12 Mei 2013

Post-GE 13


Sebelum balik mengundi minggu lepas,ada juga percubaan untuk update entri baru. Namun niat tidak kesampaian kerana member yang aku nak tumpang awal pula nak bertolak. Kalau tidak sempat juga meramal dan berkempen buat kali terakhir.

Secara jujurnya aku mengharapkan untuk kerajaan berubah kepada pakatan pembangkang. Dan sudah pastinya ramalan aku untuk entri tersebut akan kearah pembangkang. Sebab aku menaruh keyakinan yang tinggi pada masa itu bahawa pembangkang punya aura yang kuat untuk memenagi pilihanraya ke 13 ini. Ternyata jangkaan aku meleset sama sekali. Begitu juga dengan jangkaan ramai orang,wartawan,calon,malah Najib sendiri.

Bila diamati secara tersirat,ada beberapa yang dapat aku perkatakan tentang keputusan pilihanraya kali ini dan tentang keputusan untuk memilih para pengundi. Begitu juga kejayaan pihak kerajaan meraih undi dengan agenda terancang yang sebenarnya dilakukan dalam jangkamasa pendek saja. Bukan memerlukan satu penggal pemerintahan pun.

Contohnya program pembahagian duit (BR1M), ianya hanya diberikan pada dua tahun terakhir ini saja. Begitu juga dengan program-program lain seperti BB1M,PR1MA,BL1M dan sebagainya hanya dilancarkan pada saat-saat terakhir penggal saja. Sehingga ada program yang dilancar atau dirasmikan setelah parlimen dibubarkan. Padahal semua sedia maklum bahawa semasa kerajaan sementara sebenarnya sudah tidak boleh lagi merasmikan apa-apa.

Namun siapa peduli itu semua,sebab yang paling penting adalah untuk mempelihatkan jasa bagi pengundi atas pagar khasnya. Yang lagi melampau juga adalah untuk mengikat kontrak dengan penerima bagi program-program tersebut. Contohnya penerima bantuan rumah(PR1MA),sudah pasti mereka akan terus mengundi kerajaan kerana ingin memastikan rumah yang sedang dibina itu dapat disiapkan dan seterusnya diberikan padanya.

Oleh sebab itu jugalah para penganalisis selepas pilihanraya bersetuju mengatakan kerajaan sebenarnya tidak mendapat sokongan dari golongan kelas menengah. Kerana mereka tidak terlibat dalam kontrak sepertimana golongan bawahan yang ada di Negara ini.

Bagi golongan kelas menengah pula,mereka mengharapkan kualiti pemerintahan dan penglaksanaannya lebih berkesan dan berintergriti lagi. Jadi mereka lebih rela mengambil risiko untuk menukar kerajaan berbanding terus memberi kepercayaan kepada kerajaan sedia ada.

Salah satu program yang dilancarkan sebaik saja kerajaan BN memerintah pada penggal lalu (PRU12), Najib terus melancarkan NKRA. Yang menumpukan tujuh aspek untuk dibuat menambahbaikan dalam pemerintahannya. Kadar jenayah,rasuah,pendidikan,kemiskinan,pengankutan awam (sekadar menyebut beberapa) adalah dikatakan untuk memberi penekanan. Namun itu semua hanya jadi retorik dalam mesyuarat sahaja mungkin,kerana rasanya rasauah masih lagi bermaharajalela dari segenap sector. Tanpa ada yang dihadapkan ke muka pengadilan dan dihukum. Malah dikalangan menteri-menteri kerajaan sendiri juga hanya disenyapkan begitu saja.

Rasuah semasa pilihanraya berlaku terlalu terang-terangan,tiada siap yang berani perkatakan kerana yang akan menerima hukuman bukan pelaku rasuah itu,tetapi orang yang menghalang rasuah itu dari berlaku. “ambil duit RM100 ni dan undi BN.Kalau undi PAS,haram duit tu awak guna!”. Bukan rasuah ker tu?

Begitu juga dengan pendidikan,tiada apa yang berubah melainkan program bagi duit bantuan untuk pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Dan vaucer buku untuk pelajar IPT yang tidak seberapa itu.

Itu baru satu isi tersirat dari keputusan PRU13 Ahad lepas. Kedua pula adalah,ketakutan rakyat Malaysia kepada undang-undang Islam yang dimomokkan oleh kerajaan. Atau juga betapa sahabat-sahabat kita diluar sana tidak percaya bahawa Islam itu adalah cara hidup dan Al-Quran itu pula panduan yang sempurna untuk menentukan cara hidup berlandaskan Islam.

Mereka semua dimomokan akan kehilangan kebebasan untuk melalukan dosa apabila mereka meilih kerajaan yang akan melaksanakan hukum Islam dalam pemerintahan. Ternyata rakyat Malaysia serlalu sayang pada keseronokan yang telah disediakan oleh kerajaan yang sedia ada iaitu kebebasan melakukan maksiat dan melanggar perintah Allah.

Pemerhatian aku pada negeri-negeri yang langsung tidak memberi peluang kepada Islam(parti Islam) memerintah seperti Johor,Pahang,Melaka,Sabah dan Serawak. Negeri-negeri tersebut terlalu sedikit undi diperolehi oleh calon-calon PAS. Tapi kalau anda menjejakkan kaki ke negeri-negeri tersebut,anda akan akui mereka terlalu sayang untuk meninggalkan maksiat yang ada. Kebebasan untuk berhibur,judi,kedai arak,pelacuran dan sebagainya.

Budaya kafir yang dijalankan dan cara hidup kafir menjadi asas didikan pada generasi muda mereka menjadikan proses menerimaan terhadap cara hidup dan pemerintahan Islam jadi terlalu sukar.

Kepada sesiapa yang memperjuangkan Islam,jangan berhenti di keputusan piliharaya ini. Teruskan perjuangan.



16 April 2013

KELAS LUKISAN



KELAS LUKISAN 


Pelajar Sekolah Rendah





1SEK.RENDAH 1 - 6
    RM 48 per month
Sesi Outdoor Painting Kelas Dewasa


2. SEK.MENENGAH 1 - 5 
    RM 58 per month
   *4 kali sebulan


3. DEWASA

A) Basic Drawing & Watercolour 
    RM120 per month


B) Oil Painting / Akrilik 
    RM 150 per month
   *3 kali sebulan


4. INTENSIVE PAINTING WORKSHOP :

A) Outdoor Watercolour Painting Technique.

B) Painting Landscapes with Watercolour Technique.

C) Painting Flower with Watercolour Technique.

D) Drawing Potrait with charcoal / Pencil Technique.

E) Classical Oil Painting Technique.

F) Dry Brush Watercolour Technique.

Pelajar Sekolah Menengah
H) Alla Prima Watercolour Technique.

    *RM 280 per session (4 hour) with art material supplies.


5. PERSONAL ART CLASS :

Untuk Dewasa / Pelajar

* Caj mengikut jam & lokasi


Pendaftaran dibuka sekarang.
Sila hubungi :


 012 - 955 5731

10 April 2013

KEMPEN SUDA

Pengumuman telah pun berlaku lebih kurang pukul 11.40 pagi tadi,maka lepas ni mesti tak tidur malam(siang lagi la tak) mereka yang berkenaan. Lagi rasa tak cukup 24 jam sehari dan 7 hari seminggu adalah calon-calon yang akan bertanding,pihak-pihak yang berkepentingan secara langsung dengan politik,dan sewaktu dengannya.

Tapi kebanyakan rakyat Malaysia sebenarnya telah lama ada keputusan untuk memangkah calon mana,parti mana pada pilihanraya nanti. hanya tunggu tarikh pilihanraya saja. Usaha yang Akan dijalankan oleh parti-parti politik bermula hari ini boleh dikatakan sebagai untuk mengimarahkan lagi kempen saja.

Mungkin juga untuk mengutip saki baki penduduk kampung atau masyarakat yang kurang pendedahan atau kurang minat tentang piliharaya sebelum ini untuk menambah undi di pihak mereka. Mungkin berkesan dan mungkin juga jadi usaha yang sia-sia.

Secara peribadi,saya telah lama membuat pemantauan tentang permainan politik negara. Dan rasa tidak keterlaluan kalau saya menyokong kata-kata salah seorang profesor dari Belanda yang mengatakan,"dalam politik,rakyat mahukan keamanan manakala pemimpin pula mahukan peperangan."

Sebabnya,para pemimpin berusaha mencipta pelbagai situasi yang boleh mendatangkan ketegangan. Dan seterusnya mengheret rakyat ke arah ketaksuban dan mengundang pergaduhan dan pecahbelah.

Kalau ada yang terbaca entri saya kali ini,mungkin anda tertanya-tanya saya berada di pihak mana dalam pilihanraya (PRU-13) yang bakal berlangsung pada 5 Mei 2013 nanti.

sebagai salah seorang blogger,saya juga akan ambil bahagian dalam menguji ketakutan BN tentang media internet ini. Saya akan berkempen supaya rakyat Malaysia buka mata tentang senario politik kita. Tentang penyalahgunaan kuasa Kerajaan BN,Tentang momokan,fitnah dan sebagainya oleh kerajaan BN terhadap mereka yang ingin menegakkan kebenaran,meluruskan perjalanan,membersihkan yang hitam.

Mereka (kerajaan BN) hanya akan mengatakan segala perkataan,ayat yang dikeluarkan oleh pihak lain adalah bertentangan dan fitnah semata-mata. Mereka juga tidak menjawab kepada persoalan yang diperkatakan dan merupakan salahlaku para pemimpin mereka seperti rasuah,salahguna kuasa, dan percaturan lain.

Sebagai contoh,Kes Altantuya,siapa sebenar dalagnya?,pesalahnya siapa?,betulkah mereka sudah dihukum?Isapa pun tak tahu.

Tentang pembelian kapal selam yang menggunakan Razak Baginda sebagai ejen dan kos pengurusannya mencecah ratusan juta. Kenapa begitu?,siapa yang untung?,ada unsur rasuah dalam urusan kan?

Lagi satu,sebagai rakyat yang berfikir,yang takut pemerintahan jatuh pada Pakatan Rakyat adalah BN saja.Sebab mereka akan kehilangan kuasa monopoli semua harta negara. Rakyat tidak perlu takut,sebab Pakatan Rakyat juga inginkan negara ini maju,aman, dan lain-lain. Cuma mahu mencantas korupsi yang berlaku dalam kerajaan yang sedia ada saja. Mengembalikan segala hasil negara kepada kemakmuran rakyat dan negara.Bukan untuk kegunaan peribadi dan ahli keluarga sahaja seperti mana projek NFC yang berharga lebih 250 juta itu. Sedangkan rakyat masih juga terpaksa membayar dengan harga yang tinggi untuk membeli daging lembu.

fikir-fikirkan...

8 Mac 2013

selamat hari wanita

ni adalah merupakan lagu yang akan menggamitkan kenangan saya pada zaman kanak-kanak apabila hari wanita.

21 Februari 2013

POLITIK


Ye betul. Saya juga sebenarnya lebih cenderung bercakap tentang politik kalau kena dengan situasi dan orang yang saya jumpa. politik yang dimaksudkan ni adalah politik berkaitan dengan pemerintahan Negara. Bukan politik lain. Sebab politik banyak pengertiannya. Namun yang lebih popular adalah politik untuk pilihanraya la.

Sejak musim pilihanraya bermula ni,sudah dua kali saya mendapat panggilan dari pihak yang mewakili parti politik(pembangkang) yang ditugaskan untuk meraih undi masa pilihanraya nanti. Tak salah,itu adalah salah satu usaha mereka untuk menang pilihanraya nanti.

Namun apa yang saya nampak dengan usaha itu,mereka lebih jimat berbanding dengan menabur wang ringgit. Mungkin kemampuan mereka juga tidak mengizinkan untuk menggunakan wang dalam meraih undi.

Memang ramai yang bersorak apabila ditaburkan wang ringgit,tapi jika dipandang dari sudut nilai moral dan jangka panjang,budaya begitu akan merosakkan masa depan Negara. Mewujudkan generasi yang senang dibeli. Dengan bayaran RM500,RM250 sudah memadai untuk memberi mandat pada mereka untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. Klise..

Malas nak cakap banyak. Sebab saya sayang blog saya ni. Nanti kena block. Maklum la mereka ada kuasa. Dan sekarang mereka sedang rancak membeli kuasa dari rakyat-rakyat yang miskin harta dan miskin akal.



SIMBIOSIS



Hari ni saya akan menulis tentang satu istilah sains yang membawa maksud perkongsian yang saling memberi faedah kepada satu sama lain. Berlawanan dengan istilah parasite, yang mana hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja.

Simbiosis juga merupakan sebuah tajuk lagu dari ratu rock Malaysia, iaitu Ella. Akhirnya Ella menamatkan zaman bujangnya tahun lepas,walaupun sudah agak lewat. Apa-apa pun tahniah dan semoga berkekalan. Dulu saya minat Ella,mungkin sebab dia datang buat konsert kat Merapoh kot. Ah sebenarnya takde kaitan pun dengan entri ini.

Menulis sambil dengar lagu patah seribu dengangan Shila Hamzah ni membuatkan saya kehilangan punca. Idea yang ingin ditulis pada awal tadi hilang diayak oleh lenggok suara Shila. Saya suka dengan vocal Shila sejak dia zaman kanak-kanak lagi.

Ah lagu Awi Rafael pulak dah. Ni lagi haru. Ada jugak manusia yang cakap saya ni ada iras Awi Rafael. Tak tahu la tang mana yang irasnya. Kalau Leonardo Di Caprio tu ada la jugak. He he..

Berbalik pada cerita simbiosis, sebenarnya semalam saya ada pomen motor(pomen tu maksudnya baiki,bukan posmen. Ada ker orang posmen motor?) . Seperti biasa,kalau main dengan enjin ni mesti tangan akan kotor dengan minyak hitam.

Untuk mengaitkan dengan istilah simbiosis dalam cerita ini,saya menyampoo rambut semasa mencuci tangan yang kotor itu. Hasilnya,tangan saya bersih dan rambut juga bersih dan segar.

Begitulah cerita simbiosis saya. Tapi anda mungkin boleh praktikkan dalam kehidupan anda dengan cara yang lebih kreatif. Contohnya makan nasi menggunakan tangan selepas melakukan aktiviti mengecat. Selepas makan,pasti cat yang melekat di celah-celah kuku hilang. Perut pun kenyang.

1 Februari 2013

Monolog ~ Patutkah???

Salam sejahtera..kekok juga rasanya bila lama tidak menulis.(sebenarnya hampir setiap kali aku kembali menulis,aku akan tulis atau terfikir tentang ini). Sebab terasa payah untuk membuat ayat, nak susun mana dulu dan mana kendian, dan juga tentang idea mana yang nak ditulis. sebab dah banyak sangat yang ingin dituliskan.

Dan lagi satu bila aku mula menulis dan seolah sedang bercerita,satu lagi persoalan adalah. "Aku ni sedang cerita kat sape? Ada ker orang baca blog aku ni?" Namun sebenarnya aku sedang cerita kat korang la. Korang la yang sedang baca blog aku ni.

Tertunggu-tunggu kan apa yang akan aku sampaikan kali ni?

Aku rasa kita tidak patut tahu tentang apa yang orang lain cakap pasal kita dalam hati mereka. Sebab bila kita tahu mereka cakap apa, mereka fikir apa, mereka rancang apa. Maka kita mula jadi manusia yang lain. Kita akan pandang mereka dengan pandangan yang lain. Kita akan fikir mereka dengan pemikiran yang lain.

Masalah mula timbul bila kita juga sedang bercakap dalam hati. Sama seperti orang yang sedang berdiri di hadapan kita. Lebih parah lagi apabila kita sudah saling tidak bercakap lagi secara lisan dan hanya membiarkan hati masing-masing yang bercakap sedirian. Monolog.....

Korang mungkin tak faham kan apa yang cuba disampaikan aku ni. Ya,kalau seratus kali lagi pun korang baca,tetap juga tak faham.Aku sangat yakin. sebab korang rasa korang sentiasa betul. Kejujuran yang ditagih. Sedangkan korang sebolehnya mengaku korang orang yang paling jujur atas muka bumi ni. Tapi,hampeh!!!!!!

Korang akan mengunkit setiap budi korang walau setitik...Eh,bukan korang,tapi mereka. Korang semua baik.


Today
 
kite korbankn segala utk dia, duit, masa, dan kwn2 pn kite sggup tggl utk dia
tp ps kite dh korbankn sumenya dan dia dh jmp cinta baru dia, dia tgglkn kita
kite sakit, dia hepi sbb de cinta baru
ee benci perasaan ni
ak jd marah pd oooo..

 
tau xpe kn...cme i2la mrh grm pn tp sushla beb nk trima wt mse ni
aku ngj cbe pelan2la...
 
 
so ko n dia dh wt kputusan ke??
dia baru je ke ckp kt ko yg dia wt istikharah bkn nmpak ko?
marahnya ak pd oooo tu klu dia sakitkn hati ko ooo, ni pulak klu dia mengecewakan kwn ak..
dia kte wt mse ni mcm biasala...cme aku tau mmg bkn aku...dh sbln dh beb dia bgtau..
 
 
ko de ikhtiarkn ssuatu x??
supaya korg bbaik semula
kebenaran tu kdg2 sakit, tp kite kne gk hadap..
tp, ko jgn mengalah k..klu ko syg oooo, ko usaha lah ssuatu..
jika perlu ko jmpa parents oooo, jmpa la
jika perlu ko cari pompn yg dh bjaya mcuri hati hadi, jmpa la
ak selalu support ko ooo..
ak sgt knl ko cmne..pengorbanan ko pd ooo bg ak dh trlalu byk..


oo kje spital..nurse2 spital la kot yg gedik2..
em ak stuju dgn akk ko tu, jd spy..
ak bkn pe, ak rse klu kantoi dpn2 lg puas hati..
ko ingat case ak dgn oo??
dia leh dgn jln2 dgn awek lain lak kn..pstu kite follow dia..mujur xkne lempang dgn ak je oo mse tu..nk wt scandal dpn mata ak..
pas dh follow dia, tegur dia, dia dh xleh lari mana..dia kne terus terg gk..
time tu sume akn tjwab, and it is the best time to make a decision..
ko kne kuat k
mula2 ko kne pertahankn hak ko dlu, sbb ko syg oooo n sygkn hbgn korg
then, bila ko dh xmmpu nk brtahan, ko terpaksa lepaskn dia sbb ko sgt syg dia..ckp mmg senang, tp hati yg pikul beban/siksa mmg sgt sakit..hanya Allah yg twu..
ak sgt phm dan memahami situasi ko, kwn..

~ itu adalah secebis dari aktiviti mereka yang sudah ada masalah dengan pasangan,kepercayaan,kejujuran,khianat,mengungkit dan juga membuka aib sendiri dan orang lain. Patutkah???