menyediakan khidmat nasihat dan proses urusan memohon quota KDN pekerja asing secara sah. Urusan Dari A to Z sehingga mendapat kelulusan KDN tanpa melibatkan pihak ketiga. Berpengalaman lebih 16 tahun dalam urusan berkaitan.
16 Januari 2010
"keracunan blog"
Malam tadi selepas solat isyak dan makan malam,aku seolah olah menggigil gigil untuk ke CC area rumah aku di Ukay Perdana 3.Aku rasa aku pun sudah 'keracunan blog' la.Tapi aku berjaya untuk melawan 'keracunan' tersebut.
Lagipun aku bukan ada banyak idea sangat pun untuk diperkatan dalam blog malam tadi.Kalau setakat buka blog sendiri dan blog member aku tu,Si Gemuk;tapi beliau macam dah lama tak menulis.mungkin sibuk dengan kerja kot.entri terakhir beliau pasal isteri dia masak udang tu je.
Tapi mungkin juga aku nak sangat menulis malam tadi sebab sebelum aku balik kerja semalam,kami terpaksa menonton satu movie dari seberang(Indonesia).Aku tau,ramai antara kami berasa berat sangat untuk terus berada di Kolej selepas waktu kerja,sekadar menonton..Terutamanya mereka mereka yang ada tanggungjawad lain seperti sebagai isteri,sebagai ibu,sebagai suami dan sebagainya.Tapi aku tak kesah pun,sebab aku setakat ni takde lagi terikat dengan komitmen yang sebegitu.Layan je.Selagi aku boleh layan.
Berbalik pada movie tersebut,judulnya Laskar Pelangi.Secara peribadinya,cerita ini menghiburkan.Dari segi tema dan persoalan yang boleh dikira berat sedikit.Mengisahkan tentang memperjuangkan sebuah institusi pendidikan demi merubah dan mencapai cita cita.Pengorbanan,tanggungjawab,setiakawan dan nilai nila murni lain yang patut ada dalam setiap insan dikupas dalam cerita ini.
Teknik pengolahan secara kronologi dalam plot imbas kembali.Penggunaan latar masa dan tempat yang dapat menggambarkan mesej dengan berkesan.Latar tempat,sebuah perkampungan pinggiran pantai.Menggambarkan tentang kemiskinan dan kesusahan hidup sebuah masyarakat yang bergelut dengan meneruskan kehidupan dan mengejar cita cita.
Aku cadangkan tontonlah.Tak penting pun.Sekadar hiburan.Lagipun ni bukan cerita baru yang sedang ditayangkan di pawagam pun..
"hidup kita ini biarlah banyak memberi dari banyak menerima"
babai...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan