14 Januari 2010

berakhir sudah suatu episod




Best btol masa ni(dalam pic).aku xyah fikir nak call student,nak isi borang TP(tangguh pengajian) student,nak belakon sibuk dalam office supaya tak nampak aku xde kerja.
.......................................................


Tapi untuk trip ke Pangkor DRG PTPL Ampang,aku dah mendahului anda semua.
.......................................


kekasih gelapku-ungu

Aku macam dilanda suatu perasaan sebelum tidur malam tadi.Semasa aku sedang  khusyuk  baca satu mesej (SMS) dari seorang kawan.Yang selalu aku chat sebelum tidur.Tapi malam tadi , ayat ayat kami agak berbeza dari malam malam sebelumnya.Dan aku juga telah buat satu keputusan yang aku sendiri sebenarnya tak sanggup lakukan.
 .....
Tapi kenapa tiba tiba benda ni berlaku yang membuatkan aku sakit dan marah.Pada saat aku bersedia untuk membalas dan menerima (sms).Di saat aku ambil feel melayan SMS dengan berbaring di tempat beradu aku.Tapi ainya datang secara tiba tiba sehingga membuatkan aku tidak dapat menikmati malam tadi seperti malam malam yang lepas.Yang pasti aku marah.Geram.Dan tidak kurang juga la perasaan risau.

Dia ingat aku ni apa kan?Aku agak kecewa la bila fikir balik apa yang dia lakukan pada aku, apa pandangan dia terhadap aku selama ni.Dia seolah olah anggap aku ni suatu tempat yang boleh senang senang hati je datang dan pergi.Macam lirik lagu 'datang dan 'pergi' dendangan dari kumpulan iklim.Aku ni manusia.MANUSIA!Ada perasaan.Ada deria rasa.Ada sakit.Ada sedap.Dia tak sepatutnya lakukan semua ni pada aku.Buat aku sakit.Bukan baru semalam je kenal.Aku pun selalu juga belanja makan,minum.tapi tak pernah la belanja tengok wayang dan karaoke semua tu.Bukan apa,macam tak sesuai la.Aku sape,dia pulak sape.

Tapi jika difikir kan secara positifnya,apa yang di buat kat aku malam td sebenarnya takde la teruk sangat.Dia mendekati aku tu mungkin sebab aku hensem ke,wangi ke,manis ke.Mana la tau.Aku pulak fikir bukan bukan dengan sedikit keterlanjuran layanan dia terhadap aku.

Tapi sebenarnya tak guna aku berleter panjang pasal tu.Aku yakin,dia tak faham pun bahasa aku ni.bahasa orang seni la katakan.

Kerana dia hanyalah seekor SEMUT..

Tapi kenapa ko masuk telinga aku ???

.....

13 Januari 2010

imaginasi...

Aku baru lepas menjalankan aktiviti yang di anjurkan oleh School kami.SISE (School of Information And Engineering) kat Ampang Point.main bowling je.Aktiviti yang kononnya untuk merapatkan hubungan antara kakitangan kolej dan students.tak bagi students lari.biasa la private collegue.

Walaupun aku tak main,tapi aku agak penat jugak la,sebab asyik kacau orang main.Nasib baik la tu aktiviti suka suka je.Kalau tidak,maunya aku kena halau dari situ.

Namun begitu, aktiviti tu habis awal,mungkin sebab semua yang main tu kurang berbakat kot.Asyik masuk longkang je.Jadi aku balik la ke kolej semula.Bukan apa,kalau aku terus balik rumah pun,bukan ada aktiviti yang menarik pun melainkan baca surat khabar termasuklah ruangan iklanekanya sekali.

Jadi aku melepak la di lectrure room ni.Boleh la jugak aku buat aktiviti yang aku buat sekarang.Menulis dan explore lagi penggunaan blog ni.

Aku upload la gambar(bukan gambar aktiviti tadi pun).Ni la antara gambar gambar yang mana aku pernah berada di situasi tersebut dan aku agak perasan hensem la masa tu dan sehingga sekarang.Takpe,hakikat hensem tu korang kalau terbaca kena terima la.

Tapi yang pastinya,gambar gambar tersebut telah membuatkan aku kembali seketika ke dalam memori tersebut.Bersama kawan kawan masa belajar,pergi ke Ulu Yam dan tak ajak Kre(idea sape ntah).Kenangan semasa Degree show.Dan tak lupa juga kenangan ketikan melancong ke Korea.Semuanya masih segar dalam ingatan.Terasa seperti baru saja berlalu.Macam aktiviti main bowling tadi.

.............

Aku nak balik tengok kartun SpongeBob la.Sebenarnya aku terlupa,bahawa aku ada lagi satu aktiviti kat rumah selain baca peper.Aku menonton siri SpongeBob yang aku dah save dalam imaginasi aku.Aku rasa korang pun patut try la save siri kegemaran korang dalam imaginasi.Nanti kalau boring,boleh tonton.

Aku kagum dengan SpongeBob tu.Dia beli tv bukan main besar lagi
semata mata untuk bermain dalam kotak tv tu je.Imaginasi.Bertapa imaginasi lagi seronok daripada dia tonton.

Ah baik aku balik ber'imaginasi sekarang daripada tulis blog.


 
 
  

12 Januari 2010

dracula vs aku


Malam ni merupakan malam ke-2 aku buat aktiviti ni secara berturut turut.Tapi aku harap tak sampai ketagih la.Walaupun aku takde la sampai makan darah macam dracula tu, tapi aku sudah mula rasa akan gelisahnya bila malam menjelma. Terasa seolah olah air liur aku meleleh.Teolah olah badan aku menggigil.Tapi sebenarnya tu semua 'seolah olah' je.

Tapi bila aku puas melakukan kerakusan terhadap mangsa yang terjerat oleh kelekaan mereka sendiri tu,aku jadi puas.Aku mula dapat berfikir.Aku sudah mampu bertenang.Aku dah boleh menulis.Dan sekali sekala aku macam rasa menyesal juga.Bukan apa yang telah aku lakukan pada mereka.Tapi sampai bila aku nak lakukan semua tu.

Kalau dulu aku cuma saksikan semua ni dalam babak drama atau filem je.Tapi sekarang ni,aku sendiri yang lakukan.

Bila malam menjelma,aku mula merayau dengan kereta baru aku(hehehe saje promote) ke kawasan pinggiran ibu kota.Berbekalkan kereta yang agak baru(walaupun murah je),wajah yang agak kacak,bentuk badan yang agak ramping,warna mata yang macam tea o ais nipis(tapi malam orang nampak ker) aku mula menjalankan aktiviti aku.Aku berkeliaran melihat gelagat manusia kota.Tapi sudah semestinya yang lebih mencuri perhatian aku adalah gadis gadis remaja kota yang montok montok.Yang terdedah.Yang tidak sejuk dengan udara malam.Dan bermacam macam 'yang' lagi la.

Tapi yang pasti,aku suka dengan semua tu.Dan dengan alasan itu juga la aku menjalankan aktiviti ni.Aku dah tak peduli apa orang akan kata sekiranya mereka tahu aktiviti yang kurang sihat aku ni.Walaupun aku tahu,seharusnya aku tidak patut lakukan macam ni untuk kehidupan aku.

Asal malam je.Aku dah terliur  sangat.Semua yang aku buat pun dah macam tak khusyuk.Asyik teringat badan badan yang montok,berisi,manis.Memang segar la.Biasa la barang baru.

Ikan kembung masak tiga rasa tu memang buat aku ketagih la...

Aku bimbang jugak,kalau aku tiap tiap malam makan macam ni,takut gemuk je.macam boyfriend kawan aku tu.hehehe.

5 Januari 2010

PC dalam LAB


Aku pun tak pasti kenapa jari aku taip B.U.N.G.A kat atas keyboard komputer ni.
dalam kepala aku masa on PC ni tak terlintas langsung pun difikiran aku untuk berbicara tentang bunga.
yang aku fikirkan adalah ;adakah aku nak sambung balik tentang subjek sejarah seni grafik yang aku tulis sebelum kelas tadi.kerana sekarang ni aku baru saja lepaskan pelajar pelajar aku keluar dari bilik ni.
ya la kan,tadi lepas kelas fotografi,aku menulis tentang kelas tu.
kali ni pun nak ulang perkara yang sama la kononnya.
tapi setelah aku on PC,sign in blog,klik kat New Post.
aku mula terfikirkan benda lain pulak yang aku nak cuba buat dalam blog yang merangkap diari aku ni.
aku nak cuba masukkan gambar pulak.
tu sebab aku teringat kat blog si gemuk(mamat ni lagi) yang letak gambar dia kt blog dan tulis penerangan kat bawah 'penulis bergambar di ladang teh dan sedang menepuk nepuk tangan memanggil kuda padinya',lebih kurang macam tu la ayatnya.aku tak pasti.
berbalik kepada cerita aku.
tentang bunga.
ok

photografi v sejarah seni grafik

Aku rasa macam nak menulis diari la pulak bermula hari ni.sebab aku tahu,blog ni bukan ada orang baca pun selain aku sendiri je yang baca balik.tapi takpe la,sekurang kurangnya aku cuba untuk menulis seperti kawan kawan aku yang lain.sebenarnya takde la kawan kawan sangat pun.sebab yang aku tahu,hanya kawan je.bukan kawan kawan pun.sebab kawan kawan aku,aku tak tahu pun mereka ada blog ke tak.tapi kalau kawan tu aku tahu la.macam si gemuk.sebab aku selalu juga la terbaca blog beliau dikala aku ada masa terluang dan tak tahu nak buat apa kat offic.

tapi sebenarnya secara peribadinya,aku kagum dengan si gemuk tu.(sebab aku tahu di tak baca blog aku ni,boleh la aku puji puji sikit dia.kalau tidak,aku mungkin akan membuatkan dia lupa diri dan berdosa nanti).kagumnya aku dengan gemuk ni,beliau banyak menyedarkan aku dan mungkin orang lain juga tentang perkara perkara yang kebanyakkannya semua orang pernah buat tapi tak pernah fikir balik untuk diperkatakan.contohnya melukis di atas sejadah di masjid, flush pam toilet sebelum habis kencing dan ada la beberapa lagi.aku pun dah lupa.

si gemuk ni juga bagi aku adalah seorang yang peka dengan isu isu semasa dan beliau mempunyai pendapat sendiri.sepertimana yang beliau mengulas tentang cerita Avatar.kerana ulasan beliau tentang cerita itu,aku rasa tertarik untuk menonton cerita tu.tapi tak tengok lagi pun. beliau menggunakan gaya bahasa yang kadang kadang berunsur sastera klasik dan kadang kadang menggunakan gaya bahasa moden menampakkan beliau ni seorang yang berpengetahuan.tapi betul ke tak istilah istilah yang digunakan tu pula bergantung kepada ilmu pengetahuan si pembaca la nanti.pengunaan metafora,personafikasi dan gaya bahasa yang segar membuatkan aku agak kagum la dengan beliau."filem ni sebagai gula gula untuk mata" merupakan sepotong ayat dari blog beliau.dalam sekali makna.member kat meja sebelah aku langsung tak faham dan tak kagum dengan ayat tu.hampeh betul orang akaun ni.

aku juga sebenarnya teringin untuk jadi seorang pencerita macam beliau.cerita zaman kanak kanak,cerita zaman sekolah,cerita percintaan dan macam macam cerita.bagi aku,si gemuk memang seorang penglipurlara la..

eh tapi aku ni dah tersalah karangan la.yang aku gi tulis pasal mamat gemuk ni kenapa.padahal bukan hebat sangat pun dia tu.tertidur sambil berdiri dalam komuter,pernah kena pulau dengan bapak dia, dan banyak lagi la.hahaha.

kembali pada cerita fotografi  dan sejarah seni grafik aku ni.
aku sebenarnya baru balik dari kelas fotografi 1 jam yang lalu.fotografi ni merupakan antara 2 subjek yang aku ajar semester ni yang ada final exam.aku sebenarnya keliru dengan subjek foto ni.adakah aku perlu ajar pelajar pelajar aku ni untuk menjawab exam ataupun aku perlu ajar mereka untuk jadi seorang photographer.aku kalau boleh nak mereka dapat kedua dua.tapi,dengan kamera SLR yang ada 1,pelajar ada 19 orang.apa je yang aku boleh tunjuk dan bagi mereka praktiskan dengan kamera tu.tapi kalau mereka belajar untuk menjawab exam,memang takde masalah la,sebab semua ada dalam nota.tinggal baca je.

sejarah seni grafik.midsem hari tu semua dapat markah penuh.ni buat aku takut.

zizie ezatte lelaki???
*lawak yang aku rasa si gemuk buat paling tak kelakar.padahal dia la peminat setia drama EMIL EMILDA.

panjang jugak aku mengarang kali ni.padahal nak baca sendiri je nanti.siap berkecep luar lagi.hehehe
.