye?"
"Ntah.Tapi mengikut tuduhan aku,tu berkaitan dengan empayar.Tapi kalau aku silap,itu maknanya dia memang ada masalah jiwa la.Atau gila.Atau kedua-duanya sekali."
"Apa maksud 'empayar' tu sahabat?"
"Pengaruh"
"untuk?"
"Team"
"Tu je?"
"Ye la.Sebagai permulaan.Tapi bila dah terjebak,alamatnya dah tak peduli diri sendiri la.Jadi zombie.Kau nak?"

Tapi yang pastinya cerita pagi itu tidak berakhir begitu saja.Kerana ianya merupakan satu petanda lembaran baru akan dibuka sebagai topik empat mata.Cerita yang mungkin akan meruntuhkan sebuah angan membina empayar.Cerita yang juga mungkin akan mengaibkan kelalaian seseorang sehingga terperangkap.Atau mungkin juga cerita yang akan memusnahkan si Polan yang taksub memerangkap.

bagai sebuah kapal perang
namun beza apa di dalam
akal dibawa bebas melayang
meletup merebahkan diri
mati bukan mati
mati dengan erti
mati dengan bakti
aku belum bersedia lagi
hehe

3 Julai 2012

PTPL:Terus berjaya

Assalamualaikum.Salam sejahtera.Apa khabar?Dan yang paling penting motivasi penuh la hari ni ye.Tak mau motivasi separuh-separuh aje.kasi naik bagi penuh.Terutamanya bagi adik-adik yang sedang belajar tu.Jangan longlai saja.jangan jalan macam orang yang tengah tunggu hari nak mati saja.Semangat sikit.Ingat,menuntut ilmu ni seronok.Mau nya tak seronok,sebab lepas ni orang pandang kita sebagai seorang yang berilmu.Kalau belajar main-main,malu la nanti.Orang pandang bukan main tinggi lagi,padahal kita apa pun tadaaa.Belajar betul-betul.

Sama la juga dengan mereka yang berkerja tu.Akak-akak yang berkerja.Jangan la teruk sangat muka tu kalau ada masalah pun.Orang tengok pun takut.Elok ada satu masalah,jadi masalah lain pulak nanti.Cari kekuatan.Cari motivasi diri.Takkan nak terus macam tu aje kalau ada masalah.Kalau perlu bercakap,bercakap.Ya,bercakap ni akan merangsang otak kita untuk jadi lebih bijak dan kritis tau.Berbanding dengan kita hanya duduk diam saja.Tapi jangan la cakap benda yang bukan-bukan pula.Cakap la maklumat-maklumat yang ilmiah.Fakta-fakta yang tepat.Idea-idea yang bernas.Kalau cakap merapu saja,baik diam la pula saya rasa.

Pengalaman saya mengajar selama tiga tahu.Saya akan rasa lebih hidup dan otak saya lebih kritis apabila berhadapan dengan kelas yang pelajarnya memberi respon.Pelajar yang aktif.Mereka menjawab bila ditanya.Bertanya bila tak tahu.Ketawa bila ada perkara yang mencuit hati.Tapi kalau berhadapan dengan pelajar yang diam seribu bahasa,pegang pen dan buku nota.Senyum pun tidak.Bukan saya saja mati,kutu atas kepala pun turut mati tengok mereka.

Abang ni dah menulis entri motivasi balik?Dah tak jiwa kacau ke?Alamat bosan la blog ni nanti.Dah takde topik-topik kontroversi lagi la gamaknya nanti ni.

Hidup ni bagai berada di roda yang berpusing dik.Kalau masa dia berpusing dan meletakkan kita di atas,maka banyak la kelebihan kita.Dapat tengok macam-macam.Seronok.Tapi bila kita dah kembali ke bawah,jangan la gundah gulana sangat.Biarlah orang lain pula merasa di atas.

Tak faham ye?Baiklah,topik kontroversi akan ada.Rajin-rajin la baca kalau nak tau.Sekian terima kasih.

p/s: Andai bos baca,sebenarnya entri ini ditulis di rumah dan saya hanya tumpang internet opis untuk publish saja.