Tapi bila aku puas melakukan kerakusan terhadap mangsa yang terjerat oleh kelekaan mereka sendiri tu,aku jadi puas.Aku mula dapat berfikir.Aku sudah mampu bertenang.Aku dah boleh menulis.Dan sekali sekala aku macam rasa menyesal juga.Bukan apa yang telah aku lakukan pada mereka.Tapi sampai bila aku nak lakukan semua tu.
Kalau dulu aku cuma saksikan semua ni dalam babak drama atau filem je.Tapi sekarang ni,aku sendiri yang lakukan.
Bila malam menjelma,aku mula merayau dengan kereta baru aku(hehehe saje promote) ke kawasan pinggiran ibu kota.Berbekalkan kereta yang agak baru(walaupun murah je),wajah yang agak kacak,bentuk badan yang agak ramping,warna mata yang macam tea o ais nipis(tapi malam orang nampak ker) aku mula menjalankan aktiviti aku.Aku berkeliaran melihat gelagat manusia kota.Tapi sudah semestinya yang lebih mencuri perhatian aku adalah gadis gadis remaja kota yang montok montok.Yang terdedah.Yang tidak sejuk dengan udara malam.Dan bermacam macam 'yang' lagi la.
Tapi yang pasti,aku suka dengan semua tu.Dan dengan alasan itu juga la aku menjalankan aktiviti ni.Aku dah tak peduli apa orang akan kata sekiranya mereka tahu aktiviti yang kurang sihat aku ni.Walaupun aku tahu,seharusnya aku tidak patut lakukan macam ni untuk kehidupan aku.
Asal malam je.Aku dah terliur sangat.Semua yang aku buat pun dah macam tak khusyuk.Asyik teringat badan badan yang montok,berisi,manis.Memang segar la.Biasa la barang baru.
Ikan kembung masak tiga rasa tu memang buat aku ketagih la...
Aku bimbang jugak,kalau aku tiap tiap malam makan macam ni,takut gemuk je.macam boyfriend kawan aku tu.hehehe.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan